Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1413 umat Islam akan menyambut hari raya aidil Adha.

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah. 

Kebiasaannya, Aidil adha kami hanya beraya di KL. Tapi tahun ini kami akan pulang ke kampung. Jika tidak ada halangan insyaallah kami akan bertolak malam ini. Mula-mula ingat tak nak balik, tapi kakak saya akan adakan aqiqah untuk anaknya pada hari raya kedua (27 Okrober). Jadi saya salah seorang yang akan tolong memasak, dan menu utamanya ialah Nasi daging! Muahahahahahaha.

Apalah nasib aku selepas ini????

Kawan-kawan dan pembaca blog saya yang budiman, jika anda berada di Alor Setar, dijemput untuk menghadiri majlis aqiqah tersebut ya. Boleh PM saya kat FB, nanti saya bagi maklumat lengkap ya, taknaklah pamerkan kat sini. Selain itu, bolehlah kita beramah mesra :)

Oh ya, tidak lupa pada kawan-kawan yang akan pulang ke kampung juga, tak kira ke mana destinasi anda, berhati-hati di jalan raya. Salam aidil adha!

9 comments:

  1. selamat menyambut aidil adha my dear...
    jaga junior bebaik ye

    ReplyDelete
  2. amboii jauhnye alor star...moga selamat diperjalanan nanti yer..hati2...dan slamat hari raye aidil adha...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya...
    srh husband drive elok2.
    semoga kita selamat sampai kt Alor Staq nnt, tp saya blik malam besok.

    bye2

    ReplyDelete
  4. Selamat balik kampung Ida..Hati-hati di jalan raya ye...Wahh..aida tahun depan baru balik Alor star..takde rezeki nak jumpa..hihihi

    ReplyDelete
  5. Lembu tu dah seida Idazs... dia redha menanti tanpa ragu:)

    Selamt Hari Raya juga buat Idazs dan keluarga. Berhati-hati diperjalanan balik kg.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...