Thursday, October 25, 2012

Tips untuk elakkan berat badan naik terlalu banyak sepanjang tempoh hamil

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil. Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi sepanjang tempoh 6 bulankehamilan ini berat saya dah naik hampir 13 kg you! Boleh dikatakan sebagai kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal. 

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama : 

1. Masak dan sediakan makanan sendiri 

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

Mama masak lagi sedap! Mama kena rajin tau!

2. Makan secara sihat 

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w.

Dengar tu mama, jangan makan untuk 2 orang, makan lebih sikit dari biasa je tau!

3. Jangan makan untuk 2 orang 

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

 4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye 

5. Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin. Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur. (Macam rumah sayalah tu)

 Sumber

Lepas ni jangan asyik tidur je, tolong papa ngan zarin kemas rumah

Nampak gayanya memang saya kena banyak berjalan dan bersenamlah lepas ni. Bila dah tahu jantina baby memang laju je la nak ukur mall, jalan-jalan cari makan, nipis kan poket :P. Tak adalah nanti Zarin kata 

Mama nak rehat ke? Mama penat? Baby nak sleep?

Selepas itu bila dia tengok mama dia ni bangun tidur dia cakap

Mama dah sedar?

 Sedarrrrr??? Apa ingat mama pengsan ke nak oiiiiiiiiii????? Kehkehkehkeh... Tapi rasanya betul dah perkataan ‘sedar’ yang dia guna tu. Cuma saya dah terbiasa dengan perkataan ‘bangun’ tidur. (^_^)

7 comments:

  1. masa sy mengandung kaw kaw hentam mknan padahnya ank dah nak masuk 5 tahun berat badan statik cam tu je ohh sedih :((

    ReplyDelete
  2. oh bagusnya tips ni...tengs sharing...

    kelakar zarin ckp mama dah sedar? ekekek...mcm dia ingat mama dia pengsan pulak...
    kita dah terbiasa perkataan bangun, bila guna perkataan sedar mcm lain pulak kan...hakikatnya dah betul dah penggunaan bahasa zarin tu...cerdik zarin..

    ReplyDelete
  3. Gud info Ida..thanks fr sharing ye..Ala..suwitnya zarin ni..hihihi...Berat aida stil in control lagi..siap tak slera nk mkn sgt...huhuhu

    ReplyDelete
  4. good sharing dear..:)

    salam aidil adha..moga ceria2 di hari raya nanti..

    ReplyDelete
  5. Disebabkan dulu sy ade kene manis, sy diet ketat. Bukan diet nak kurus. Tapi kurangkan makan makanan yg boleh menaikkan gula. Sebabnya, setiap kali pas makan, sy kena check glukos dlm badan. Jadinye, disebabkan tak mo jadik kes spital...sy diet ikut nasihat dietrician. Heee~ Alhamdulillah! Maybe sbb ni, tak le gomuk den jadinye...

    Apepun, salam aidiladha!

    ReplyDelete
  6. kelakarnya abg zarin yyg tembam masa kecik2 dulu. comei..nnt ZS jr pun comel camtu la jgk :)

    *noted. blh amalkan bila ada rezeki nnt :)

    ReplyDelete
  7. ha, betul betul betul! tak g taman pun tk pe da, dlm rumah pun dh bnyk berjalan, dr pagi smpi ke mlm, berkm2 g mari, g mari dlm rumah tu, kejap buat itu, kejap buat ini...sambil lap peluh..;-))

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...