Thursday, March 29, 2012

Poda Island, Krabi

Adududuusss, terlupa pula nak sudahkan entry Jalan-jalan Krabi. Ingatkan dah lengkap, tapi hanya setengah jalan sahaja rupanya. Oklah, hari ini saya sambung balik cerita jalan-jalan Krabi tu ya. Maklumlah umur dah meningkat tiba-tiba jadi pelupa. Hihi..Destinasi kami seterusnya dan terakhir selepas snorkeling ialah ke Poda Island.

Poda Island ini sangat cantik. Oh, semua cantik tak ada yang tak cantik bagi saya :P. Bila sampai kami terus menikmati hidangan tengahari. Perut tengah lapar, makan apa pun sedap. Menurut Abang Salleh, Poda Island ini sangat terjaga. Memang tidak ada hotel didirikan di sini. Pengunjung hanya akan dibenarkan untuk berjemur, mandi-manda, snorkelling dan kemudian selepas waktu tertentu, semua pengunjung mesti balik semula ke pekan Aonang.


















Jadi selepas makan tengahari, masing-masing merehatkan diri sebentar. Penat mandi laut memang lain macam. Oh lupa, di sini juga disediakan khidmat untuk menyewa kerusi dan juga tikar. Jika berminat bolehlah menyewanya.

Saya dan Zarin pula lebih berminat untuk berendam di dalam air. Sudahnya kami berdua mencari port yang redup iaitu dihujung pulau ini. Memang redup dan seronok untuk mandi. Tak adalah sunburn sangat. Sambil mandi laut boleh tengok monyet yang banyak dan jika berani boleh berikan monyet-monyet tersebut makanan.

Hampir dua jam lebih juga kami di sisni. Sebab memang lama sangat mandi rasanya hinggakan habis kecut jari. Ahli keluarga yang lain ramai yang sudah tukar baju, sebab selepas itu memang kami akan bertolak pulang. Tetapi saya dan Mr. Papa tak tukar baju. Zarin saja yang tukar sebab nanti nak naik boat lagi, sure basah juga.


Bila jam menunjukkan pukul 4.00 petang, kami pun bergerak pulang ke Pekan Aonang. Kami dinasihatkan agar duduk ditengah-tengah boat kerana boat agar bergerak dengan lajunya untuk tujuan keselamatan. Maka berakhirlah aktiviti menjelajah pulau kami pada hari itu. Walaupun penat tetapi sangat seronok.










Bila dah sampai ke Pekan Aonang, sangat malang bagi saya kerana saya terjatuh semasa hendak turun dari boat. Memang sakit sangat. Tapi cover, takkan nak nangis kat situkan? Bila orang tanya ok tak, ok tak? Saya lantas jawab ok saja. Walaupun ketika ini Mr. Papa tahu saya memang tak ok! Sob-sob.




Memandangkan baju saya basah lencun, jadi kami menyewa tut-tut untuk balik ke tempat penginapan. Sampai bilik, belek juga kaki dan tempat yang jatuh tu, memang bengkak dan lebam-lebam. Cepat-cepat sapu dan urut dengan minyak gamat. Zarin pula selepas mandi terus lena. Letih agaknya.

Malamnya pula, kami sekadar jalan-jalan di sekitar pekan Aonang, tapi tak tahu nak beli apa kecauli baju I love Krabi . hihihihihi. Selepas itu, kami pun terus singgah makan di sebuah restoren. Selepas makan, terus balik hotel untuk berehat kerana keesokannya kami akan bertolak balik ke Alor Setar.

Cerita-cerita tentang jalan-jalan krabi boleh lihat di SINI

Wednesday, March 28, 2012

Dia seorang LELAKI!

Bila anak semakin meningkat usia, tutur kata dan tingkahlaku ibu bapa sewajibnya perlu dijaga. Bukan seharusnya lagi tau! Tapi wajib! Kadang-kadang saya rasa macam nak tergelak setiap kali Zarin memberikan jawapan ataupun menjelaskan tentang sesuatu perkara.

Pada suatu pagi, selepas mandikan Zarin dan bersiap untuk nursery, saya terus melakukan rutin selepas mandi iaitu, sapukan lotion, minyak telon, sikat rambut dan spraykan sedikit perfume kepadanya. Bukan apa, suka kalau anak-anak wangi. Sebaik saya spraykan perfume Zarin terus berkata

Mama, Zarin bukan PRINCESS!! Zarin taknak pakai pofum (perfume).



