Wednesday, May 30, 2012

Teman sejati sentiasa di sisi

Kebelakangan ini mood untuk berblog jatuh merudum. Kat rumah kawan-kawan saya singgah, tapi sekadar menjadi silent reader, insyaallah bila mood itu datang saya pasti akan tinggalkan komen yang comel-comel untuk anda semua :)

Sebenarnya banyak sangat benda nak coretkan di sini, tapi bila tulis setengah jalan, terus tergantung dan tersimpan sebagai draf. Huhuhuhuhuhuhuhu

Cuma kali ini ingin kongsikan teman sejati saya yang sentiasa di sisi. Mesti diusung ke hulur ke hilir. Nak tau apa dia?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaaaaaaa!!!! Kismis dan kurma :) Pemberi tenaga di kala memerlukan.

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei - Hari Guru

16 Mei, tarikh yang sentiasa diingati oleh semua orang iaitu Hari Guru. Pertama sekali nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada bapa mertua iaitu Cikgu Ishak Md. Shah, Ayah mertua saya ni merupakan guru Bahasa Melayu. Jadi sebagai menantu cikgu BM, memang kena sentiasa menjaga ayatlah, kalau tak malu nanti weh! hihihihihihihi...

Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Rata-rata kawan saya semasa di Universiti dulu semuanya guru. Kalau tidak saya dulupun jadi cikgu juga, tapi disebabkan ketika mendapat tawaran KPLI, saya baru mengandungkan Zarin, jadi hasrat untuk menjadi cikgu terus dilupakan. Tak apalah, mungkin bukan rezeki saya.

Lucu pula kalau teringatkan hadiah hari guru. Dulu-dulu saya selalu belikan tisu, sabun, ubat gigi, pernah juga bagi maggi, kehkehkeh. Budak-budak, ketika itu memang itulah yang termampu dan seronok tak sangka dah. Dan paling saya ingat sajak hari guru. Tapi tak ingat penuh, dua baris sahaja.
 
Antaranya berbunyi,

Guru,
 Engkau umpama lilin yang membakar diri.

Itu saja sajak yang saya tahupun. Kalau kawan-kawan tahu bolehlah sambung. Tapikan, sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada kita masih boleh dianggap sebagai gurukan? Jadi SELAMAT HARI GURU kepada semua :)

Friday, May 11, 2012

oh comelnya

Semua bayi dan kanak-kanak memang sentiasa comel di mata orang yang memandang. Tak kisahlah tengah tidur ke, menangis ke, tengah comot ke, yang pasti kecomelan itu tetap akan ada. Percaya atau tidak, semasa mengandung pasti ramai yang akan melihat gambar-gambar baby yang sungguh comelkan? Tak kecuali juga dengan saya :)

Dan Zarin pula apabila menatap gambar Dayana akan berkata

"Mama Zarin nak baby camni"

"Mama, baby kita dah ada ke?"

"Mama, baby kita tak ada lagikan?"

"Mama, kat schoolkan, Dorwish ada baby, Zarin tak ada baby. Baby Dorwish duk ngan cikgu, dia nangis tadi"


Hahahahahahha, beriya sungguh Zarin nak kawan. Suka dia pada baby yang putih gebu dan comel macam Dayana ni. Apepun masih belum rezeki kitalah sayang. Insyaallah kita banyakkan berdoa dan berdoa semoga suatu hari nanti kita akan ada baby, dan yang paling penting jangan berputus asa.

Oh ya, tahun ini ramai kawan-kawan yang bakal menimang cahaya mata. Tahniah saya ucapkan. Selamat menempuh 40 minggu nan indah.   Jaga diri, jaga pemakanan, semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

psst: Jangan jadi macam sepupu saya, mengamuk minta maknya belikan baby kat TESCO. Bukan baby alive ya, ni baby yang betul-betul. Budak-budak, semudah itu pemikiran mereka untuk dapatkan baby. hahahahahaha

Thursday, May 10, 2012

sesekali beraksi begini

Sekali sekala melayan keletah anak yang suka buat mimik muka masa ambil gambar memang best. Tak adalahh yang asyik muncul gambar yang ala-ala skema, tegak macam menyanyikan lagu negaraku dan gambar ala-ala cover cun dan perasan cantik sahaja yang diabadikan dalam album. Gambar ini diambil selepas kami menikmati mee jawa, dan Zarin pula nak ice cream Tutti Frutti, jadi bila dah beli memang di sinilah tempat yang dia nak pergi sambil duduk menikmati ice cream walaupun sebenarnya frozen yogurt.


