Monday, December 31, 2012

update 36 weeks 2 days

Alhamdulilah, hari ini kandungan saya telah pun mencecah 36 weeks 2 day. Semasa checkup bersama Dr. Asmah Yun baru-baru ini (26 Dec) semuanya berada dalam keadaan baik. Berat baby pun dah 2.5kg, kata doktor memang berat yang normal untuk kandungan 35 weeks++. 

 Memandangkan 26 december kali pertama saya berjumpa Dr. Asmah, dia turut bertanya saya "dah tahu ke jantina baby?" 

 saya menjawab "Belum diconfirmkan sepenuhnya Dr."

 Doktor tersebut membalas "takpe, kejap lagi kita tengok".

 Namun begitu puas dicuba tetaplah juga adik baby taknak tunjuk. Asyik tunjuk punggung je. Tak apalah yang penting semuanya sihat dan berada dalam keadaan yang baik. Jelas doktor. 

Semasa bersembang-sembang dengan dr. Asmah, dia turut memberitahu bahawa baby dan pun engaged. Potensi untuk saya bersalin awal (26 desember 2012-10 januari 2013)adalah sebanyak 10% sahaja. Namun selepas tarikh tersebut, memang bila2 boleh keluar. Apepun banyakkan berdoa semoga dipermudahkan semasa proses bersalin nanti. Dia juga berpesan sapaya banyak minum air dan banyakkan berjalan. Next appointment 9 Januari. 

Walau bagaimanapun, kadang-kadang rasa risau juga bila ramai yang kata perut saya dah turun. ^_______________________^. Nampaknya saya kena bercuti awallah. Rancangnya pada 14 Januari saya dah nak start cuti :)

Oh ya, beg untuk ke hospital pun memang dah sedia dalam kereta, buku check up memang sentiasa diusung walau ke mana pergi sejak mula bukak buku lagi. 

10 comments:

  1. Ida..berat baby normal tu..alhamdulillah..semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ye..saya pon sama mcm Ida jugak..cuma mungkin awl 3 hari kalo ikut due date..huhuhu..saya start cuti minggu depan dah..tak larat nak drive..hihihi

    ReplyDelete
  2. wahhhh tak sabar nak tgk adik baby! :)

    ReplyDelete
  3. i pulak yg rasa x sabar...hehehe..apa pun i doakan u n baby selamat.InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  5. Masuk minggu 36, perut sy dh turun..tp sy bersalin 39m1h :)

    ReplyDelete
  6. Semoga selamat semuanya ya ! Amin :)

    ReplyDelete
  7. Semoga selamat semuanya nanti ye Ida. K.ida doakan semoga dipermudahkan segalanya. k. ida lak masa bersalin anak ke-2 yang 'next appointment' tu x sempat.....hihihi...bersalin awal 2 minggu.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...