Monday, April 30, 2012

Popcorn Kicap

Hari ini Zarin sangat ceria untuk ke sekolah. Mungkin sebab dia seronok semalam dapat jalan-jalan KL (kalau nak jalan-jalan memang dia akan cakap jalan-jalan KL). Minggu ini Mr. papa bekerja, jadi lepas Asar baru dapat bawa Zarin jalan-jalan. Kesian dia tau, dari pagi dah siap pakai baju cantik nak keluar jalan-jalan sampai langsung tak tidur tengah hari.

Akhirnya kami ke One Utama. Sebaik sampai Zarin dah cakap nak makan popcorn kicap yang ada gula-gula mickey mouse. Kalau sebut popcorn kicap maksudnya ialah garret popcorn caramel/macadamia. Gula-gula mickey mouse pula maksudnya, cottoncandy yang diletakkan dalam bekas mickey mouse di Candylicious bersebelahan Garret. Oh anak, ingat semua kamu ya.


Jadi kami lantas membeli popcorn, dan Zarin diam di stroller sambil menikmati popcorn kicapnya. Selepas itu, kami makan-makan, beli-beli dan jalan-jalan. Sebelum balik rumah, singgah kejap di Plaza 1 Mont Kiara beli-beli lagi.

Sangat seronok melihat muka Zarin yang ceria itu. Sebelum tidur, dia dah pesan nak pakai seluar besar (jeans) dengan baju ball, baru "hensem dan bergaya", tambahnya. Hahahahahahaha... Setiap hari sebelum ke sekolah wajib mandi dan pilih baju mengikut citarasanya. Layankan saja, asalkan tak mengamuk dan menangis semasa hantar di nursery. Jika tidak, seharian hati mama tak keruan.

Alhamdulilah, setiap pagi memang sentiasa ceria dia. Mandi , minum susu, makan sudu besar (scott emulsion), pakai seluar besar baru ke sekolah (sebenarnya inilah lirik lagu yang  mama selalu nyanyi untuk hiburkan dia pagi-pagi). Lagi ceria kalau dapat pakai seluar besar fevret dan bawak bekal. Setiap hari mesti ada bekal, paling suka cekodok nana (cekodok pisang). Tapi hari ini Zarin bawak popcorn kicap, bertambah lebar senyum, esok nak popcorn kicap lagi. Pitammmmmmmm mama.

pssst: Melihat anak gembira adalah kepuasan bagi seorang ibu.

Thursday, April 26, 2012

Mamy Poko Jumbo hanya RM41.90

Kaum ibu dan bapa, apabila ada pampers atau susu anak murah terus serbu dan memborong tak hingat. Hihihihihihihi.. Zarin sekarang hanya memakai pampers pada waktu malam, jadi kos untuk pampers tidaklah banyak sangat seperti sebelum ini. Cuma susu sahaja yang kuat. Seminggu boleh habis sekotak setengah sejak baik demam baru-baru ini.

Balik kerja semalam, kami singgah di Tesco Selayang untuk membeli barang dapur. Alang-alang dah sampai, teruslah tinjau-tinjau harga barang-barang rutin yang lain. Sungguh terkejut apabila melihat harga pampers mamypoko jumbo hanya RM41.90. Betul ke ni? Terus saya ambil satu beg, dan pergi scan harga. Betul tertera RM41.90. Lantas ambil lagi satu bag, pergi scan lagi, memang betulla RM41.90. Wah murah ni, terus borong. Hihihihihihi..
Kemudian jalan-jalan lagi cari buku untuk Zarin, tertengok pula pampers mamypokopants yang packing kuning tu. Dah ada Jumbo juga. Bila tengok untuk saiz XL ada 44 keping + free 4 keping hanya RM 35.95. Memang murah, borong juga.