Bila lihat gambar ni, rasa macam best je. Alahai anak oii, cuba tengok lobang hidung kita ni, tak ubah seperti serombong kapal. Macam janji pulak nak buat hidung kembang sama-sama. hahahahaahha..

Teringat pula dialog ini,

"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku.."

Petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. hahahahahaha



Setiap detik bersama anak terasa seperti mahu dirakamkan semuanya. Disusun, dicantum, dikumpul dan diabadikan agar ia terjalin menjadi satu cerita klasik yang bisa diingati untuk masa depan.

Sekadar luahan terhadap kes dera

Semalam kecoh di FB berkenaan dengan video yang disebarkan itu. Tentu ramai yang dah tahu video apakan? Malas lah saya nak ulas dengan lebih lanjut. Cuma saya ingin meluahkan rasa kesal dengan orang yang memberi, respon, update status berkenaan video tersebut.

Ya, sesiapapun pasti marah dengan tindakan yang dilakukan oleh orang yang berada di dalam video tersebut. Walau apepun, kalau boleh kaji dan selidiklah terlebih dahulu. Jangan biarkan perasaan amarah menghantui diri kita. Bila marah, pelbagai perkataan seperti maki hamun, mencarut dan yang tak sepatutnya ditulis terus ditulis dan paling parah dibiarkan menjadi tatapan orang lain di alam maya.

Masyaallah, semalam pening kepala saya apabila membuka FB, newsfeed dipenuhi dengan perkataan yang sungguh tidak sopan. Paling saya rasa sedih bila ada di antara mereka sebelum ini selalu sharekan link-link berkaitan agama, hal-hal kebajikan yang sungguh manis kita baca dan lihat. Namun semalam, perkataan tak sepatutnya itu yang disharekan. Ya, saya tahu anda-anda sedang marah, tapi bukankah bahasa itu mencerminkan identiti anda? Ditambah lagi dengan profile picture yang sungguh ayu dan kacak bergaya, bila itu yang ditulis, terus orang dapat menilai bagaimana sikap anda-anda apabila menangani rasa amarah.

Dari segi logiknya, tidak ada ibu yang sanggup mendera anaknya sedemikian rupa. Percayalah, masa anak kita masih kecil hingga sekarangpun, kalau seekor nyamuk hinggap dibadan anak kita, nahaslah nyamuk tersebut. Kalau boleh seluruh rumah dicari.

Oh ya, saya bukan siapa-siapa untuk menilai sikap anda, malah saya pun tidak kenal anda dengan rapat, cuma di alam maya, rasanya. Diri saya sendiripun ada kekhilafannya, itu memang saya akui. Saya hanya meluahkan apa yang membebankan mata dan otak saya semalam. Dan lagi satu, maafkan saya sekiranya tulisan ini membuatkan anda terasa marah dan berkecil hati, saya hanyalah seorang insan yang cintakan keindahan berbahasa.

Akhir kata, maki hamun terhadap kejahatan orang tidak menjadikan kita lebih baik daripadanya.

Wallahualam, Assalamualaikum ;)

Wednesday, May 9, 2012

susu naik harga pulok doh

Seiring dengan kenaikan gaji kakitangan awam, begitulah juga dengan kenaikan harga barang. sob-sob. Ceritanya begini, jumaat lepas pulang dari kerja, kami singgah ke SOGO kerana susu Zarin telah kehabisan stok. Memang SOGO lah tempat untuk saya memborong susu sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain ( berdasarkan pemerhatian sayalah). Sebelum ni, harga untuk sekotak sustagen 650g adalah RM25. Dan jumaat yang lepas harga yang tertera ialah RM26.90. Menurut promoter, sustagen memang dah naik harga sekarang.

 

Beliau mengesyorkan saya membeli sustagen yang twinpack, harga yang ditawarkan pun RM53, ada mainan sampingan pulak tu. So saya pun ambillah 2 pek yang twinpack tu, cukuplah untuk stok sebulan. Sebelum bayar, promoter tersebut memberitahu saya bahawa sekiranya saya beli 3 pek twinpack, saya akan dapat voucher RM10, lagi jimat. Bila congak-congak memang jimat pun, jadi boronglah.

Cumanya sangat terkejut sebab harga susu naik RM1.10, memang banyaklah pada kiraan saya. Kepada kawan-kawan yang tahu di mana boleh dapat susu sustagen yang murah jangan lupa untuk share dengan saya ya. Walaupun ada yang kata saya berkira, tapi saya ingin tegaskan di sini bukan soal saya berkira, walau mahal manapun harganya kalau dah memang itu yang anak saya minum memang saya akan beli kalau tiada pilihan. Namun pilihan ada di depan mata, gunakanlah sebaiknya. Yang penting saya ingin menjadi ibu yang jimat berbelanja, tak salahkan? ^_^

Gelato ice-cream

Siapa suka ice cream???? Nyum-nyum...Saya suka sangat makan ice cream, tapi semenjak ada Zarin ni kesukaan itu terpaksa dikurangkan. Kalau nak makan ice cream pun kena ikut tahap kesihatan Zarin. bukan apa, Zarin cepat selsema kalau makan benda sejuk-sejuk ni.

