Wednesday, February 29, 2012

kutendang mertua dan birasku

Eh, tajuk macam suspen je. Serius memang tendang tau, tapi bukan sengaja tetapi tertendang. Berbalik semula pada entri jalan-jalan cuti-cuti Krabi. Selepas melalui Chicken Island, kami pun berhenti di tengah laut berhampiran Chicken island untuk aktiviti Snorkeling. Saya tak pernah lagi mencuba aktiviti ini first time, cuak habis!

Walaupun zaman kanak-kanak saya memang terkenal sebagai jaguh kampung bagi acara mandi laut, siap kena kejar dengan pelepah nyiur lagi sebab orang larang jangan mandi tapi mandi juga, namun bila dah menjadi mak orang ini, perasaan cuak tu lain macam.





Bertambah-tambah cuak bila Zarin yang bijaksana pun turut nak snorkeling! Hampir pitam mak! Mulalah terbayang yang pelik-pelik. mula-mula tak nak kasi dia turun, tapi dan menjerit pulak nak ikut papa! nak ikut papa! Sudahnya abang Salleh yang bawa zarin















Bagi yang tak reti berenang macam saya ni, memang terkelepek-kelepeklah kaki tolak air supaya bergerak dan tidak statik terapung. Nasib baik juga pakai safety jacket. kalau tak confirm bergeleng-geleng telan air. huhuhuhuhhu.. Bila badan dah serasi dengan air, tangan dan kaki mulalah rancak duk kelepk-kelepek air.

Dalam keterujaan duk kelepek air, tiba-tiba kakiku terkelepek muka bapa mertua. Haaaaaaaaaaaaa, gila ko! Tetiba kaki tendang muka mertua. Nak mampus???? huwaaaaaaaaaaa.... Berkali-kali minta maaf, sebab memang tak sengaja. Bila dah seronok tak perasan pulak orang kiri kanan depan belakang. Settle satu bab, walau dalam hati rasa bersalah yang amat.

kelepek punya kelepek tak sedar pulak terkelepek kaki kat birasku! huwaaaaaaaaaaaaaaa lagi. Sorry sangat-sangat Kak Ain. Aduhaiiiii..Lepas sorang-sorang dah dilibas ni. Memang tak sengaja, iyalah baru tahu nak berenang sikit-sikit, bila dah ok camni pulak jadinya. Terus patah seribu. Eh silap, patah semangat. Merajuk dan taknak snorkeling dah. Eh, tipu je. Tak merajuk pung, malah makin rancak main air :P












Dalam pada itu, ada yang melawak "masa nilah nak libas orang sana sini pun, kalau tak tobat tak berani!" hahahahahahahaha.. Tapi serius, benda yang tak disengajakankan.

Walau bagaimanapun, memang best snorkeling ni. Masa selama satu jam yang diperuntukkan terasa cepat benar melewati saat yang terakhir. Akhirnya terpaksa akur dan kemudian kami dibawa ke pulau yang terakhir.

Monday, February 27, 2012

Adele

Adele merupakan penyanyi kegemaran saya. Baru-baru ini Adele merangkul 6 anugerah sekaligus di acara berprestij 54th Grammy Award. Suara dan lagu-lagunya memang awesome! Ada aura tersendiri.



pic from http://youritlist.com/2011/12/our-favorte-things-jen-schuster/adele-21/



Lagu yang sering saya putarkan ialah Someone Like You, Set Fire to the Rain dan juga Rolling in the Deep, kadang-kadang Lovesong. Zarin pun tahu lagu kegemaran mamanya ini. Kadang-kadang malu juga apabila keluar jalan-jalan atau makan-makan tiba-tiba terdengar lagu-lagu ini, dia akan cakap

"Mama lagu mama". Kuat-kuat pulak tu. huhuhuhuhu...

Nak kata fanatik tu jauh sama sekali, tapi kadang-kadang saya juga perlukan santapan telinga. Jadi lagu-lagu Adelelah pilihan saya.

Bila search di Youtube, memang ramailah yang cover lagu-lagu Adele ini. Pandangan peribadi saya, lagu Someone Like You, mana-mana yang cover lagu ni tidak dapat menandingi penyanyi asal. Lagu Rolling in the Deep, saya pilih Linkin Park, satu kelainan sangat-sangat, boleh tahan. Manakala lagu Set Fire to the Rain saya suka yang dicover oleh Boyce Avenue. Rasa macam lagi best pulak. hahahahahahaha..