Saya pun sebenarnya tak pasti sampai bila promosi ini. Jadi kepada ibubapa yang anaknya pengguna mamypoko, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat memborong dan berbelanjalah dengan bijak :)

* pic from google, tq

Wednesday, April 25, 2012

Pokok bunga bergerak

Hari ini mencuba kelainan sikit dengan memakai baju kombinasi pink+kuning. Sebelum ini pernah juga pakai, tapi kombinasi pink+purple. Sekarang saya sangat suka pakai baju color block ke apa entah istilah dia. Hihihihihihihi, sekali sekalakan.


Cumanya ada juga yang cakap, tak matching, lagi matching kalai pakai tudung putih atau soft pink. Malah ada juga yang memuji cantik. Entahlah pendapat masing-masing kan, yang penting kita selesa. Nanti kalau pakai putih pink, dah jadi macam Puteri Islam masa kat sekolah dulu. Ni pun dah ada juga kata saya puteri UMNO. hahahahahahaha.. Suka hati deme lah nak kato gapo pung!

Takkanlah saya nak pakai serba serbi pink, dari atas sampai bawah, nanti jadi macam pokok bunga bergerak pulak. hahahahahaahhaha.. Apepun seperti kata Lady Gaga "I'm beautiful in my way". Ngeh-ngeh-ngeh

Ok bye!

Monday, April 23, 2012

Yang ini memang perasan

Telatah anak kecilkan, selalu sahaja membuatkan mama geli hati. Ada saja ayat yang keluar dari mulut kecilnya.

Ketika mengadap cermin sambil menyapu bio oil pada parut di dahinya dia berkata "comel juga Zarin ni!"...hahahaha


Memang itulah yang diulangnya. Sekali sekala datang bertanya "Mama, Zarin hensem kan?"

Kemudian beralih pula pada papa "papa, comel juga Zarin ni". Sambil buat muka cute!

hahahahahahaha... Perasan juga anak bujang ai ni. Tapi Zarin memang sentiasa comel dan hensem dimata dan dihati mama dan papa. -Love-

Pasal parut boleh baca di SINI

Thursday, April 19, 2012

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu Pengajaran

Assalamu'alaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

• Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.

• Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

• Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

• Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

• Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

• Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.

o Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
o Membaca quran sehingga menitis air mata.
o Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

• 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!

o Anak.
o Ibu.
o Suami.

• Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka susmi kita ketika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.

• Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

• Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

• Kalau ada niat yang baik teruskanlah.. Allah akan bersama kita.

• Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai.

• Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

• Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .

o “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

• Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

• Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
• Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, selepas itu bicaralah dengan Allah.

o “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
o “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .

• Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

• Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

• Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
• Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.

• Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit.. sedeh gak la.. pergi ke pusara mak kita cakap.. “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

• Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pada mereka.

• Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

• Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

• Bila nak berbelanja atau shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari orangg susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tiada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

• Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

• Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

• Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. Ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyok.. ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka di saat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

• Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

• Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

• Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

• Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

• Symptom terkena saka:

o Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
o Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
o Susah nak dapat anak, senang gugur.
o Ada rasa kelibat orang lalu.
o Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

• Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

• Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

• 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

• Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

• Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

• Anak Lari Dari Rumah

o Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

o Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

• Anak Degil

o Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
o Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari orang yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama-samalah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

Sumber : DISINI

Wednesday, April 18, 2012

Perempuan melayu perasan cantik!

Dah lama tak buka nuffnang. Jadi hari ini bukalah, nak tengok apa yang orang cari kat blog saya ni. Antara keyword yang tertera ialah

"Perempuan Melayu Perasan Cantik"

Haaa, kau! Perasan cantik tu. Rasanya kat blog ahkak ni nak kata ahkak perasan cantik tu tak adalah Dik Non, tapi kalau perempuan Melayu yang berperasaan, memang ahkak la orangnya ^_^.. kelasssss gitu ahkak! (bayangkan tangan ahkak di dada sambil mata pandang ke atas ya)



Apepun taknak komen panjang-panjang, Yang pasti "kecantikan adalah hak milik setiap insan" :)

Nak lagi cantik dan awet muda, silalah makan tempe banyak-banyak ya! bye...