Emmmm, yang menjadi kesukaan kami sekarang ialah Gelato ice cream. Masyaallah sedap ok, murah pulak tu. Gelato ice cream ini kiranya pakej bersama Garret Popcorn. Beli popcorn beli gelato, beli gelato beli popcorn. Kedai pun memang seangkatannya, Garret, Candylicious, Gelato. Flavor kegemaran saya ialah, cheesecake dan tiramisu. Manakala Zarin pula Mint dan Bubble gum. Sesetengah flavor tu ada nama saintifiknya tersendiri. Terdapat pelbagai flavor yang boleh dipilih mengikut selera tekak masing-masing. Sebelum beli boleh rasa dulu, kalau tak suka boleh pilih yang lain, tapi jangan pulak duk rasa semua flavor pastu blah camtu je, tak fasal-fasal kena pelangkong nanti. ekekekekekeekekkeekeke...



Satu scoop, RM9 boleh campur dua flavor. Yang seperti gambar di atas ialah kombinasi cheesecake untuk mama dan Bubble gum untuk Zarin. Papa pula jadi tukang bayar, ^_^. Saya suka aiskrim gelato ni sebab tak muak dan tak manis sangat. Satu scoop sudah cukup untuk dikongsi bertiga. Bekasnya kecil sahaja, tapi timbunan aiskrim yang di scoop tu membukit.


Jadi kepada peminat ice cream, bolehlah singgah ke sini. Yang saya tahu Gelato ice cream ini ada di KLCC dan One Utama. tempat lain tak pasti. ok, selamat mencuba.

psst: makan ice cream tak gemuk ok! :P

Tuesday, May 8, 2012

Mee Jawa @ Publika, Solaris Dutamas

Bila dah tak tahu nak masak apa, maka mulalah menggoogle kedai-kedai makan yang best untuk dilawati. Perangai saya, bila dah balik kerja memang malas sangat dah nak keluar. Bukan apa sebab kena iron baju tukar baju segala bagai, oooo, mak malas bab-bab tukar-tukar baju banyak kali ni :p. Tapi bila perut dah lapar, gagahkan juga diri untuk ke kedai makan, itu pun pasti cari tempat yang paling dekat dengan rumah.

Akhirnya kami memilih untuk ke Kafe Mee Jawa, Solaris Dutamas/ PUBLIKA. Sangat ok kat sini sebab ada Tutti Frutti kegemaran Zarin, ada Subway, boleh tapau nanti dan ada juga Chatime :). Kami sampai pun dah lewat juga, antara pukul 9.00 malam kot.
 

Setelah memilih tempat duduk yang bersesuaian, kami mula memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai, kami borak-borak, layan Zarin yang mulutnya sangat becok hari itu. Ada ke patut dia cakap

"Mama, kedai ni banyak asaplah, jom makan kat lain". ^_^

Betuah sungguh budak kecil ni, hinggakan waiter tu gelak sakan dengar ayat dia tu.

Sebenarnya bukan banyak asap, cuma mereka masak disebalik dinding kaca, jadi nampaklah berasap di dalam bilik kaca tersebut. haiyoooo...



Lebih kurang sepuluh minit menunggu, makanan pun sampai. Bagus, sungguh cepat dan tangkas sekali servisnya. Tak perlu tunggu lama-lama dan paling penting tak perlu buat muka kemut atau muka sembelit sebab bosan menunggu :P


Cuma yang bising sikit dan muka tak puas hati ialah Zarin. Sebab karipap dia lambat sampai.

" isk, mama mana karipap Zarin ni? Zarin nak karipap!"

" Kejaplah, uncle tengah goreng tu, nanti uncle hantar. kata saya cuba memujuknya.

"Zarin nak karipap! Awat lambat sangat? Zarin nak merajuklah macam ni!" sambil peluk tubuh.

  Haaa, gelak lagi uncle waiter tu tengok telatah Zarin. Tak lama selepas itu, karipapnya pun sampai.

  Sabo jelah dengan perangai anak bujang ni. phewwwwww!


