Tuesday, July 31, 2012

Alhamdulilah... ZS Jr. is Coming

Mmmm, tak tahu dari mana nak mula. Ada yang dah tahu, ada yang masih tertanya-tanya dan ada yang tak tahu. Jadi hari baik dan bulan baik ini dengan penuh syukur, dan bagi menjawab pertanyaan demi pertanyaaan yang diajukan;

Ya, Alhamdulillah, Zarin shah akan dapat adik. Maka dengan ini akan bertambahlah ahli keluarga saya. Syukur.

Apepun, terima kasih pada yang bertanya dan mengambil berat. Doakan semoga saya dan baby sihat-sihat selalu ya :), Insyaallah.

 Oh ya, due date saya Januari 2013 :)

Thursday, July 26, 2012

Tersentuh hati seorang ibu!

Semalam ketika mengambil Zarin dari nursery, luka-luka (kulit menjadi merah dan macam melecur) di mukanya semakin banyak. Saya mula susah hati. Sebab tatau punca, kasihan melihatnya. Sesampai di rumah mood untuk masak langsung tidak ada. Saya hanya masakkan sambal sotong dan memasak nasi. Sayur dan ikan saya meminta adik ipar tolong masakkan. Serius mood saya ke laut.

Lalu saya rehatkan diri di bilik. Secara tak langsung fikiran terus terfikirkan Zarin. Dengan tak di sangka air mata saya mengalir laju. Sedang saya bersedih itu, tetiba Zarin muncul.

Zarin: Mama, janganlah nangis. Pipi Zarin ok. Zarin tak sakit pun.

Mama: (Kelu seribu bahasa, yang nyata air mata makin laju. Lantas saya terus peluknya) Mama risaukan Zarin.

Zarin: Mama janganlah nangis. Zarin tak sukalah macam ni. (Katanya sambil berpeluk tubuh tanda merajuk.)

Mama: Ok, ok. Mama tak nangis dah. Tapi Zarin jangan garu-garu.

Zarin: Zarin tak garu pun. Mama jangan nangis lagi. Zarin, papa, baby kan ada.

Serius, hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata Zarin ketika memujuk mama. Ketika menaip ni pun tak dapat elak dari menitiskan air mata. Sob-sob.

Selepas berbuka, sekali lagi saya ke klinik. Alhamdulilah, menurut doctor luka-luka tersebut hanya infection. Tiada yang serius. Ubat yang kami ambil dari klinik lain sebelum ini bagus, tapi terlalu kuat untuk Zarin. Tambahan pula, saya sapukan agak banyak (doctor sebelum ini tidak nyatakan cara penggunaan yang betul). Sebab itu luka tersebut tidak kering-kering dan terlihat seperti melecur. Doktor tersebut memberikan ubat sapuan yang baru dan antibiotic. Insyaallah akan sembuh dan kami perlu ke sana lagi pada hari Ahad ini untuk pemeriksaan susulan.

Alhamdulilah, pagi ini, kesan luka semakin berkurang dan kering. Harap Zarin kembali pulih seperti sedia kala, amin

Serius, hati seorang ibu, perasaan risau itu sentiasa menguasai diri dan membelenggu emosi.

Wednesday, July 25, 2012

Budu vs Cencaluk

Setiap hari buntu memikirkan menu berbuka. Ramadan keempat saya sempat juga memasak walaupun dah sampai rumah pukul 6. Ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum berbuka. Jadi menunya juga sudah semestinya simple, cepat dan mudah serta lazat, itu sudah tentu. 


Gambar di atas iaitu budu dan cencaluk dihidangkan sebagai pembuka selera. Serius saya peminat budu. Jadi kalau ada memang lagi sedaplah. Memalam ada dua jenis sebab mr. papa nak makan cencaluk, saya nak makan budu, jadi wajib hidangkan keduanya, kalau tak tak pasal-pasal lawan tarik rambut nanti :P


Dan ini kuih yang dibeli di bazar ramadan. Oh ya, jangan tertanya-tanya kenapa banyaknya kuih kali ini. Semuanya dibeli oleh adik-adik ipar saya. Insyaallah, sepanjang ramadan, mereka akan berpuasa di rumah kami. Jadi bila ahli keluarga bertambah kuihnya pun mestilah juga bertambahkan? selera ramai. hihihihihi


Ini pula merupakan menu utama kami semalam iaitu gulai terung. Serius saya teringin nak makan sangat-sangat, terus hubungi chef di kampung bertanya resepi, dan alhamdulilah terhasillah gulai terung yang rasanya seperti yang saya impikan. Memang maveles. Lauk utama ini saya padankan dengan ayam goreng dan juga ikan pekasam beserta budu dan cencaluk dan tidak lupa timun cina. Serius bertambah saya makan nasi semalam. kihkihkihkhihkih Resepi boleh di lihat di SINI


