Monday, December 3, 2012

Ceriakan hatinya

Hati siapa yang ceria ni??? ok yang pertama ceriakan hati mamalah dulu. Ceria sebab dapat pergi maternity & children expo. Banyak juga yang di borong. Suka-suka sebab murahkan. hihihihihihi. Saya pergi hari jumaat selepas waktu bekerja. Alhamdulilah parking senang dapat, orang kat expo pun tak ramai sangat, rezeki ibu mengandung barangkali. Stroller Zarin pun boleh masuk, tapi kejap sahaja sebab dia borink. Akhirnya Mr. papa bawa Zarin makan kat Carl's Jr. hanya mama yang pusing-pusing dalam tu. Dalam tatau nak beli apa, penuh kiri kanan bawak barang. Dengan barang yang over limit, ditambah pula dengan perut boyot, sesiapa sahaja yang melihatnya sudah tentu memberi laluan. I like! 

Seterusnya masa untuk menceriakan hati anakanada yang bijaksana itu. Hari minggukan. Kesian dia bila setiap hari Mr. papa asyik bekerja. (oh sungguh hulk hogan mr. papa) Walaupun setiap hari bekerja, tapi tak penat. Saya kerja 5 hari je, tapi melepek sokmo!

Capati, roti canai!
 
Pagi sabtu Zarin request nak makan roti canai. Jadi kami pun bawa dia makan roti canai. Saya dan mr. papa makan capati. Sungguh maveles capati kat sini. kedainya terletak berdekatan dengan hospital tawakal, restoren santa (Chapati House). 

Hari ahad pula dia nak main kat taman sambil makan pancake. Setelah siap membeli sarapan, singgah kejap di flea market. Beli barang kat sebuah gerai tertinggal pulak telefon kat situ. Bila dah masuk kereta baru perasan telefon tertinggal. Tapi masa tu, hati tak berdebar-debar, maknanya tak hilanglah tu. Dan alhamdulilah, apek gerai tu tolong simpankan. Dia kejar juga saya, tapi tak jumpa. Nasib baik dia jujur. hohohohohohohoho.. Kalau tak rabak poket lagi nak beli telefon baru. Selepas itu, kami bergegas ke taman yang terletak di publika. Makan sambil bermain. Waktu pagi ok, cuaca elok, kalau petang hujan lebat sokmo. Tak merasalah Zarin nak main kat taman.

Seronok dapat main kat taman

Tengah seronok duk tengok anak-anak main, tetiba ada makhluk yang menyinggah kat beg mama. Seronok je dia duk landing. terus rasa geli geleman. Tapi nampak comel.

Cutekan? tapi geli geleman

Petangnya pula kami ke Bangi. Zarin nak main dengan sepupu-sepupunya, Hawa, Hani, Hana. Tapi masa ni badan dah sedikit dedar. Tapi dia nak pergi juga. Jadi kami pun bawakla jugak sebab dah berjanjikan. Kalau tak pergi setiap masa dituntut. Letih mak nak dengar!

Dalam pukul 8 malam lebih, kami pun balik semula ke KL. Dalam perjalanan dia muntah. Huhuhuhuhuhhuuh, habis baju dan tudung mama. Tapi gemble je singgah di Plaza Mont Kiara, beli cool fever. hahahahahahaha...  

Bila dah muntah teruslah lapar. Jadinya dia minta nak makan Wendy's. Oh yang ni memang kegemarannya. masa ni masih hujan renyai-renyai. So kami pujuk dia untuk tapau sahaja. Alhamdulilah dia ok. Nasib baik.

Makan wendy's dalam hujan renyai, nikmatnya!
 
Apepun sangat bersyukur pagi ini Zarin ceria dan badan tak panas. Walau bagimanapun saya masih bekalkan ubat demam dan meminta cikgunya menghubungi kami jika badan zarin kembali panas. 

Semakin menghitung hari, emosi abang Zarin semakin rapuh. Seboleh mungkin kami mencuba untuk menjaga hatinya. Walau apepun hatinya mesti diceriakan supaya dia tidak rasa tersisih. Oh abang Zarin!

4 comments:

  1. Wahh jalan2 cari makan nampaknya..best kan..bleh hiburkan hati kita sekeluarga..aida pon pg expo tu..tp tak best sgt...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. wak pon sukak makan siput gonggong yee.. bukan siput khinzir tuuu.. IIhikks

    ReplyDelete
  3. ceriakan abang zarin dan mama zarin juga....baik-baik sayang....smile!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...