Tuesday, June 26, 2012

Selera oh Selera

Godek-godek pc ni terjumpa pulak gambar roti canai banjir special ni. Masyaallah terliurnya. Terbayang-bayang kesedapan telur, kari dan roti canai yang digaul sebati, percikkan kicap sikit ..perghhh!



Tapi sekarang tak boleh makan telur separuh masak. sob-sob...Tapi dapat makan roti canai banjir pun dah ok. Oh, petang ni wajib terjah masjid india ni :), selera oh selera!

Monday, June 25, 2012

Makan Spagethi @ Food Foundry

Selera minggu ini adalah spagheti! pheeeeewwwww!!!!

Sabtu yang lalu, Mr. papa membawa kami makan di Food Foundry Seksyen 17, PJ. Kebetulan dekat dengan tempat kerja Mr. papa. So bagai orang mengantuk disorongkan bantal, gagahkan diri asalkan dapat makan spagheti.

Mula-mula sampai ingatkan tutup, tapi rupanya berpindah ke lot sebelahnya sahaja. Tengok-tengok menu semua nampak sedap, lebih-lebih lagi spagheti, terasa nak order semua jenis. hihihihihihihihi..

 

Untuk Zarin dia tak nak makan, dah kenyang katanya. Dia hanya meminta watermelon juice (air babykai) dan juga strawberyy mille crepe. Untuk pengetahuan mille crepe di sini sangat famous, tardapat beberapa perisa seperti vanilla dan juga coklat. Untuk Zarin dia memilih strawberry.


Saya pula memesan spagheti meatball dan mr. papa spagethi olio. Sementara menunggu makanan tiba, masing-masing melayan perasaan. Muka mama seperti biasa, tiada perasaan. Dalam hati berdoa supaya cepatlah makanan sampai, dah tak tahan nak makan ni. hihihihih



Akhirnya spagethi yang ditunggu pun tiba! meamng sedap, meatballnya pun lembut dan 'ada rasa'. Bila terpandangkan spagheti mama yang berasap tu, automatik pinggan beralih ke tuan kecik. Rasanya hampir 3/4 pinggan dia makan. Sedap katanya, Zarin lapar ni!

Hadoi anak. Oklah, lagipun saya hanya nak rasa sahaja. Serius tak tahu nak makan apa. Spagheti papa pun sedap jugak. Alamak, lapar spagheti pulak, nampaknya hari ni nak buat spagheti meatball marinara lah. Walaupun makan di kedai, air tangan sendiri juga yang puas makan.

psst: terima kasih pada yang sudi singgah di sini dan memberikan komen, insyaallah jika berkelapangan saya akan balas semua komen kawan-kawan. Maaf, mood tuan rumah masih lagi tunggang langgang, sob-sob

oh ya, jika tak berkeberatan, sudilah kiranya sharekan tempat-tempat yang best untuk makan spagheti, tq!

Thursday, June 14, 2012

isk budak ni!

Isk, geram sungguh tengok gambar budak ni aka kak emy Zarin. Setiap kali ambil gambar memang suka posing. Macam-macam aksi dia buat. Ni kerja kakaklah ni, terhasillah gambar ni. Serius saya
 suka, nampak sungguh cute!


Ce kalau kita buat aksi gini, konfem ada yang muntoh ijo. hahahahahahahaha

Psst, kena tenung lama-lama kalau gambar cute gini gak..kihkihkih

Tuesday, June 12, 2012

Bercerai Susu

Alhamdulilah setelah hampir 3 tahun 6 bulan menikmati susu ibu, Zarin sekarang telahpun bercerai susu sepenuhnya. Bila ditanya perasaan saya sebagai ibu???? oh sangat sedih ok! Sebelum ini memang dia sentiasa melekat dengan saya, sekarang tidak lagi. Perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan sebenarnya, hanya yang mengalami sahaja yang faham.

Apepun saya bersyukur saya telah berikan yang terbaik untuknya. Saya bersyukur juga kerana tidak perlu melakukan pelbagai cara untuk bercerai susu. Cuma dari segi percakapan, (nasihat dan penerangan) kepada Zarin dia sendiri faham dan berhenti menyusu. Sebelum ini pun, Zarin hanya menyusu ketika waktu malam (sebelum tidur).




