Thursday, November 8, 2012

Black Canyon Coffee

Selepas mengambil Zarin dari nursery semalam, kami bercadang untuk terus membeli barang dapur di Tesco memandangkan Mr. Papa akan outstation hujung minggu ini. Jadi bagi mengelakkan anak bini kelaparan, stok makanan di rumah haruslah ditambah. Malangnya jalan ke tesco sesak teruk, sudahnya kami hanya ke Jusco AU. Barang pun tak banyak yang kami beli di Jusco, banyak yang habis stok. 

Selepas siap membeli barang dapur, perut mama dan berbunyi-bunyi. Baby kat dalam pun bukan main aktif lagi menendang. Lapar la agaknya. Maklumlah, tengah hari saya hanya menikmati koteow sup. Kalau dah perut nasi, tetap nasi juga yang di cari. Saya teringat untuk makan MR. teppanyaki, dulu pernah makan kat Jusco Au tu. Tapi semalam pusing-pusing tak jumpa pula, mungkin kedainya dah tutup kot. Jalan-jalan lagi ternampak pula Black Canyon Coffee. Teringat ramai yang kata makanan kat situ sedap, jadi saya pun tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesedapannya.

sudu dan garfu! eh korang pun dah tahukan? buat apa nak tulis caption lagi? hadoiiiii
my dealova, sweetie pie :)
ice blended green tea utk mama, cappucino love x berapa nak love untuk papa
Nasi mama punya, tatau nama penuh dia
chicken soup untuk zarin
salmon ape ntah untuk papa. 
Senyuman tak ikhlas mama, nak green tea! nak green tea!
 Ermmm, macam mana nak cakap ya????? pandangan peribadi saya macam biasa-biasa saja. Mungkin apa yang saya order tak kena dek selera kot. Nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun tak juga. Tapi saya makan habislah, sebab lapar sangat-sangat. Saya bagi 3/5 bintanglah. Tapi selera masing-masingkan, Kalau nak cuba tak salah, harga pun berpatutan :) 

Tengah makan terbayang-terbayang air green tea kat Quan Ice Cream & Coffee House, serius rasa nak nangis! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! nak green tea, nak green tea!

pencinta merah ini budak!

Semasa makan, zarin dah macam cacing kepanasan tengok ada kereta control dan juga lukis-lukis, guna pasir tu, sand art ke apa ntah. Jadi suruh dia pilih antara satu, nak naik kereta control ke main lukis-lukis? Akhirnya dia pilih lukis-lukis. Fuh! lega hati mak! sebenarnya tak bekenan sangat kalau dia nak main kete remote tu. keh-keh-keh.. Tapi biarlah dia buat pilihan sendiri, tak nak paksa-paksa! Tapi suruh dia habiskan makanan dulu, baru dapat main.

14 comments:

  1. sumenye nampak lazat. tgh lapar ni. blum breakfast lagi...
    salam ziarah. nanti singgah blog saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, masa tgk menu dlm gambar nmpk sedap tu yg order, bila sampai tak kena selera pula. huhuhuhu..next time kena order yg lain pulak.

      ok, nanti saya singgah :)

      Delete
  2. terliur tgk sayur campur dalam nasi tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayur campurnya ok, tp kita masak lg sedap kot. hohohohho

      Delete
  3. nampak mcm tempting...tp x tau la kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg saya rasanya kurang lah. tapi selera masing-masingkan :)

      Delete
  4. Muka Zarin sebiji ikut muka Ida..sejuk org kata..tula, nampak mcm sedapp...tapi rasa kureng ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi, tu la..ofismate kata kalau zarin sesat kat ofis tu, sure org tau anak sapa. muka sebijik mama. a;\'ah, pendapat saya mcm 'kureng'. kin silap order kot.

      Delete
  5. Ololo trs teringin tom yam bc + stir chicken pa ntah nama. Yg ada telur tu. Lain kali try yg tu pulak. Menu lain xprnah cuba...

    Org bpantang mngidam juga! Hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, tomyam dia sdp ek? ok.. noted! next time kalau tersinggah nak try order. aritu tak kena ngan selera. huhuhuhhuuh

      Delete
  6. best2 semua..sedapnya...
    nak sikit..hehehee..

    singgah follow sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput makan :)

      tq singgah n follow sini

      Delete
  7. 2 ari lepas i g black canyon kt kuantan... mmg biasa2 je... tp lamanya kna tgu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, dia byk cawanganlah tu agaknya. itula, rasa mcm biasa2. tapi ramai yg kata 'sedap giler'. kin tak kena seler kita la kot. hihihihihi. oooo, mujur aritu saya tak perlu tunggu lama :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...