Tiba-tiba bercerita pasal lagu pulak hari ini, sekali sekala mencari kelainan, tak salahkan? Suka tengok make up Adele juga. Matanya, aduhhhhh, cantik sekali. Tapi tak tahanlah nak tempek bulu mata palsu berlapis-lapis.

Friday, February 24, 2012

Himalaya Member's Day - Berbaloi-baloi

Bagi pengguna Himalaya semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk terjah ke Kiosk Himalaya apabila ada member's day. Begitu juga saya. Semalam merupakan member's day Himalaya di kiosk Mid Valley. Mula-mula macam malas nak pergi, namun apabila memikirkan sale up to 80% dan ada yang buy 1 free 1 maka selepas solat maghrib kami terus menapak ke Mid Valley.

Semasa sampai, memang langsung tak ada orang di Kiosk tersebut. Mungkin juga dah malam, dan tidak ramai pengguna Himalaya. Pilih punya pilih maka penuhlah dua bag seperti gambar di bawah ini.




Untuk melayakkan ahlinya mendapat diskaun 50% dan 80% pada barangan yang tertentu, kami mesti membeli produk lain dengan nilai RM20 ke atas terlebih dahulu. Oh, RM 20 sahaja, memang tak menjadi masalah. Lantas tangan terus mencapai dan memilih barangan. Antara barangan yang saya beli ialah:






1. Body Wash dengan harga RM 22.90Body wash ini dan membersihkan dan mengekalkan kulit yang lembut dan licin. Disamping itu, bahan-bahan yang terkandung dalam body wash ini dapat membunuh bakteria dan melindungi kulit sekaligus menyegarkannya. Sangat sesuai untuk menyental daki-daki di badan.

2. Gentle Refreshing Toner dengan harga RM24.21 selepas 10% diskaun.Toner ini dapat mengurangkan rembesan minyak dimuka dan menjadikan kulit wajah kita bebas minyak, mengecilkan liang roma menyuburkan kulit dan memastikan kulit wajah berseri serta bebas alkohol.

3. Shampoo dengan harga RM22.90 buy 1 free 1Kita boleh pilih nak shampoo apa, memandangkan rambut saya ada juga kelemumur, jadi saya ambil dandruff shampoo dan juga shampoo with conditioner. Memang mandi shampoolah jawabnya lepas ni :P




4. Lip Balm dengan harga RM6.95 selepas 50%Bibir saya memang sensitif sikit dengan sesetengah produk. Tapi lip balm himalaya ni sesuai pula. Mungkin sebab berasaskan herba dan tumbuhan. Yang bestnya lip balm ini dapat melindungi bibir kita dari sinaran UV. Selepas ini semakin seksilah bibir Mek Ida, ye dakkkk?



5. Nourishing skin cream dengan harga RM11.16 selepas diskaunMemang dari dulu lagi saya pakai cream ni, sangat best dan tidak berminyak. Kalau rasa kulit kering, lebih-lebih lagi dalam cuaca beraircond bolehlah tempek krim ini. Saya beli 2 terus sebab murahkan??? hahahahahha, tamak!



6. Protein shampoo with conditioner dapat free, sukaaa!

7. Baby shampoo dengan harga 15.93 selepas diskaun 10%.Shampoo ini untuk zarin shah yang bijaksana. Memang dari dulu lagi dia dah pakai shampoo ni. Tak pedihkan mata.




8. Dental cream juga percumaSaya jarang guna ubat gigi ni, sekali sekala kalau rasa gigi ngilu baru guna. best juga sebenarnya. sebelum ini saya pernah beli dan tinggal kat ofis, tapi hilang pulak. Sebenarnya ubat gigi ini dirumus untuk mengurangkan bengkak gusi, menghentikan pendarahan gusi, mencegah sakit gigi serta mengawal nafas berbau.