Haaaaaaaaaaaaaa!!! Terkulat mama. Terkejut dengan jawapan budak kecik ni.

Terus mama menjawab, perfume bukan saja untuk princess, Zarin pun kena pakai bagi wangi, baru Handsome! Papa pun pakai perfume.

Papa handsome, mama wangi, Zarin goodboy! Katanya lagi.

Haaaa, sudah dia buat tagline pulak dah budak keciknya. Tapi setiap kali kami tanya memang itulah yang disebutnya. Lagi satu,

Mama wangi, mama cantik, mama princess!

Waaaaaahhhhh, memang menggunung puji mama Zarin ni.

Kadang-kadang bila saya dah biasa dengan rutin, sapukan lotion dan siap-siap bagi wangi hingga terlupa yang Zarin ni seorang LELAKI. Tapikan, seorang budak lelaki pun kenalah juga siapkan sebagai mana seorang budak. Adussss, pening kejap! Kena ubah persepsi Zarin terhadap hal-hal begini. Wangi tidak semestinya princess sayang oiiii!

Tuesday, March 27, 2012

Umar dan ibunya

Oh, suka sangat tengok gambar baby Umar dan ibunya ini. Lagi suka sebab saya yang snapkan gambarnya semasa kami singgah di Hentian Genting Sempah untuk membeli chestnut.

Kalau lihat rambut baby Umar macam tak percaya pula. Baru je cukur, sekarang masuk dua bulan rambut dah lebat balik. Sangat cepat ok dan tak makan bantal pulak tu. Jika dibandingkan dengan rambut Zarin, dulu setahun pun rambut masih segan-segan malu-malu nak tumbuh! Tapi itulah harus diingat setiap kanak-kanak berbeza ^_^







Untuk makluman inilah Kak Mek saya :) Sangat jeles sebab hidung dia lagi mancung, kening pun dah terukir cantik dan putih gebu pulak tu. Maklumlah adiknya ini lahir bulan gelap :P. Tapi saya terasa sangat bertuah dan bersyukur dianugerahkan seorang kakak yang sentiasa mengambil berat soal adik-adiknya. Walaupun dah berkahwin, anak satu, saya masih lagi menerima panggilan telefon setiap hari bertanya ada di mana? buat apa? dengan siapa? kihkihkih...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu, terus sebak kalau sentuh bab gini.. sob-sob, Ai hati tisu ok!

Monday, March 26, 2012

Pengantin merah menyala

Cuaca yang panas terik di Terengganu membolehkan majlis perkahwinan makcik saya berjalan lancar. Alhamdulilah. Namun kesian juga dia, cuaca panas terik ditambah pula dengan tema pilihan merah menyala, terus tak reti nak kata apa dah. Saya pula semasa iron baju terus ditegur oleh Kak Mek,

Kak Mek: La, mung nok paka baju ni ke? Tebal ni. Jenuhla peluh kek gi.
Saya: Tula, Wat balik sela ni je baju. Rasanya ok, kain tak panas.
Kak mek: Pasai pe tak wat balik sutera?
Saya: Aku malas nok gosok. Hahahahahaha...






Mengikut atur cara, pengantin lelaki akan sampai pada pukul 1.00 tengahari. Pada mulanya, saya turut diminta untuk menjadi pengapit. Oh, mula bangga kejap, walaupun umur dah nak masuk 30, Ai masih laku untuk jadi pengapit ok! Sila jangan jeles! muahahahahahaha. Namun last minute saya terpaksa tolak, kerana meja makan beradab belum siap. Tak pasal-pasal kebulur pengantin nanti! Simpan jelah niat nak interframe gambar pengantin tu ^_^

Jadi carilah, anak dara yang comel-comel, (walaupun Ai merupakan mak dara yang paling comel hari tu) untuk jadi pengapit. kehkehkeh! Pengapit pun serba merah jugak! haaaaa... Memang serba serbi merah hingga berpinor lah mata hitamku itu.





