Tuesday, October 16, 2012

Update 25 weeks +

Alhamdulilah, hasil pemeriksaan tadi sangat-sangat menggembirakan. Tekanan darah normal, bacaan gula pun normal, urin pun normal pendek kata semuanya normal. 

Cuma yang agak tak berapa normal saya overweight. Seperti dijangka berat naik lebih kurang 4 kg. Sepatutnya purata sebulan pertambahan berat 0.5-2 kg sahaja.  Saya pula terlebih 2 kg. Berat terkini ialah 62.5kg. Dr. senyum sahaja. Katanya kena kurangkan pengambilan nasi, dan juga makanan yang berkolestrol. Jangan percaya pada mitos makan untuk dua orang, sebaliknya makan lebih sedikit daripada biasa. hihihihihihihii. Itu progress mama.

Dari segi kandungan pula, alhamdulilah semuanya ok. Berat baby ok, sekarang dah 808gram, kedudukan uri, air ketuban pun ok.  Cuma yang agak susah hati baby still breech sejak kali pertama scan sehingga sekarang. Tapi kandungan baru 25w+, masih banyak ruang dalam perut dan insyaallah baby akan pusing. Cumanya kalau 36w masih breech akan ada prosedur tertentu yang dilakukan. Jika tak jalan juga kenalah bersedia untuk czer. 

Dari segi gender pula, alhamdulilah dah nampak. Doktor tak dapatkan sahkan 100%. Tapi insyaallah 50-70% tepat. Suka-suka!!!!! Membesar dengan sihat ya sayang :) 

14 comments:

  1. seronok nye..rindu nak preggy lagi..moga ade rezki :) InsyAllah..
    moga baik2 ajer yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, pasti ada nanti, sama-sama kita doakan ya :)

      Delete
  2. Hihihih...happy semacam je..msti bby gurl kan...Due date bile yunk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, insyaallah :) 28/1. rasanya tak jauh beza kita

      Delete
  3. Seronok sngt...sure gegirl la ni ye? Congrat.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, amin. tak confirm 100% x berani nak cakap. tq ya

      Delete
  4. alhamdulillah..menantu lagi kah ini?hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, berbesan lglah kita sha!

      Delete
  5. Jap je da nak 6-7 bulan kan..moga sihat selalu..

    Wahh..alhamdulillah..sure sepasang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula, sedar2 baju2 dh tak muah dah ash..

      insyaallah, amin :)

      Delete
  6. alhamdulillah...
    sehat semuanya..
    tp tang suka..suka tuu...mesti seronok kan..
    hahaha...leh geng ngn kak ruzaiha laa nehh...
    wahhhh....da buly beli baju bajan nehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah tiny. hihihihihihihi..

      blum prepare lg ni.

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...