Thursday, December 6, 2012

Update 33 weeks

Hari ini ada checkup di KK. Alhamdulilah semuanya ok kali ini. Orang pun tak ramai seperti kebiasaan, jadi prosesnya pun juga cepat. Sebelum ini setiap masa dihujani dengan topik berat badan yang naik bagai dipam-pam. Hari ini bila timbang, berat hanya naik 500g sahaja. Lucu pula rasa bila nurse cakap 

Nurse: Berat ok dah ni kak. Tapi bila masuk minggu 33 nikan, sepatutnya berat naik 500 gram seminggu, jadi bila appointment dua minggu sekali, sepatutnya naik 1kgla. Tapi tak apa, asalkan ada peningkatan dah ok.

Saya : ooo, tapi tak apalah asalkan ada naikkan.

Nurse: Akak diet ke?

Saya: A'ah, dietlah jugak. Bukan apa takut naik banyak nanti tak pasal-pasal kena minum air gula. Dah tak lalu dah

Nurse: Patutla, Takpe lepas ni akak janganlah diet sangat eh. Makan nasi sekali sehari je ke?

Saya: A'ah. malam kalau lapar makan buah, salad, roti. Ikut selera lah.

Nurse: Pagi-pagi kalau nak makan roti canai pun bolehlah. 

Serius, saya suka sangat dengan nurse yang monitor saya ni. Namanya Husna. Selalu gelak-gelak ngan dia, tak adalah nak emo tak bertempat. Hari ini diberikan penerangan tentang jaundis. Bagus juga penerangannya.

Saya juga ada bertanya tentang rasa sakit kat ari-ari tu. Katanya normal. Baby dah duduk di laluannya. Rahim semakin membesar dan menekan sebab tu rasa sakit. Tapi kalau sakit tu macam contraction dan keluar tanda-tanda kelahiran memang kena cepat-cepat ke hospital. Lega sikit mendengarnya. 

Apepun kita banyakkan berdoa semoga semuanya berjalan dnegan lancar dan dipermudahkan olehNya. Amin.

6 comments:

  1. In shaa Allah...Amin... Teruja pulak nak pregnant lg hihihi

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya selamat... kite pun teruja nak pregnen lg.... doa banyak....

    ReplyDelete
  3. Wahh akhirnya Ida berjaya jugak maintain berat walaupun sepatutnya kena naik 1kg kan..takpe2,asalkan tak overweight cam selalu pon dah bersyukur sangat..kikiki..yang pasal sakit akt Ari2 tu..thanks Ida bg aida info jugak..at least takde la risau sangat..sbb aida mmg dah agak dah baby dah duduk kat laluan dia...

    ReplyDelete
  4. Tak lama dah tu..semoga selamat semuanya :-)

    ReplyDelete
  5. rasa mcm lama dh kak ida pregnant hihihi....

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...