Pada mulanya pening juga memikirkan lauk apa yang perlu disediakan, dessert lagi. Macam-macam idea keluar dan gigih mencari resepi. Tapi bila saya ajukan lauk pauk kata makcik saya (saya panggil dia adik, kes anak buah lagi tua dari mak sedara. kehkehkehkeh)

Saya: Dik, mung nak lauk mende? Aku dok reti sangat.
Adik: Ikut ar lauk mende pung. Tapi mak Naza (bakal mak mertua) dok leh makang seafood, allegic. Dok leh makan pedas, dokleh....dokleh...doklehh
Saya: Owoh, doh kalu seme dokleh, aku goreng ikang kering je la...




Itulah antara dialog kami. Maka, saya pun berhentilah mencari idea atau resepi yang bombastik seperti udang galah terbang ka, udang galah cucuk ka, dan yang lain-lain. Yang terhasil hanyalah ikan siakap / kerapu masam manis disamping lauk pauk atau menu utama yang lain iaitu gulai kawah, ayam masak merah, acar timun,sayur dan beberapa jenis lagi saya tak ingat dah. Dessert pula saya hanya sediakan puding kasih bertaut dan triffle, hanya itu saja yang sempat.





Walau macam manapun saya sangat berpuas hati. Percubaan pertama sediakan meja pengantin kan? Yang penting mereka semua makan bertambah. paling lucu, selepas ini jika ada saudara mara terdekat yang nak kahwin, memang sayalah yang dilantik untuk menyediakan meja pengantin. Kelasssss ko jah! (sila baca sambil bayangkan tangan di dada mata ke atas). Dan baju saya pula alhamdulilah sangat ok. Walaupun peluh mengalir macam air, tak adalah sampai basah baju celah ketiak, kalau tak malu juga. Cuma mukalah yang jadi macam udang kena bakar. Bila dah jadi ratu dapur, otomatik high heel terperuk dalam bonet kereta. Selipar jepun juga yang menajdi sahabat sejati.hikhikhik

Apepun "Selamat Pengantin Baru kepada Adik Reen dan pasangan. Selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke akhir hayat, amin :)

Tuesday, March 20, 2012

Positive parenting

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah laman web yang selalu saya baca untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan iaitu positive parenting. Di samping website, majalah positive parenting ini juga kerap dihantarkan kepada saya :)







Dalam laman web ini terdapat empat kategori yang utama iaitu

1. Kesejahteraan keluarga
• Penjagaan Kehamilan
• Pemakanan Kehamilan
• Bersalin & Kelahiran
• Keadaan Perubatan
• Penjagaan Selepas Bersalin
• Asuhan
• Suami Isteri
• Kewangan

2. Pemakanan anak
• Penyusuan Ibu
• Makanan Pelengkap
• Kanak-kanak Bertatih & Prasekolah
• Resipi

3.Kesihatan Anak dan Pediatrik
• Penjagaan Anak
• Vaksinasi
• Penjagaan Kecederaan

4. Perkembangan Anak
• Pembelajaran
• Perkembangan
• Psikologi

Jika berkelapangan bolehlah melayari laman web positive parenting ini untuk panduan dan mendapatkan ilmu tambahan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Monday, March 19, 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

Sudah lama saya mencari buku ini. Alhamdulilah akhirnya hari ini saya dapat memilikinya. :) Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan buku panduan fardu ain lengkap bergambar. Memang bagus pada pendapat saya. (belum khatam lagi tapi dah jatuh cinta pandang pertama)






Berdasarkan ringkasan belakang buku ini, isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untu diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masayarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli) munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu ini bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Harga buku ini bagi Semenanjung Malaysia ialah RM55, Sabah dan Sarawak RM57. Tapi saya membelinya dengan harga RM35.75. Alhamdulilah :)

Jangan lupa dapatkan buku ini ya ^_^

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia.

Friday, March 16, 2012

16 Mac 1983

16 Mac 2012,

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Mr. Papa yang ke 29. Eh 29? Kenapa bukan 30 macam saya? Oh, hilang ingatan kejap, Ai kahwin dengan abang muda rupanya (",), patutla selalu terasa muda. ^_^









Untuk Mr. Papa selamat ulang tahun kelahiran. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Harapan kami agar, Mr.Papa menjadi seorang suami dan papa yang baik dan sentiasa membimbing kami ke arah yang diRedhai oleh Allah S.W.T. Amin.

Akhir kata, Happy Birthday and we love you so much!
-mama & zarin-

Thursday, March 15, 2012

Bekwah

Sudah bertahun-tahun tidak menikmati nasi kenduri di Kuala Terengganu. Yelah, bila ada jemputan dari kawan-kawan pasti berhalangan. Namun hujung minggu yang lalu, Makcik saya bakal melangsungkan perkahwinan. Lantas kami terus balik.

