Friday, December 7, 2012

teringin nak makan ini!

Ikan singgang! Sape suka makan ikan singgang angkat tangan? Sebenarnya ikan singgang merupakan lauk kegemaran saya selamanya. Tak ada lauk lain pun tak apa asalkan ada ikan singgang. Biasanya kalau masak ikan singgang saya hanya menguunakan dua jenis ikan sahaja iaitu, ikan aye (tongkol) ataupun ikan temenung/pelaling/kembung. Hanya ikan ini sahaja yang ngam untuk dibuat singgang pada mulut saya.

ikan aye singgang weh! 

Dua tiga hari kebelakangan ini, mulut saya teringin nak makan ikan aye singgang cicah sambal belacan atau budu dengan ulam-ulaman. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Lauk inilah yang paling cepat dan sihat untuk dihidangkan. Tapi memandangkan setiap hari balik kerja perut sentiasa kenyang, jadinya sudah hampir seminggu dapur tak berasap. Jadi saya bertekad, (wah bertekad tu, tak tahan ayat ni) untuk masak lauk pauk ini esok. Mr. papa kerja, jadi saya masak untuk saya dan zarin sajelah.

sambal belacan maveles!
Sambal belacan, wallah. Lidah melayu, kemana pergipun kalau ada sambal belacan wajib dibedallah! Kadang-kadang kalau malas tumbuk saya beli yang instant dalam botol jenama G-tra. Sedap sambal belacannya, terasa seperti tumbuk sendiri. Bukan blend ya kawan-kawan. Makan dengan ikan goreng, ikan kukus pun sedap jugak ni. Takpun buat nasi goreng atau spagheti olio. nyum-nyum...

Dan ulam yang menjadi kegilaan saya sekarang ialah pucuk jambu golok, ataupun lebih dikenali sebagai pucuk gajus. Oh, nampaknya esok ada pasar tani di Jalan Kuching. Memang pucuk jambu golok inilah yang saya akan borong. 3 ikat 2 ringgit!

terbayang-bayang rasa sedap dan kelat daunnya ini. gulp! Pic from google 

Wallahhhhh... dah terbayang-bayang dah lauk-pauk untuk makan nasi esok ni. Untuk lebih sedap, tambah pulak ikan goreng. Sure makan bertambah. Nyum-nyum...sedapnya weh! nakkkkkkk!!!!!!

12 comments:

  1. Bukan orang ngandung je ngidam ni..
    Yang tak ngandung nengok pun terliuq..hehe

    ReplyDelete
  2. saya...saya...hehehe...saya pun suka! Kalau ada lauk nie bertmbh mkn nasik... :D

    ReplyDelete
  3. kalo singgang tu org kedah panggil asam pedas kan.. tp asam pedas johor mcm lain.. hehehh

    ReplyDelete
  4. saya pun suka singgang..itu pasal suka bila bersalin...ada singgang hari2..

    ReplyDelete
  5. alamak..terliur pulak..lama gak xmkn benda tu..huhu

    ReplyDelete
  6. aida pon suka singgang..kalo dlm pantang,lauk ni lah hari2 mkn..tapi lagi suka ikan tenggiri...hihihi...ulam jambu?tak pahit ke?hihihi..aida tak suka mkn benda2 pahit..hikhikhik..

    ReplyDelete
  7. Ya allah....terus lapar perut ni walau skrg tgh OT...

    ReplyDelete
  8. pucuk terey ( ketereh ) kan !! zte pun suko jgkkk !! aduhai !

    ReplyDelete
  9. Sedap kak Ros suka...tapi anak2 dan suami tak pandai makan ikan singgang...sedih...

    ReplyDelete
  10. la belum masak lagi ke...dah plan macam2...kombinasi lauk yang menyelerakan ni...saya pun suka

    ReplyDelete
  11. Masak singgang memang best giler. Saya lagi suka ikan aye daripada ikan lain utk dibuat singgang. Paling best kalo letak kuah banjir. Ada ikan selayang[sardin] goreng garing. Perghh. Sambal belacan tu sedap ek? Buat olio guna sambal belacan ke? Boleh ke?

    ReplyDelete
  12. baru je makan ikan singgang ni. hehe..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...