Walaupun telah berhenti menyusu, kadang-kadang ketagihannya tetap ada.

"Sikit je mama. Nak pegang je. Nak cium je," Itulah ayat-ayat comelnya.




Memandangkan sekarang Zarin hanya minum susu menggunakan cawan, jadi semasa minum susu tu memang saya kena suap, peluk dia, dan tidur atas lengan tu wajib. Hihihihihihihihi.

Sekarang pun Zarin dah dibiasakan tidur sendiri dibiliknya. Belajar berdikari ya sayang. :)

Friday, June 8, 2012

Angry mama!

Kadang-kadang kesabaran kita pun ada hadnya. Sebagai manusia kita tidak lari dari meluahkan ekspresi gembira, sedih, gundah gulana dan juga perasaan marah. Ya, jangan main-main dengan angry mama ya! Marah saya bukan marah tak ketahuan, tapi bertempat lah.

Baru-baru ini sebelum kami bertolak balik ke Terengganu, kami singgah dahulu breakfast di McD. Mungkin kerana cuti sekolah dan ramai yang ingin pulang ke pantai Timur, Mcd menjadi sesak. Que pun bersimpang siur, sekejap kaunter ni bukak, pastu tutup, pindah ke kaunter lain pula. Ok, saya boleh bersabar.

Tiba giliran saya, saya pun mengorder set A family breakfast, 2 set mcmuffin dan happy meal hot pancakes. Air untuk 2 set Mc muffin saya tukarkan kepada Milo panas, tapi yang dicharge dan diberi ialah milo ais. so saya pun oklah, memandangkan ramai antara kami yang suka minum ais.

Ketika makanan saya siap disediakan, saya bertanya mana set happy meal dan mc muffin?

Dan pekerja di situ berkata semua dah masukkan dalam kotak set A tu. So saya pun ok, terus angkat dan bawa ke meja tanpa menyemaknya terlebih dahulu. Sampai di meja, bila nak makan, rupanya-rupanya 2 biji mcmuffin tak ada. Jadi saya pun kembali ke kaunter untuk menuntutnya.

Saya berkata, cik, tadi saya order set A family breakfast, 2 set mcmuffin dan happy meal hot pancakes, tapi dalam kotak tu tak ada mcmuffin, kata dah letak. Cik boleh check di meja saya tu.

Pekerja yang mengambil order pun berkata tunggu sebentar dan memberitahu kepada pekerja yang menyediakan makanan. Pekerja yang menyediakan makanan berkata yang dia dah letak semua dalam kotak tu. Sambil menyediakan order-order yang lain siap hempas-hempas lagi. Aissssh, memang pantang saya kalau orang hempas-hempas ni. Sabar-sabar!





Kemudian saya berkata, "kalau tak percaya pergilah check. Saya baru je amik, semua belum makan lagi tu." Masa ni muka saya dah merah, suara pun dah bertukar intonasinya.

Tapi seorang pun antara mereka tak datang check dan tak lama selepas itu memberikan dua biji mcmuffin dalam keadaan muka yang macam apa lagi. Haissssh!!! Rasa nak bagi penampaq sedas!

Tapi sebab orang ramai malas nak kecoh-kecoh. Ambil dan terus hilang mood nak makan. Saya meminta hak yang telah dibayar! Jangan suka-suka ingat orang nak menipu + makan free!

Tapi serius, bukannya nak memburukkan, memang kerap terjadi yang hidangan diberikan tak cukup.   Lebih parah bila drive thru, dah sampai rumah baru perasan. Nasihat saya, lain kali kalau masa letak tu asingkanlah mengikut setnya, jangan sebab nak mudah dan jimat longgokkan dalam satu box. Bila orang komplen buat muka! sekeh nak?

Kita juga sebagai pengguna kena sentiasa menyemak apa sahaja barang yang dibeli supaya tidak tertipu, dan di tipu. Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...