Kami bertolak Jumaat subuh dan sampai di Kampung pada jam 11.00 pagi. Ketika sampai, orang kampung yang majoritinya saudara mara telah ramai berkumpul. Ada yang potong bawang, sayur, rebus telur dan sebagainya. Sudah lama tidak merasai situasi begini. Biasanya hanya katering. Jadi bila sampai teruslah berjumpa dengan mereka bersalam-salaman, habis pipi diciumnya. Tak ketinggalan ada juga yang menitiskan air mata. sob-sob, ala-ala jejak kasih gitu.


Yang lucunya rata-rata mengatakan muka saya memang banyak berubah. Hinggakan ramai yang tak cam. Paling tak tahan bila mereka mengatakan betapa kurusnya saya! (",) Kurus???? Masyaallah. padahal berat saya dah mencecah 56 kg. Jika mereka melihat saya sebelum ini,oklah juga kalau kurus tu! Dan Masing-masing juga sibuk bertanya yang mana satu suami saya! Aduiii!!!









Memandangkan makcik saya merupakan orang yang terakhir atau ngesuk (dialek Terengganu) dalam keluarga, jadi atuk saya menyembelih dua ekor lembu. Seekor hitam seekor putih. Untuk tugas-tugas menyiang daging adalah kerja-kerja kaum lelaki. Saya hanya menjadi pemerhati sahaja kerana saya telah ditugaskan untuk menyediakan juadah untuk meja pengantin! haaaa, hambik ko!













Dalam sibuk-sibuk orang memasak tu, sempat jugalah saya pun menyibuk, belajar masak dan segala petua memasak dari orang yang lebih berpengalaman. Kagum saya melihat kegigihan mereka dan juga petua-petua dalam memasak ini. Kata mereka, "Orang Kuala Lumpur, mari pegang senduk ni, kacau, pandai ke dok, dok tahu!"

Kemudian saya berbisik pada suami, "Pa, derang ni ingat saya tak tau masak gamoknya? Ai ada belog masak okeh!" hahahahahahahha....Anak saudara saya yang mendengar turut ketawa.





Bila tengok muka seorang demi seorang, memang ramai yang saya tak kenal. Masing-masing dah jauh berubah. Dulu masa kecik memang kami sama-sama main polis sentri, gelap ceroh, bola katok, tuju tin, zero point dan sebagainya.

Malam itu, kami hanya menyediakan rempah-rempah untuk gulai kawah dan ayam masak merah. Masa memasak yang sebetulnya akan dilakukan pada keesokan paginya. Jadi saya pun menyebukkan diri pula kat dalam rumah, tempat orang buat bunga pahar. kehkehkeh!

Cuma kenduri Makcik saya ni sedikit pelik bagi kami, kerana tidak ada meja untuk tetamu menjamu selera. Meja hanya tempat untuk menyediakan lauk-pauk yang dihidangkan secara buffet. Ceduk nasi terus duduk dan makan. Bila saya bertanya makcik saya, katanya di sini memang tak ada mejalah! Memang dia dah nak tempah haritu tapi memang tak ada. huhuhuhuuh

Wednesday, March 14, 2012

Nak baby!

Terkejut pulak bila Zarin cakap nak baby! Ini semua gara-gara baby Umar datang. Setiap masa nak kiss, nak kiss, nak kiss. Hinggakan baby Umar tengah tidur pun kiss sampai terjagalah baby tu. Aduiiiii, Zarin!

Sebelum ni, kalau sebut baby tak nak. Tup-tup minta pula. Yelah, dah besar dan diapun rasa boring. Perlukan kawan untuk bermain. Di mana ada baby Umar di situ ada Zarin.





Paling terkejut, tidur pun nak dengan baby Umar. Pantang baby Umar tidur, mulalah heret bantal dia baring tepi baby. Bila larang, dia akan cakap ni Baby Zarin! Kalau malam-malam pun, cakap, mama bawak baby umar tidur dalam bilik Zarin. Zarin nak tidur dengan baby Umar.





