Monday, December 17, 2012

Stroller untuk adik baby

Semakin menghampiri penghujung disember, semakin hati ini berdebar-debar. Sekarang masa untuk menyemak balik checklist untuk barang-barang keperluan adik baby (kata zarin). So far alhamdulilah semuanya dah hampir complete, cuma towel je saya belum beli lagi, termasuk minyak telon, minyak afiat dan minyak tampil cap wanita untuk mama. Ingat sabtu ni kami akan ke manjaku bangi, memandangkan kami akan ke rumah kakak ipar di sana, so alang-alang tu singgahlah. Oh, saya sungguh cerewet nak beli towel kali ini.

Bercakap bab stroller, sebelum ini kami bercadang untuk membeli stroller untuk abang zarin, nak yang ringan je, adik baby pakai yang abang zarin dulu. Tapi bila tengok kat kedai, rasa macam tak berkenan pula, beza harga pun tak banyak. Bila survey-survey akhirnya terbeli stroller untuk adik baby. Dan inilah stroller untuk adik baby. Kasi tengok kotak dulu. Nanti baru rasmi. Sama macam abang Zarin juga, tapi adalah beberapa perbezaan. (^_^)

yang ini juga pilihan hati

Abang Zarin yang nak stroller color red berjaya dipujuk. Fuh lega hati mama. Bagi memastikan hasrat nak stroller berwarna red, kami akan belikan liner sahaja untuk abang Zarin, sekali dengan aksesori yang color red jugok! acilah gitu abang Zarin deh? Abangkan good boy!


abang zarin masa 3-4 bulan kot
 
Tapi serius saya sangat berpuas hati dengan stroller ini. Dan rasanya sangat berbaloi beli sebab Abang zarin jenis yang suka duduk dalam stroller. Bayangkan pagi-pagi nak ke tempat parking pun naik stroller ok! Memandangkan sekarang tengah YES. So kalau dah murah dan terbekenan tu beli ajelah kan :)

Lagi satu, saya suka kalau anak-anak duduk dalam stroller. Lebih mudah untuk kami mengawalnya. Bukan apa, biasalah budak-budak, suka lari sana, lari sini, sembunyi celah-celah baju. Oh boleh pitam mak bila dalam sekelip mata sahaja anak tiada depan mata! sungguh, pernah terjadi ok! Dan bagi saya inilah cara yang paling sesuai untuk anak-anak kami. Kawan-kawan bagaimana?

6 comments:

  1. wah..moga semuanya dipermudahkan ye =)

    ReplyDelete
  2. Setuju anak duduk dlm stroller kita lega tak bimbang dia hilang celah-celah baju di shopping compleks.

    ReplyDelete
  3. aida pon minyak telon belum beli lagi..yang Lain2 alhamdulillah dah complete kot..huhuh..stroller?aida pon suka sangat ank2 duduk dlm stroller sbb senang nak kawal..luckily, Aqil pon cam Zarin jugak..suka duduk dlm stroller even dh besar pon..hihihi...Kami pon br je beli stroller baru a month bfore tau preggy, so pakai yang itu jugaklah utk adik dia walaupun si abang dah rasmikan dulu..heeeehee..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dgr shopping brg baby.... best2... :D

    ReplyDelete
  5. jadinya, ada 2 stroler lah kena tolak ya?;-)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...