Himalaya Forest Honey

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (Surah an-Nahl: 68-69)


Surah An-Nahl ayat 69 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Sumber, di SINI





Umum mengetahui bahawa madu lebah memang tersangatlah banyak khasiatnya. Di pasaran juga terdapat pelbagai jenis dan keluaran madu yang dijual. Terpulanglah kepada kita sebagai pengguna untuk memilihnya.


Keluarga saya pula memilih Himalaya Forest Honey. Kami sekeluarga memang mengamalkan makan madu Himalaya ini, satu hingga dua sudu teh, dua kali sehari. Zarin pun sangat sukakannya.

Tuesday, April 17, 2012

Tony Roma's Plaza 1 Mont Kiara

Bagi meraikan besday boy baru-baru ini, kami sekeluarga makan-makan di Tony Roma's Plaza 1 Mont Kiara. Suka makan kat sini sebab tak ramai orang, tempat yang luas dan sangat selesa, paling penting tak payah menunggu lama. Besday boy yang diraikan hari itu ialah, Mr. papa aka jejaka pink. hohohohohhooh


Dan ini adalah makanan yang telah di order. Semuanya yummy-yummy!



Gendang- gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati! lalalalalalalala

Sempena birthday Mr. papa yang ke 29, saya telah buatkan sebiji pavlova. Sangat gojes ya pavlova ni. Sebiji pavlova licin tiga beranak makan. sekali hadap je..hihihihihihi.



Resepi pavlova boleh dilihat DISINI

Monday, April 16, 2012

Kasut pelengkap gaya

Kanak-kanak pun sama seperti kita kaum ibu juga, yang silih berganti kasut dan handbag. Kalau boleh semuanya nak matching. Saya pun gemar juga membeli kasut untuk Zarin. Tapi biasalah, budak lelaki tak banyak choice yang ada, balik-balik style gitu juga, selipar, sandal,kasut. Geram tengok kasut ballerina untuk kanak-kanak perempuan, asyik duk belek je kalau jumpa. ^_^

Budak-budak kakinya memang cepat membesar, nak tak nak kena asyik bertukar je lakan kasutnya. Takkan nak biarkan pakai kasut yang ketat pula. Dibawah ini merupakan kasut-kasut Zarin dari start berjalan hingga sekarang. Pre walk shoes pun ada, tapi dah bagi kat sepupunya, baby Umar.


Selipar yang pertama dalam gambar iaitu bugs bunny untuk setahun lebih, saya beli kat sogo dengan harga RM8. Firasat saya, bolehlah Zarin pakai untuk basahan, ulang alik nursery. Malangnya, dia langsung taknak pakai. Dia menyebutnya SUTEK! Tataula apa maksudnya. Selipar kedua (ball kata Zarin) pula dibeli bersama-sama sepupu-sepupunya jadi Zarin pun turut serta, dapatlah sepasang. Yang ketiga tu capal, beli untuk zarin pakai pada hari raya dengan baju Melayu, harga RM10. Malangnya taknak pakai juga. huhuhuhuhuh


Sandal Nike ini merupakan sandal kegemaran Zarin. Tengokla betapa dah lunyainya sandal tersebut. tapi saya masih simpan sebagai kenangan. Yang ada gambar rabbit tu pula hanya beberapa kali sahaja pakai sebab tersalah ambil size, sob-sob. Dan sandal Teva tu kegemaran mama dan papa. kami peminat Teva, so belilah juga sepasang untuk anak. Suka tengok Zarin pakai sandal ini bersama short pants.



Yang ini pula koleksi crocs. suatu ketika dulu Zarin peminat fanatik toy story, Jadi belilah crocs toy story. Saya suka Zarin memakai crocs sebab tak sakit kaki dan sangat selesa. Tapi sangat risau bila dia pakai crocs semasa naik escolator. Yang merah tu Zarin panggil kasut BEn10 sebab letakkan jibbitz Ben10, memang fevret dia. Dan yang biru star wars, sekali sekala je pakai. Lebih suka yang merah. Kasut crocs ini untuk Zarin pakai ulang-alik ke nursery.