Nampak gayanya, ciri-ciri seorang abang jelas terpancar di wajah Zarin. Alhamdulillah. Insyaallah jika ada rezeki tak lama lagi dapatlah adik tu ya Zarin :)

Monday, March 12, 2012

Warung Pok Nong Mengabang Telipot

Peluang balik ke Terengganu tidak dilepaskan untuk jalan-jalan cari makan ke Warung Pok Nong. Warung Pok Nong terkenal dengan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Saya teringin untuk singgah di warung Pok Nong ini, gara-gara terpengaruh dengan rancangan jalan-jalan cari makan. (sila salahkan rancangan tersebut ya :P)

Selepas kenduri kahwin, pukul empat petang kami telah bersiap sedia untuk misi jalan-jalan cari makan. Mula-mula macam malas dah nak pergi, sebab sepanjang balik Terengganu, perut langsung tak pernah ada ruang kosong. Makan, makan makan dan makan lagi. Bila dah makan, terus terlupa alat penimbang buat sementara waktu ^_^. Namun dah alang-alang balik, pergi jugaklah. Jarak antara kampong saya ke Warung Pok Nong Mengabang Telipot adalah sebanyak 72km. Taklah jauh sangat rasanya, kalau sedap memang berbaloi pergi.





Kami tiba di warung Pok Nong lebih kurang pukul 5.45 petang. Mula-mula sampai di kawasan Batu Rakit, Mengabang Telipot, tak ada pula sign board warung Pok Nong atau seangkatan dengannya. Terus terfikir, salah jalan agaknya. Kemudian kami terus menelefon warung tersebut untuk mengenal pasti dimanakah lokasinya. Alhamdulilah, jumpa. Kalau tidak mahunya saya bersilat kat situ sebab tak dapat jumpa Pok Nong! ^_^

Sebaik sampai, masyaallah. Ramainya orang! Penuh kereta kiri kanan. Alhamdulilah, kami sampai ada satu famili yang baru selesai makan. Terus dapat meja. Kalau tidak, berdirilah tunggu meja. Mula-mula tercengang juga sebab tatau camne nak order. Tengok meja masing-masing semuanya penuh dengan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Wallah, terliur weh!






Rupanya kena layan diri. Beratur untuk ambil sendiri. Jadi Mr. Papa pun beraturlah. Tapi lain pula jadinya. Tak ada istilah beratur rupanya, tapi berkumpul dan tertumpu di dulang-dulang ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Kaedahnya siapa cepat dia dapat kot, saya pun tak berapa pasti. Sepanjang pemerhatian saya, masak je terus licin, masak je terus licin. Masing-masing berebut. Kalaulah saya yang kena ambil makanan tersebut, sure sampai ke sudah tak dapat makanlah. Hihihihihihihi. Kalau nak lagi senang dapat, bawak pengepit dari rumah siap-siap. Eh tipu je, jangan bawak tau, nanti marah pulak Pok Nong. :p

Syukur, tanpa perlu menunggu lama makanan yang dihajati pun sampai. Inilah yang kami sempat ambil 2 ekor ikan celup tepung (ICT) , 6 ekor udang celup tepung, 2 ekor sotong celup tepung. Ingat nak ambil lagi, tapi orang makin ramai dan bagilah kat orang lain untuk merasa sama.





























Semua makanan di sini sedap. Rasa macam tak cukup apa yang kami dah ambil tu. ICTnya menggunakan ikan selayang/sardin dan terangat fresh+manis+juicy isinya. Nyum-nyum. Udang pun sedap. Rangup hingga boleh makan dari kepala sampai ekor tanpa perlu buang kulit. Hahahahahaha..Sotongnya jangan cakaplah, terbaikkkk!!!! Anak buah saya cakap kalau 5 ekor pun habis dia makan sotong tu, amboiiii, badan cekiding tapi makan banyaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk!!! Harganya pun murah semuanya hanya RM29 termasuk 2 mangkuk ABC, 1 mangkuk jagung parut dan 2 gelas air kelapa. Rasanya memang berbaloilah kami pergi.

Dalam perjalanan pulang, kami imbas kembali pengalaman nak dapatkan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung. Terasa lucu hingga terbahak-bahak kami ketawa. Mr.papa kata, masa kepit makanan tu, rasa dapat terus je kepit kuat-kuat, angkat dan masuk dalam pinggan. Camne kalau masa kepit-kepit tu terkepit tangan orang! Hahahahahahaha...penangan ICT. Teringat muka Pok Nong yang sentiasa senyum dan senyum. Mungkin itulah tarikan untuk orang terus datang dan datang ke sana selain daripada makanan yang sedap dan harga yang berpatutan.