9. Neem face wash percumasebelum ini saya pakai yang jenis foam. So bila dapat yang paket kecil-kecil ini memudahkan saya untuk travel. Sukaaaaa! benda free siapa tak suka, ye dak? :p



10. Lasuna dengan harga RM9.38 selepas 80% diskaunLasuna atau garlic terkenal sebagai agen untuk mengurangkan kolesterol. Jadi alang-alang dan murah terus beli 2 botol

11. Shuddha Guggulu dengan harga RM9.38 selepas 80% diskaunShuddha Guggulu juga untuk mengawal kolesterol dan paling penting mengawal berat badan. Juga beli 2 botol... i likeeee!!!! Harap-harap lepas ini slim drumstik i :p



Bila kumpul balik inilah barang-barang yang kami beli. Banyak juga. Tapi frust sebab ayur slim dah habis stok. Menurut jurujual, ayur slim memang menjadi pilihan ramai. Tak apalah mungkin bukan rezeki kami.



Dan total bil untuk semua barang-barang ini ialah RM141.55. Bila saya kira balik, total semua barang yang saya beli adalah RM365.60. Memang berbaloi-baloikan? Dapat pulak voucher RM28. Tapi masih tak guna, next time boleh tebus. Ingat nak beli madu, tapi out of stock. tunggu ada stok baru tebus voucher.



12. Ayur slim dengan harga RM69.95Memang dah rezeki kami, terjumpa pula Ayur Slim dekat gurdian dengan harga murah. Dapat pulak percuma shampoo. Jadi terus beli. Seksi sungguh model buah pear tu. hikhikhik

Bila diteliti, dah macam rupa duta himalaya pula. Sebenarnya dulu saya hanya mencuba pencuci muka sahaja. Sebab masa selepas bersalin kulit muka saya menggelupas teruk. bila pakai produk himalaya alhamdulilah ok. Selepas itu terus guna produk-produk himalaya yang lain. Terima kasih pada kakak ipar saya yang mengesyorkan.


opss, untuk pengetahuan, Himalaya merupakan kata kunci yang popular di blog saya :)

Thursday, February 23, 2012

Chicken Island Krabi

Chicken Island merupakan sebuah pulau yang cantik dan subur serta tidak berpenghuni. Saya dimaklumkan bahawa Pulau ini dipanggil Chicken Island kerana bentuknya seakan seekor ayam. Mula-mula tengok terkejut juga. Namun apabila berkali-kali tengok mula nampak macam binatang lain pula. Ada yang kata lebih mirip kepada dinosaur dan ada juga yang berkata lebih kepada ayam belanda kerana lehernya lebih panjang daripada ayam biasa. Walau apapun pandangan kita, yang nyata pulau ini memang dikenali sebagai Chicken Island.











Kami hanya dibawa menyelusuri keindahan Pulau ini dengan menaiki bot yang perlahan dan memang tidak ada yang mendarat di pulau ini. Ia lebih kepada tarikan untuk melihat bentuknya sahaja. Selepas itu, kami dibawa pula ke kawasan laut berhampiran pulau ini untuk aktiviti snorkeling. wehuuuuuu!!! Memang macam-macam kisah ada. next entri ya ;)

Wednesday, February 22, 2012

Krabi: Romantica de Amor

Phra Nang merupakan pantai yang sangat cantik, pasirnya halus putih dan bersih. Perjalanan dari Ao Nang ke Phra Nang mengambil masa hampir 20 minit dengan menaiki boat. Pantai ini sangat menakjubkan dan sesuai untuk mandi-manda. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di pantai ini seperti rock climbing. Di sini juga terdapat Phra Nang Shrine (macam kat batu cave tu rasanya) yang mempunyai kisahnya yang tersendiri.





Air yang jernih dan pantainya yang bersih membolehkan pengunjung melihat ikan-ikan kecil di sepanjang gigi air. Zarin yang sukakan ikan, memang seronoklah, tapi bila saya bawa dia dekat dengan ikan itu taknak pula, geli. Kalau tengok ikan-ikan ini, teringat pula spa kaki yang menggunkan ikan. hihihihihi













Seperti biasa, pasangan pengantin baru (eh, pasangan pengantin lama, tapi perasan pengantin baru) tidak melepasakan peluang merakamkan gambar berdua. hihihihihih. Zarin bila dah jumpa pasir memang taknaklah ambil gambar ke apa. Bila ajak, mama janganlah kacau! Tapi bila tengok balik gambar-gambar ni, terus tanya

Mama, mana Zarin?
Nape tak amik gambar ngan Zarin?
Nape Zarin takde?