Seterusnya, sandal dan boots beli semasa Zarin berusia setahun atau setahun lebih. Kalau boots tu pakai lama-lama kaki Zarin akan merah dan mengadu sakit walaupun dah berstokin. Mungkin juga kaki zarin jenis gemuk dan bulat kot, tu yang sakit. Kalau sandal tu memang saya sukalah. Masih baru dan tapaknya langsung tak jejas.


Dan kasut jenis sarung petak-petak ini memang kegemaran papa dan mama. Zarin pun sangat suka kasut ini satu ketika dulu, tapi kejap je boleh pakai sebab tersalah beli size juga. Tapak pun masih tak jejas, sob-sob. Yang kedua tu papa beli masa ke Melbourne baru-baru ini. Memang Zarin asyik nak pakai kasut ni je sekarang. Selesa dan tak sakit kaki walaupun tak berstokin. sangat suka sebab nampak stylo. hahahahahaha.

Dan yang kaler biru tu, papa beli masa ke Beijing tahun lepas. Langsung tak boleh pakai lagi sebab bapok gong! Rasanya Zarin darjah satu baru boleh pakai kot :P. Lucu tau bila ingat kasut ni, sebab Mr. papa call suruh ukur size kaki Zarin. Bila ukur 17cm, so Mr. papa pun belilah 17cm, malangnya mungkin 17cm size orang putih kot! tu yang jadi bapok gong tu. hahahahahahaha


Dan yang ini pula sport shoes. Budak lelaki memang tak lari dan mesti akan ada kasut style ginikan? yang coklat tu memang dah tak muat, cuma toy story 3 tu memang kegemaran Zarinlah. Selalu tukar-tukar pakai. Tapi biasalah kolor putih cepat kotor, jenuh mama nak menyental!

Haaa, itulah koleksi kasut anak bujang saya. Majoriti semua kasutnya masih elok. Saya bagi rate 8-9/10. Memang saya simpan semua kasut Zarin, tak kira yang dah buruk ke tak, sebab sayang. hahahahaha, aduillla.

Friday, April 13, 2012

Back to bawal

Gara-gara terpengaruh dengan kecantikan Datin Norjuma ketika memakai tudung bawal, automatik saya pun mula memakai kembali tudung bawal. Sekarang ni tengah meroyan memborong tudung Aidijuma. Layankan saja Mr. papa ya. Memang harganya murah tetapi kainnya sangat berkualiti. saya suka! saya suka! (baca dengan nada Mei Mei Upin Ipin ya).

Atas permintaan beberapa rakan, jadi saya tempeklah gamba saya yang ayu dan sopan ala-ala kembar Datin Norjuma memakai tudung bawal ya :p


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Buat masa sekarang saya hanya sukakan bawal satu tone, dua tone dan inner bawal. Yang lain-lain masih belum terbuka hati untuk mencuba.

Oh, ya, gambar di atas saya menggayakan bawal satu tone dan inner bawal :)

Selamat hari Jumaat! Ok, bye!

Tuesday, April 10, 2012

Demam rindu rupanya

Minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar bagi saya ekoran dari demam zarin yang on off ditambah pula Mr. Papa outstation ke Melbourne. Bukan mudah untuk menghadapi anak yang demam seorang diri. Sungguh, memang saya akui. Kadang-kadang saya menangis sendirian. Entahlah, saya sukar untuk mengungkapkan semua itu, yang nyata timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan.

Syukur alhamdulilah dan terima kasih kepada kakak dan abang saya yang tidak jemu-jemu bertanya dari jauh tentang kesihatan kami dua beranak. Boleh dikatakan sejam sekali telefon, SMS. Terima kasih kerana mengambil berat :)



Sebenarnya sebelum Mr. papa berangkat, demam Zarin telah pulih. Namun pada malamnya, badan zarin mula panas kembali. Acap kali dia bertanya "kenapa papa balik lambat? dah gelap dah (malam). Sejujurnya, Zarin memang jarang berjauhan dengan papanya. Saya menjadi semakin resah gelisah dan panik apabila bangun tidur keesokan paginya Zarin mengadu

"Mama, kaki Zarin sakit, tak boleh jalan ni, nak dukung!"

