Monday, November 5, 2012

Fried Mee Jawa @ Publika

Hari jumaat sahaja confirm jalan akan jam, tak kiralah hari hujan ataupun terang benderang. Kalau hari hujan confirmlah jam kuasa dua. Jadi sebolehnya jika Mr. papa tak busy, saya akan menyuruhnya mengambil zarin terlebih dahulu. Kalau lambat, bersedialah untuk melihat wajah sebeknya. Start dari pintu nursery hinggalah sampai rumah, sebek+air mata yang gugur sama lebat dengan hujan. hihihihihi Jadi jumaat lepas, Mr. papa ambil Zarin dulu. Dalam kereta dia dah cakap,

 Zarin : "Mama nanti mama buat mee goreng kat Zarin eh, Zarin lapaq ni!" sambil gosok perut. 

Saya dan Mr. Papa saling berpandangan. dahlah hujan lebat. malasnya nak singgah kedai beli bahan mentah, yang nak makan dia sahaja. Kami berdua dah kenyang.

Mama: "Zarin kita bungkus nak? Tak pun kita makan kat kedai. Hujan lebat ni, kedai depan tutup". 

Zarin: "Makan kat kedailah. Tak nak bungkus"

Lantas Mr. papa memberi cadangan untuk makan di Restoren Mee Jawa Solaris Dutamas/Publika, one way nak balik rumah, senang sikit. Saya ok sahaja. Sebab malas dah nak fikir. Asalkan Zarin dapat makan mee goreng sudah. Permintaan anak wajar dipenuhi. Lebih-lebih lagi bab makan.  

Fried mee jawa, sedap!
   
Dan inilah yang diorder, Fried Mee Jawa. Masa order dah pesan jangan pedas langsung, tak payah letak cili merah hidup, nanti Zarin tak nak makan. Sudahnya inilah yang dihantar. Fried mee jawa dengan sayur-sayur. hehehehehehehehehe... Bila rasa memang tak pedas langsung, tapi bila suap Zarin pedas pulak dia. Nak tak nak seperti biasa, mama kenalah hisap dulu, kemudian baru suap Zarin. hahahahaha... (Macam mana mama tak kembang kalau setiap kali makan begini situasinya). Dan air pula sudah semestinya air pink (sirap bandung). Mama dan papa tak order apa-apa makanan sebab dah kenyang. Cuma Mr. papa order barli lime.


Layan telur separuh masak sambil di monitor oleh mama :P

Sedang sedap Zarin menikmati mee goreng jawa tu, dia terpandang pulak telur separuh masak kat menu tu. Teruslah nak telur juga. Orderlah dua bijik. Nasib baik makan habis. Kalau tak maunya kene sekeh dek mama! :P Sekarang selera makannya makin menjadi-jadi. Setiap hari akan mengikut seleranya. Dahla selera yang besar-besar, mau berlubang poket! kehkehkeh

7 comments:

  1. Janji anak nak makan, mama tgk pun senang ati :)

    ReplyDelete
  2. fried mee jawa?x pernah makan lagi..harus cuba ni...

    ReplyDelete
  3. Ok sangat Zarin lalu makan..mcm aqil, tak nak mkn langsung..pening di buatnya..huhuhu..mee Jawa tu nampak sedapp...

    ReplyDelete
  4. wina pun kalau anak mintak nk makan ape², insyallah akan ditunaikan :)

    ReplyDelete
  5. haha..cute la zarin ni.selera mknnya dah melebihi selera mama ni..hehe

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...