Monday, November 12, 2012

Tama Yaki @ Publika

Semasa jalan-jalan di Publika terjumpa kedai kiut ni. Tama Yaki. Memang kiut sangat-sangat sehingga terus teruja nak beli apa yang dijual. Bila tengok-tengok rupanya dia jual makanan jepun macam tako yaki tapi yang ini tama yaki.

cutekan signboard dia

macam-macam ada, pilih-pilih!

Ada macam-macam pilihan sebenarnya. Kalau dulu saya suka makan tako tao yang ada kat jusco. Dan pilihan saya tentulah octopus, bau macam busuk-busuk sikit tapi sedap! hohoho, camne tu???? Hari itu saya mencuba giant octopus, harga RM6.90 satu set ada 4 ketul kat dalam. Kalau lihat dari harga memang lebih mahal daripada tako tao, tapi yang tama yaki ini lebih besar. Sesuailah dengan harganya.

alolo, tomei-tomei! Sayang nak makan
4 ketul yang dah dikacau dek Zarin.

Tengok bungkusannya pun alahai, kiut bebenor! Sayang nak makan. Tapi rasanya berbeza sedikit dengan tako tao. Pendapat saya dua-dua sedap! Kalau tako tao adunan dia masukkan sayur dalam tu semua sekali, tengah-tengah je letak octopus, tapi yang tama yaki ni, dia buat bebola tu pastu dalam tu kira macam inti, ada sayur dan isi sotong, rangup sayurnya, sedap! Mayonisnya pun sedap sangat! 

Mesti cuba kalau jalan-jalan ke Publika tau! Eh, kat Publika ni memang macam-macam kedai makan ada! Yang terbaru ada Nasi Ayam Hailam. Nampak banner masa nak datang keje tadi. Wajib cuba petang ni/esok! hohohohohohoho. Nanti saya review :)

 Tama Yaki Level UG - 51

12 comments:

  1. Publika ni kat mana dear?tp aida still tak leh terima makanan Jepun ni..tp tak penah cuba lg makanan lain..juz sushi je..

    ReplyDelete
  2. er..tak pandai la mkn tako tako ke tako kki ke ape tako sekali pun...hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je, cucuk dan terus ngap! ngeh ngeh ngeh! serius sedap. try la. ai suka try mknn..

      Delete
  3. Mane kah arah nyer publika ni? selalu dah dgr org sebut..hihi.
    Tapi tama yaki tu mmg nampak menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama vogue, saya dah tempek mapnya. best tau kat publika, ada mcm2 kedai mkn. hihihihihih

      Delete
  4. Replies
    1. vna, belum terjah lagi. cik hubby ada hal pulak. kin kul 2-3 nanti kot/ lapaq giler dah ni oiiiii!!!!

      Delete
  5. Replies
    1. nyum-nyum, mmg sedap saya suka saya suka (macam mei mei upin ipin :))

      Delete
  6. publika kat imegresen baru tu, jalan duta. Terbalik pulak kita, saya sushi tak boleh terima. yang lain so far ok. kalu tako yaki ni mmg fevret

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...