Okeylah, dah macam karangan UPSR bertajuk “Pengalaman ke Warung Pok Nong” dah jadinya.

Eh ada lagi, cadangan saya yang sekali sekala singgah ni, adalah lebih elok sekiranya system que dapat berfungsi dengan baik. Semua orang dapat makanan, tak adalah siapa cepat dia dapat. Tak perlu berebut-berebut. Kalau yang jenis sopan dan pemalu macam saya ni surelah sampai ke sudah tak dapat makanan. Kasihanilah orang yang berperwatakan macam saya ni ^_^

Jika berminat bolehlah singgah ke sini jika ke Terengganu

Warung Pok Nong
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
09-6127655
0133517262
GPS coordinate: 5.428023,103.072854

Thursday, March 8, 2012

Panduan Khusyuk dalam Solat

Alhamdulilah, hari ini saya berpeluang untuk mengikuti ceramah agama bulanan yang dianjurkan oleh pejabat saya dan disampaikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat (Mursyid Imam Muda), yang bertajuk Panduan Khusyuk dalam Solat. Jadi apa yang saya perolehi ingin sekali saya kongsikan dengan kawan-kawan.

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-



yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].





Berikut ialah beberapa panduan khusyuk dalam solat:
1. Mesti ada wuduk yang sempurna.
2. Hadirkan hati kita untuk mengerjakan solat.
3. Fahami maksud ayat-ayat yang dibaca.
4. Malu dengan Allah s.w.t
5. Takwa kepada Allah s.w.t
6. Menganggap solat itu adalah solat yang terakhir sepanjang hidup kita.

Semoga panduan-panduan yang diberikan itu dapat membantu kita untuk mendapatkan solat yang khusyuk di samping menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dalam kehidupan seharian, Insyaallah.

Tuesday, March 6, 2012

Maafkan mama

Sungguh saya terasa amat bersalah. Mula terfikir, kalau saya tak kemas bilik pasti perkara ini takkan terjadi! Kalau..kalau..kalau..Hingga sekarang perasaan bersalah pada Zarin tetap ada lagi.


Semalam, entah mengapa saya teringin sangat nak kemas bilik no.2 atau bilik tetamu. Selepas solat maghrib, terus tukar cadar dan macam-macam. Zarin pula sibuk menolong, sekali sekala Zarin rebahkan badannya pada timbunan bantal dilantai. Entah macam mana tiba-tiba terbunyi kungggggg!!!!! dahi zarin terhantuk bucu katil.

Terus Zarin menangis dan darah menitik dan membuak-buak keluar!

Masyaallah, Zarin! Lantas saya terus mengangkatnya ke ruang tamu. Zarin bertukar tangan. Mr. papa terus lapkan darah Zarin yang sudah mengalir memasuki mulutnya. Saya panik, terasa badan seram sejuk nak pitam lebih-lebih lagi tengok darah likat dan sedikit hanyir itu. Saya mencapai beberapa ketul ais untuk diletakkan di benjolan dan luka di dahinya. Tetapi dia menolak.







Zarin masih menangis sambil memejamkan matanya. Mulutnya sahaja yang berbunyi nak mama! nak mama! nak mama! Lantas Mr. papa mengambil air gamat dan kapas lalu tekupkan di dahinya. Darah masih mengalir, namun tidak sehebat tadi. Melihat luka yang agak mengerikan itu, kami lantas membawanya ke klinik yang berhampiran.

Di dalam kereta, menitis juga air mata saya. Rasa bersalah yang teramat sangat. Kenapa saya cuai????? Ya Allah, berkali-kali saya bertanya Mr. papa.

"Macam mana ni? macam mana ni?"

Nasib baiklah Mr. papa menenangkan saya. Melihat dahi Zarin yang masih berdarah itu, semakin meruntun hati saya. Ya Allah apa aku dah buat ni! Kami bernasib baik kerana sebaik sampai, di depan klinik tersebut ada tempat parking emergency, lantas kami terus parking di situ.

Saya pula tangan menggigil sehingga tidak mampu untuk menulis borang. Zarin pula semakin ok. Darah sudah berhenti mengalir, cuma di baju, seluar dan tangannya tidak sempat saya bersihkan.