Alhamdulilah, makanan di Kafe Mee Jawa ini memang menepati citarasa kami, mee jawa memang sedap, dah la banyak pula tu. Asam pedas ikan pari pun best. Hingga tak sedar licin nasi sepinggan :P. Dekorasipun not bad. Siap ada basikal antik lagi kat depan nun. Bolehlah nak kayuh kalu larat. Cuma yang tak berapa nak comeynya karipap Zarinlah. Rasanya kalau saya buat lagi kemas kelimnya, intipun surelah lagi sedapkan? hahahahahahaha. Apepun yang penting Zarin suka.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi pilihan resepi yang boleh dinikmati. Ada nasi goreng, laksa, mee kari, cucur udang, roti, fries dan sebagainya. Harga pun berpatutan. insyaallah kami pasti datang lagi.

Jika berminat untuk ke Kafe Mee Jawa bolehlah ke sini

Kafe Mee Jawa
A1-G2-09, Solaris Dutamas,
No.1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: (603) 6205 5566
Business Hours: 8am – 10pm daily

Psstt: sebenarnya ada pelbagai restoren kat Solaris Dutamas/Publika ni. lain kali kami nak try makan di Ben's pulak. Haritu tengok ramai sangat orang. Confirm sedap ni. ^_^

Monday, May 7, 2012

Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A

Dua minggu kebelakangan ini, kesihatan saya tidak seberapa baik. Setiap hari pening kepala, rasa macam bangunan bergoyang dan ingin tidur sepanjang masa. Oh, tak suka situasi begini, sebab rasa macam keluh kesah dan serba tak kena. Balik kerja saja terus baring atas tilam.

Suatu hari, saya mengadu pening kepala dan meminta Zarin tolong picitkan kerana ketika itu dia sedang baring di tepi saya. Tangan kecilnya mula memicit-micit dahi saya. Terasa juga picitannya walaupun jejari kecil itu menari-nari dengan tidak senada. Kejap kuat, kejap tak rasa apa-apa, kejap laju, kejap perlahan.


Kerana hanyut diulit picitan jemari kecilnya, saya pun terlelap. Tak lama selepas itu, Zarin pun kejutkan saya sambil membawa sepapan panadol dan segelas air kepada saya.

"Mama makan ubat ni, Zarin suap."

Saya lantas membuka mulut dan sebiji panadol masuk ke dalam mulut disusuli dengan air. Sememangnya Zarin boleh diharap.

"Mama sakit kepala lagi? nak ubat lagi?" tambahnya

"Mama dah ok, mama nak rehat jap." kata saya.

"Zarin nak tunggu mamalah. Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A". bicaranya lagi.

Terkejut dan betapa terujanya saya apabila Zarin berkata "Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A". Kepala yang tadinya sakit terus hilang. Betapa besarnya perkataan I.S.T.I.M.E.W.A itu apabila diujarkan oleh anak seusia Zarin. Sungguh saya tersangatlah terharu apabila diberi pengiktirafan yang begitu. Sememangnya saya I.S.T.I.M.E.W.A untuk keluarga kecil saya :)

Friday, May 4, 2012

G.I.L.A

Seminggu kebelakangan ni, Zarin kerap menyebut perkataan G.I.L.A . Bila saya tanya dia kata takdepun. Abang kata kat school.

Kalau saya terdengar memang kenalah dia. Selalunya saya akan tampar (maksud tampar di sini, tepuk mulut dia dengan dua jari) pada mulutnya. Terus cakap tak nak cakap lagi dah!

Saya cakap kuat-kuat "siapa yang cakap G.I.L.A mama akan tampar mulut dia!"

Yang nak dijadikan cerita, semalam semasa dalam kereta saya bercerita dengan suami, tiba-tiba terkeluar ayat

"Hari ni saya lapar G.I.L.A!, tak sempat makan!"



Tiba-tiba Zarin menjerit

"Mama, jangan cakap tu, nanti tampar mulut!"

So, semalam, saya dapatlah penampar kecil kat mulut oleh Zarin sebab sebut perkataan tu. huhuhuhuhuhuhu..

Kemudian dia berpesan, "Mama jangan cakap lagi tau!Nanti tampar lagi kan papa?"

"Ha, apelah mama ni kan Zarin? tak baik cakap macam tu kan!" tambah Mr. papa pula.

Masyaallah, terus terasa malu. Mungkin kita tak sedar kita selalu menggunakan perkataan tu dalam perbualan harian, contohnya:

cantik gila,
lapar gila
bz gila
jam gila
lambat gila
laju gila
sikit gila
dan macam-macam lagi ayat gila yang kita sebut.

Tiba-tiba saya terus terasa seperti "Bagai Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus"
Maksudnya: Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.

sob-sob
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...