Wednesday, December 12, 2012

pakej bersalin hospital pusrawi

-12.12.12-

Apa yang istimewanya hari ini? Mungkin tarikhnya yang cantik ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan dan ada juga yang memilih untuk bersalin hari ini. Apepun saya doakan semoga semua perancangan kalian berjalan dengan lancar, insyaallah. Pada saya hari ini tiada apa yang istimewa melainkan rutin pergi checkup kat PUSRAWI.

Ya, saya memang terlebih rajin pergi checkup kat dua-dua tempat. Saja je. Sebab ada yang detail dan ada yang tak. So check up dua-dua kira saling melengkapilah gitu. Tapi dah nak masuk minggu terakhir kehamilan saya akan pergi satu tempat je la.

Perkembangan ZS jr.
 

Perkembangan mama dan baby untuk check up hari ini, alhamdulilah semuanya ok. Tadi doktor scan untuk melihat kedudukan baby, buah pinggang, saluran pemakanan dan sebagainya dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Syukur padamu Ya Allah. Sebenarnya ada doktor berikan istilah-istilah yang tertentu dalam setiap penerangan tu, tapi saya yang tak belajar medic ni tak berapa ingat dan tak reti nak sebut. Jadinya saya terangkan dalam bentuk dan istilah yang mudah difahamilah. hehehehehehehe.

Tapi bila masuk part nak tengok gender baby???? hohohohohohoho, ZS jr. tersangatlah pemalu. Doktor kata dia langsung taknak tunjuk. Untuk memujuk saya, doktor berkata lagi, takpelah, yang penting semuanya dalam keadaan baik. Tunggu masa je lagi. Dan jangan lupa banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan proses bersalin nanti.

Dalam duk sembang-sembang tadi tu, doktor turut memberitahu bahawa pakej bersalin yang baru telah pun dikeluarkan oleh pihak PUSRAWI. Bolehlah membuat pilihan sekarang. 

Dan inilah pakej-pakejnya.

pakej-pakejnya :)

Pakej ini untuk bersalin normal saja tau! Kalau c-zer tu doktor kata berkemungkinan boleh sampai 10k, bergantung pada keadaan. Tapi mungkin juga kosnya akan jauh lebih murah dari itu.  Jadi untuk next check up doktor referkan saya pada doktor pakar iaitu Dr. Asmah Yon sekaligus untuk bersalin sekiranya saya nak bersalin di Pusrawi. (sebenarnya saya pun tak pasti nak bersalin kat mana lagi). Nantilah fikir.

Doktor juga menjelaskan bahawa "sebenarnya bersalin kat mana-mana pun sama saja, yang penting semua selamat. Kalau kat swasta yang berbeza hanyalah dari segi servis. Apepun kita sama-samalah berdoa agar dapat orang yang baik-baik dan memudahkan urusan semasa kita bersalin nanti".

13 comments:

  1. uikkkk...
    tersedak ngok rege dier...haha
    sib baek kat klang tiny amik bilik surang jee baru RM1700...sekali ngok rate pusrawi..
    mahal gak ekk kak pusrawi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya standard rate kot sekarang ni tiny. tempat lain kak ida tak survey pulak. huhuhuhuhuhuh

      Delete
  2. salam Kak...wow,tak lama dah ni Kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hanih. a'ah dalam sebulan lebih lg ni. dup dap dup dap

      Delete
  3. huk huk....kalau czer boleh cecah 10k?.....matikkkkkk...pape pun semoga ida n baby selamat...sihat walafiat...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2, tq farah :) tu mungkin maksimum la kot. paling2 pun dlm tgn mesti ada 5k kot.

      Delete
  4. Replies
    1. mimie, gomen pun terbaik. anak first dulu gomen jugak saya. alhamdulilah tersangat ok, layanan, doktor dsbnya.

      Delete
  5. Pusrawi plg murah jika nk dibandingkan dgn KPj dan pantai. Yg paling murah lg kat gomen hehehhe. Moga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  6. Akak dh lama tinggalkan pengalaman ni..dh 13 tahun dh, huhu..
    Semua pengalaman kat hospital kerajaan aje sbb tak mampu nk gi swasta. Tp alhamdulillah, semua ok.

    Apa2 pun...semoga selamat ibu dan anak...itu yg lebih penting..

    ReplyDelete
  7. Mudahan di mana pun,ida selamat bersalin ye nanti...dimudahkan.
    Saya da rasa,swasta dan gov.dua dua ok je...hehe.rejeki memasingkan...time tu sapat layanan best,mmg best la..terkena nurse garang..keke..redha je le...

    ReplyDelete
  8. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...