Alhamdulilah kami tidak perlu menunggu lama. Doktor yang merawat Zarin menyatakan bahawa, luka yang dialami dalam lingkungan 1 inci. Pendarahan yang berlaku di bawah lapisan kulit dan membeku menyebabkan dahi Zarin bengkak. Doktor membersihkan luka di dahi Zarin dan menyatakan luka tersebut tidak dalam dan memadai dengan plaster.








Alhamdulilah, lega hati saya. Selepas mencuci dan plaster, doktor menjelaskan lagi bahawa luka tersebut akan bercantum dan plaster itu boleh dibuka dalam masa tiga hari. Sepanjang tempoh tiga hari, pastikan luka tersebut tidak terkena air, memadai dengan lapkan kepala dan mandi badan sahaja. Selepas tiga hari boleh disapukan ubat yang dibekalkan dan bengkak tersebut mungkin mengambil masa selama dua minggu untuk hilang dan yang pasti parut akan ada!

Sepanjang perjalanan pulang, saya menyatakan rasa bersalah pada Mr. papa.

Mama: "Saya rasa bersalah sangat-sangat. Kalaulah saya tak kemas bilik, pasti takkan jadi gini".
Mr.papa : Takpelah, benda dah nak jadi. Lain kali kita beringatlah. Tapi saya pelik juga awak bersungguh-sungguh nak berkemas bilik tu. tak boleh tunggu-tunggu."
Mama: Itulah, saya pun hairan juga. Tapi kesianlah tengok dahi Zarin ni. Makin bersalah rasanya, pa.
Mr. papa: Lain kali biarlah saya buat. Pernah ke saya tak kemas bila tiba waktunya? Tak pernah kan? Biarlah saya buat semua tu.
Mama: Lain kali saya tak nak buat ape pun. Saya dah fobia, saya nak jaga Zarin je.
Mr. Papa : Taknak buat ape-ape? sambil gelak.
Mama: Ha, awak buatlah semua!

Sampai sekarang perasaan bersalah itu masih membelenggu diri. Nasib baiklah Zarin ok di nursery. Bila saya cakap kat Zarin "Lain kali Zarin jangan masuk lagi kat bilik tu, jangan lari-lari"

Dan Zarin membalas "Zarin nak tolong mama kemas je"

Oh anakku, betapa besarnya rasa bersalah mama pada kamu, maafkan mama :(

Monday, March 5, 2012

Cili Besar

Sudah lama tak coretkan entry pasal makan-makan. Maklumlah, sejak amalkan diet ni, memang jaranglah keluar merayap jalan-jalan cari makan. Jadi hari ni saja nak tempek gambar makanan. Kejadian makan-makan kat Chili's yang dah lupa tarikhnya bila.

kalau teringin makan Chili's kami lebih suka ke Bangsar. Mungkin suasananya kot. Dan Zarin pun boleh duk diam sepanjang makan, tak adalah nak panjat-panjat atau melompat sana-sini. hihihi..








Dan inilah menu yang biasa kami order. Tadaaaaaa!!!! Biasa-biasa saja, tiada menu yang luar biasa pung!










Alhamdulilah, kenyang perut suka hati. Eh silap, susah hati sebab masa makan tak terfikir pasal lemak dan berat, bila dah habis dan perut dah sengkak baru menyesal! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Tak guna menyesal sambil menangis tepi penimbang :P




Komen kami, kali ini makanannya agak kurang umppph sedikit. Air yang kami pesan pun tak macam biasa, cair. Biasa guavanya pekat dan lemonade pun sedap. Ni, entahlah..macam kordial sahaja. Bila mereka bertanya pasal makanan yang dihidangkan, laju je cakap air tak sedap. Hikhikhik. Tak sedap tapi betambah juga :P

Thursday, March 1, 2012

Kawan atau lawan???

Sangat susah untuk mencari kawan yang sebenar-benarnya kawan. Entahlah susah nak cakap. Cuma terkilan bila ada kawan (kalaulah masih boleh dikategorikan sebagai kawan) yang depan kita pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita??? Masyaallah! Ingatlah ya, walau dimanapun kamu sharekan ia, jangan ingat ianya tak dapat dikesan. Kadang-kadang kita boleh sabar, tapi sabar itu ada tahapnya! Apa yang harus dilakukan, jauhkan diri sedikit demi sedikit dan keluarkan dia dari hidup kita! Tingggggggg!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...