Sudahnya merajuk mencemek dan menangis bila gambar dia tak ada dalam tu. (sila abaikan gambar yang pakaian tak berapa nak cukup tu ye.) Bukan apa, rata-rata kat sini memang itulah pakaiannya dan memang majoriti merekalah yang memonopoli pantai ini. Ada pelbagai gaya, size, corak. Sama ada nak tengok, pulun tengok, buat-buat tak tengok terpulang pada diri masing-masing.




Di pantai ini juga turut disediakan kemudahan untuk membeli makanan. Cumanya yang mengagumkan saya, mereka menjual makanan di dalam boat. Memang pelbagai cara sebenarnya untuk kita mencari rezeki, terpulanglah kepada daya usaha kitakan?
























Sebenarnya di Phra Nang ini juga turut terdapat hotel. Namun begitu harganya mencecah ribuan ringgit. Jika mampu bolehlah menginap di hotel-hotel di sini. Phra nang ini juga merupakan antara pantai pilihan saya sepanjang di Krabi. Rugi sangat rasanya sebab kami tak lama singgah di pantai ini. Selepas puas mandi manda dan meninjau kawasan pantai Phra Nang, kami di bawa pula ke Chicken Island.

Thursday, February 16, 2012

Krabi: Phra Nang Beach - Entri Bergambar

Entri kali ini tak nak bercerita sangat, cuma nak tunjukkan gambar-gambar bukit/batu yang membentuk pulau di Phra Nang Beach. Saya suka!


































































Cantikkan? sungguh kagum melihatnya. Next entri akan ditampalkan pula kisah dan gambar kami di sana :)

Wednesday, February 15, 2012

Krabi: naik bot menjelajah pulau

Setelah membuat persidangan meja bulat, hari yang dinanti untuk menjelajah pulau pun tiba. Terdapat dua cara untuk ke pulau-pulau di Krabi ini, pertama dengan menaiki speed boat, dan kedua, menaiki boat biasa. Jika memilih untuk menaiki speed boat, charge yang dikenakan untuk menyewa sebiji boat ialah Baht12000 (RM1200), manakala boat biasa Baht4000 (RM400).





Sudahnya kami hanya menyewa 2 buah boat biasa dengan harga Baht8000 (RM800). Kami mesti menyewa 2 buah boat kerana ramai dan setiap boat, jika mahukan keselesaan hanyalah untuk 8 orang sahaja. Operasi boat-boat ini bermula sekitar 10.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Maksudnya, boat ini akan memebawa penumpang singgah di empat buah pulau dan aktiviti menjelajah pulau ini akan tamat pada pukul 4.00 petang.










Zarin mula-mula seronok, sebab nak naik boat, tapi kemudian bertukar menjadi boring, sebab dia ingin naik boat dengan segera dan dah tak sabar nak mandi laut, Kesian tengok mukanya yang monyok itu. Sebelum pukul 10 pagi, kami sudah bersiap sedia menanti untuk menaiki bot.

Abang Salleh juga telah memesan nasi bungkus untuk di bawa bersama semasa menjelajah Pulau. Bukan apa, menurut abang salleh lebih mudah jika kita membawa bekalan untuk makan tengahari siap-siap.




Akhirnya masa ditunggu pun tiba. Mula-mula tengok boat kayu yang disediakan hati dah sedikit cuak. Takut pun ada. Naik saja boat, cepat-cepat pakai safety jacket. Lepas satu-satu boat berlepas untuk merentasi lautan luas dan pulau-pulau di Krabi.









Apabila boat mula bergerak laju, perasaan takut semakin hilang. Zarin bukan main seronok lagi sebab rambut terbang-terbang. jika sebelum ini, jangan ada angin yang meniup rambutnya, confirm menangis sebab dah tak jadi rambut Ben10. Grrrrrrr!!!!! Mama yang tadinya muka masam dan cuak terus bertukar jadi senyum. Best!!!!!



Boat kami mula meninggalkan pesisir pantai krabi dah laju meluncur ke Pulau pertama yang akan kami singgah iaitu Phra Nang. Sungguh kagum melihat keindahan pulau ciptaan Tuhan. Tangan tak lepas asyik memetik kamera! Memang best singgah di Phra Nang. nantikan di entry yang berikutnya ya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...