Tuesday, January 31, 2012

mimik oh mimik

Semakin besar semakin susah nak ambil gambar. Setiap kali nak ambil gambar dalam keadaan "skema" atau "standby" sambil sebut cheeseeeeee pasti mimik muka sebegini yang terakam! hahahahahahahahha, alahai anak...











Tapi serius gambar dengan mimik muka sebegini memang cute! Sebab tu saya lebih suka ambil gamba candid!

pssttt, sama juga kesnya bila ambil gambar passport, jenuhla kakak cameraman duk petik gambar dia nak dapatkan gambar yang betul-betul elok, hahahahah

Bila mama cakap " Zarin duduklah elok-elok, senyum kat kakak nak ambil gambar ni"

Jawapannya "Mama, janganlah marah Zarin!"

Haaaaaaaaaa, pitammmmmmmmmm!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Nur Dayana Saffiya

Bertambahnya lagi ahli keluarga, alhamdulilah. Nur Dayana Saffiya empunya nama dilahirkan pada bulan Oktober tahun lepas. Dah lama nak entrykan, tapi asyik terlupa nak copy gambar. Hehehehehe, apalah maksu nikan? Lupa, lupa lupa...





Baby Dayana panggilan manja sekarang telah berusia hampir 3 bulan. oh cepatnya masa berlalu dan rindunya maksu kat Dayana :)






Kak Emy pula memang boleh menyesuaikan diri dengan baby Dayana. Sebelum ni, kalau tanya nak baby tak? confrim taknak je jawapannya. Agaknyakan, Zarin pun macam kak Emy juga, pasti akan dapat menyesuaikan diri bila ada adik kelak :)





Dan Maksu masih lagi kekok nak pegang baby. Muahahahahahaha, mengada-ngada sebenarnya tu :P ...rindunya bau baby...wangiiiiii!!!!

Tuesday, January 10, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Cawangan Kuala Lumpur

Sudah lama saya teringin untuk makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang. Tapi bila ke Perak, tak tersinggah pula. Semalam saya menggoogle kedai-kedai mee udang yang terdapat di Kuala Lumpur. Tiba-tiba keluar Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Yang bestnya cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Wangsa Maju... Yahuuuuu!!!

Jadi selepas magrib kami pun keluar untuk menikmati mee udang tersebut. Ketika sampai, pengunjungnya tak ramai. jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan.












Alhamdulilah, mee udang tersebut menepati selera kami. Udangnya yang besar lagi segar memang tidak mengecewakan. Ada yang bertanya adakah rasanya sama dengan mee udang di Kuala Sepetang tersebut? Jawapannya saya tidak pasti kerana tidak pernah ke sana. Yang nyata mee udang di cawangan ini sedap! Dan pastinya kami akan singgah lagi makan di situ serta mencuba menu yang lain pula.

Jika ada yang berminat untuk mencuba mee udang ini jangan segan-segan untuk ke sini yang bertempat di:

Blok 3A, No.22, Jalan Wangsa Delima 10,
d'Wangsa, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41314430

Pasti puas hati :)

Monday, January 9, 2012

tersalah kereta

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku.

Sabtu malam yang lalu, kami ke 7e untuk membeli calciyum dan juga yakult untuk Zarin. Sebab bangun tidur terus mengamuk nak itu, sebelum ini dah cari kat 7e area rumah, tapi habis. So kenalah cari juga sebelum amukannya semakin menjadi-jadi.

Sampai di 7e, mr. papa turunkan kami betul-betul di depan pintu 7e dan menunggunya di situ. Hampir 10 minit di dalam, maka saya dan Zarin pun keluar menuju ke kereta. Dalam sibuk bercakap-cakap dan dukung Zarin, saya terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

Tiba-tiba.....





Pemandu didalamnya berkata, eh????

Dan saya pula berkata, eh??? alamak salah kereta lah, sorry-sorry!

Sambil keluar dan menutup kembali pintu kereta. Berkali-kali saya meminta maaf!Pemandu tersebut angkat tangan dan tersenyum. Cherin weh! malu sangat-sangat. Macam mana silap naik kereta orang lain pulak! sob-sob..

Rupanya kereta mr. papa berada di depan kereta tersebut. Warna, dan jenis kereta yang sama menyebabkan saya tersalah kereta. Nasib baiklah malam, tak nampak sangat muka pemandunya, yang nyata lelaki muda melayu. hihihihii..

Tapikan, nasib baiklah kereta kami sama, jadi tak adalah nampak ketara sangat saya tersalah kereta. Kalaulah kereta tersebut lebih mewah dari kereta kami konfirm lelaki itu berkata "mesti berangan nak naik kereta mewah tu" :P

Moral of the story: Jangan main terjah saja! Nasib baiklah dia tak bawak lari kami, muahahahahahahaha...

Friday, January 6, 2012

Sshh....Rahsia Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, sihat ke? Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog saya yang budiman. Memasuki tahun baru, mood untuk menulis agak merudum, Insyaallah akan pulih sikit masa lagi, harapnyalah.

Berbalik pada tajuk entri, sebenarnya Sshh..Rahsia Kita merupakan satu produk yang berasaskan manjakani yang saya amalkan. Selepas bersalinkan Zarin, saya langsung tidak mengambil sebarang jamu, bukan tak pernah cuba, adalah beberapa produk yang dicuba, namun mungkin saya ni jenis manja, baru makan sekali atau dua terus demam. sob-sob..

Ummi saya berkali-kali menasihatkan agar saya mencuba produk yang sesuai. Bukan apa, bila umur semakin meningkat badan cepat letih dan lesu. Sudahnya kakak saya mengesyorkan produk ini.







seperti yang kita maklum, manjakani mempunyai pelbagai khasiat, antara khasiatnya ialah:

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.



5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah rujuk di SINI

Sebenarnya saya gunakan manjakani yang berbentuk serbuk dan juga kapsul. Yang serbuk saya gunakan untuk cuci-cuci dan tempek kat jerawat yang sesat kat muka ni. Itupun kalau rajin :p

Alhamdulilah, produk ini sesuai untuk saya. Sejak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan badan pun dah tak sakit-sakit. Jika sebelum ini, balik kerja mesti penat dan agak melepek. sekarang rasa segar dan cergas sikit.

Untuk makluman, untuk mengambil manjakani ini ada aturannya. Memandangkan saya dah terhilangkan pampletnya, tak dapatlah saya nak tulis secara detail, yang saya ingat cuma:

Untuk anak dara, amalkan 1-2 biji seminggu dan untuk mak dara macam saya ni amalkan memakannya 3-4 biji seminggu. Tapi jangan terlebih dos, bimbang nanti 'terkunci rapat' pula. :P

Tiba-tiba bercerita pasal jamu bila umur dan memasuki 3 series. Hihihihihihihihih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...