Tuesday, November 6, 2012

Luahan hati ibu mengandung

Hari ini ada check up di KK untuk minum air gula aka MGTT. Sebelum ni dah buat sekali dan keputusan normal, tapi memandangkan emak saya ada kencing manis (keturunan) kandungan memasuki 28 minggu kena repeat sekali lagi. Untuk pengetahuan, saya check up di klinik swasta dan kerajaan. Kalau kat KK sedia maklum bahawa orang akan sentiasa ramai, jadi jangalah mengeluh kena tunggu lama ke apa.

Saya tadipun pukul 8 dah terpacak kat KK, hampir pukul 12 baru siap. Maklumlah buat MGTT. Kalau checkup biasa tak adalah kena tunggu lama sangat. Yang saya nak marahkan ni, adalah berkenaan dengan sikap kaum suami atau bapa yang tidak prihatin akan nasib perempuan-perempuan yang mengandung. Walaupun nurse dah buat pengumuman

 "Mohon kerjasama kaum suami dan kaum bapa untuk menunggu isteri anda diluar dan mengutamakan ibu-ibu mengandung untuk duduk dikerusi yang disediakan, terima kasih!"

pic from google

Tapi berapa kerat yang dengar/ambil perhatian pengumuman itu. Berapa kerat yang bangun dan berikan tempat kepada ibu mengandung??? Berapa ramai???? Boleh dikatakan langsung tak ada! Eh korang ni pekak ke tuli hah? Tak ada hati dan perasaan ke???? Haishhhh, serius tak faham aku! Nasib baiklah saya ada tempat untuk duduk, kalau tak sure ada je lelaki yang kena sound tadi. Rasa macam nak bagi pelempang je sedas. Langsung tatau malu!

Serius saya kasihankan nasib ibu mengandung lain yang terpaksa berdiri, dengan perut yang agak boyot. Kalau nak dibandingkan, kaum lelaki yang perut pun boleh dikatakan mengandung tapi tak beranak ni boleh buat derk je. Tak malukah anda? Haisshhh, haaiisshhhh! haissshhh! Rasa macam mau dipiat-piat telinga mereka itu! Kesudahannya ada ibu mengandung yang duduk di tangga untuk menunggu giliran. Sungguh kasihan. 

Kesimpulannya, kaum suami, kaum bapa tidak salah kalau anda ingin menemani isteri anda checkup, malah memang bagus pun. Tapi sekurang-kurangnya anda prihatinlah akan nasib isteri-isteri orang lain yang turut inginkan keselesaan seperti isteri anda. Apa perasaan anda jika isteri anda yang diperlakukan sedemikian? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan! Hadoiiii! hadoiiiii!!! tiba-tiba kepala berdenyut!

14 comments:

  1. wina tak kata wina baik sangatlah kan tp entah knp ade orang blh buat bodoh je bile ade org tua/mengandung/oku perlukan bantuan or tempat duduk hurmmmmm

    ReplyDelete
  2. betul la babe..biase mmg mcm i la..mentaliti org lelaki m'sia ni masih lagi rendah..tapi sesetengah je la kannnn...

    ReplyDelete
  3. Tula tu..tp dkt KK yg aida selalu pg..selalunya kaum lelaki suma prihatin n tau malu sendri..kalo tak, aida pn sakit mata tengok..huhuhu..

    ***Ida, mmg kena repeat ke minum air gula ni??aishh minta simpanglaaa..huhuhu

    ReplyDelete
  4. buat dono... memang hilang deria perikemanusiaan betul... cube bile isteri die kene berdiri... ish ish....

    ReplyDelete
  5. alahai..faham perasan awk mcmmana..
    sbb dulu sy pun pernah alami situasi yg sama..
    apapun take care ya :)

    ReplyDelete
  6. selalu jadi macam tu ..tak de kesedaran sivik laaa dorang tu, yg isteri dok kat sebelah tu bukan nak bagitau soh dok kat luar ke, ni tak, laagi nak berkepit kepit dalam kk tu, konon caring ler tu ..

    ReplyDelete
  7. tahniah...u preggy ye...sabar ye

    dugaan3

    ReplyDelete
  8. ALAH..CIANNYER nasib ibu mengandung kan..umm..

    ReplyDelete
  9. aha betoi lahh.... kasi le tempat duduk kat ibu2 ngandung yang lain..adeh la..nak suruh nurse tu babab dulu kot baru nak bangunn...

    ReplyDelete
  10. memang kurang asam betul..
    kalau cheqna memang kompem dah sound..x kira..geram

    ReplyDelete
  11. samalah kita.. sy pon kena minum air gula gak untuk 2nd time sebab sejarah keluarga ade kencing manis.. huuaaa.. tak suka sgt...

    ReplyDelete
  12. memang berangin kan!!kdg tu ade yg siap lentok2 manja laki bini...pui..meluat i tau...nak manja2 tu tgk tempat dan keadaan lah.org lain ni yg tak cukup tpt duduk ni mcm mana kan..

    ReplyDelete
  13. ooo, ini kisahnya. patutnya, lelaki aka suami kena paham situasi ini, sbb isteri dia ngandung juga kan, tapi tak paham org ngandung lain...kalu suami k.diana sanggup duk luar, bg peluang ibu ngandung duduk, tp berapa kerat lelaki yang mcm suami kita kan?

    ReplyDelete
  14. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...