Sungguh saya panik dan rasa nak pitam! Bila berdiri pun tak boleh, sakit katanya.

Saya tak pasti sama ada dia betul-betul sakit ataupun nak bermanja. Namun apabila saya mengajaknya ke playground, laju pula dia berjalan! oh anakku!

Namun hati keibuan saya sungguh tersentuh semasa badannya tengah panas, dia mengadu

"Mama, Zarin rindu papa! Zarin nak peluk baju papa!"

Memang sah, demam rindu rupanya budak kecik ni.

Ahad malam, Mr. papa selamat sampai di rumah. Badan Zarin yang tadinya panas semakin beransur hilang. Syukur alhamdulilah. Zarin dah sihat dan hari ini Zarin dah boleh ke nursery :)

Psst:Sekali sekala hati kecil berbisik, apa dosa aku dah buat? Anak tak sihat, automatik ibu bapa akan berjaga siang dan malam. Mungkin ini balasan terhadap kesalahan yang dilakukan. Apepun cepat-cepat saya beristigfar dan berfikir 'Aku kuat, sebab tu Allah uji aku.'
Terima kasih pada semua yang mendoakan Zarin. Saya amat menghargainya.

Wednesday, April 4, 2012

WW: Anda tergolongkah?

Lucu tengok gambar kartun ni. Agaknya memang beginilah situasi bagi yang bekerja. Rasa-rasa kawan-kawan tergolong dalam situasi seperti gambar ini tak?



Hihihihihihihi, cepatlah jumaat *tetiba*

*pic from google

Tuesday, April 3, 2012

Aidijuma Tudung Bawal

Oh, sekarang saya tengah jatuh cinta dengan tudung bawal Aidijuma ini. Automatik saya berbalik pada tudung bawal. Hihihihi. Pada pandangan saya, tudung bawal memang selesa dipakai dan sentiasa dipakai dan bukannya bermusim seperti tudung-tudung yang lain.


Bila tengok Datin Norjuma pakai, tak berkedip mata. Orang cantik pakai apapun tetap cantik. Nampak manis, anggun dan menawan ^_^

Alhamdulilah, Mr. Papa pun memang suka kalau saya pakai tudung bawal balik. Eh, suka aje Mr.Papa ni, apa-apa pun suka. Tapi Ai lagi suka kalau Mr. Papa tolong borongkan semua color koleksi Adijuma ni, boleh???? Sambil senyum macam Datin Norjuma :)

*pic from google

hati di rumah

Pukul 6 pagi semalam badan Zarin mula panas membahang. Entah kenapa saya yang tidur sambil memeluknya langsung tidak terasa panas badannya. Cuma saya perasan tidurnya agak terganggu malam itu. Yang tersedar Mr. papa, lantas terus kejutkan Zarin dan makan ubat. Bila anak dah demam, automatiklah mama terpaksa cuti kecemasan.



Hari ini giliran papa pula menjaga Zarin. Boleh dikatakan setiap jam/masa saya asyik whatapps Mr. Papa tanya Zarin. Remind Mr. Papa untuk bagi Zarin ubat dan sebagainya. Hati seorang ibu kan, sungguh tak keruan di pejabat hari ini. Badan di ofis, tetapi hati dan jasad di rumah. Mata yang dah sepet ni bertambah sepet dek kerana tidur tak lena semalam.

Bukan apa, sayu hati bila saya cakap padanya,

Zarin hebat, Zarin kuat, nanti cepat baik.

Balasnya

Zarin tak hebat, Zarin tak kuat, Zarin demam ni, sambil nangis!

Sob-sob.

Mengikut laporan yang diterima, Zarin bertambah ok. Panas pun dah suam-suam saja. Alhamdulilah. Moga cepat sembuh sayang, amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...