Setiap kali masak, memang tidak larilah daripada termasin, tertawar dan secukup rasa. Almaklumlah bulan puasa. Tapi bila kita gabungkan kesemua lauk yang termasin, tertawar dan secukup rasa itu, hasilnya memang tidak mendukacitakan. Sesedap rasa kata orang. muahahahahaha

Alhamdulilah, sudah empat hari kita berpuasa, saya selalu ingatkan Mr. papa dan adik-adik ipar saya supaya jangan membazir ketika berkunjung ke bazar ramadan. Saya bukanlah peminat kuih, sekali sekala saja teringin, baru cari. Kalau kuih-muih yang mudah saya akan cuba untuk buat sendiri. Untuk hari ini, masih lagi buntu.

Bila bertanya menu berbuka kepada penghuni di rumah burung saya tu, jawapannya

"Masaklah apapun kak ida, kami makan je"

Aduiii, tak membantulah korang ni. Nanti goreng telur tuang kicap baru tau! ^_^

Monday, July 23, 2012

Diari Ramadan Idazs

Alhamdulilah, hari ini telah masuk tiga ramadan, harap saya masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah puasa, insyaallah.

Bercerita tentang ramadan, memang tidak dapat lari dari memikirkan menu apa yang ingin dihidangkan semasa berbuka. Dan ini pula diari ramadan idazs, bukan diari ramadan rafiq tau! ^_^

Hari pertama puasa, saya agak 'melepek' menjelang pukul 1 tengahari lutut dah menggigil. Sudahnya asyik baring dan baring saja. Mungkin juga semasa sahur saya hanya menikmati 2 keping biskut bersama horlick dan kurma. Sudahnya menu 1 ramadan, saya meminta suami tapaukan nasi arab di Saba. Sebab memang tak berdaya nak buat apa-apa. Jadi untuk mengelakkan saya 'melepek' lagi hari berikutnya, makan sahur mestilah makan makanan yang berat dan dalam kuantiti yang agak banyak.

2 Ramadan pula, alhamdulilah saya diberi kesihatan yang baik. Cuma pening dan sakit kepala pada pukul 3 petang akibat terhidu bawang putih semasa kupas bawang. sob-sob! Jadi saya pun baring kejap.


Bila dah rasa ok, kembali ke dapur. Menu saya semalam ialah kari udang, ikan cencaru sumbat bakar, air asam dan kangkung goreng belacan. Manakala untuk kuih muih pula, saya sediakan agar-agar santan, Memang fevret saya dan keluarga ni dan juga sardin roll. Semalam semuanya homemade. Memang puas hati makan. Tembikai dan kurma pula sudah semestinya beli, takkan saya nak buat sendiri tembikaikan? hahahahahahah.

Cuma pelik selera bulan puasa ni, nak makan tembikai ulam nasi setiap hari (memang orang terengganu suka makan nasi dengan timun cina). So saya dah tugaskan Mr. papa supaya pastikan bekalan tembikai saya tidak putus sepanjang ramadan ni. kihkihkih.

Air pula saya hanya minum air suam. Memang perubahan yang sangat baik Ramadan kali ini. Tiada air color-color dan pelbagai perisa. Kesihatan perlu dijaga :)

Zarin pula bila saya tanya dia, tahu tak puasa tu apa? Dia membalas

"Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum. Malam dah gelap boleh raya!" ^_^

Menu hari ini masih lagi buntu. think! think! think!

Apa menu kawan-kawan hari ini?

Friday, July 20, 2012

Hok Comey Hok Hensem

Semalam kakak saya tagkan beberapa keping gambar baby Umar yang terkini di FB. Masyaallah, comeynya baby Umar. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.

Bila saya tunjukkan gambar baby Umar kat Zarin dia cakap

'Comeynya baby umar. Dia senyum, tak nangis pun."




Baby Umar dah pun berusia 6 bulan lebih, dah boleh meniarap dan paling tak tahan tengok rambutnya itu. Lebat sungguh. Dah berapa kali bawak pi gunting. Cepat je tumbuh. Haishhhhh!!!!!!

Bila saya cakap kat kakak saya

"Kena tengok baby Umar lebih sikitla, mana tahu sepupu baby Umar nanti putih gini"

kakak saya membalas

"Kena tengok baka juga"

hampehgas betulla.

psst: "hitam manis, hitam manis, yang hitam manis pandang tak jemu, pandang tak jemu" ^_^

Oh sebelum terlupa, SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN kepada semua kawan-kawan. Diharap pada bulan yang mulia ini dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya, insyaallah :)

Thursday, July 19, 2012

Teringin nak jadi baby

Budak kecik sorang nikan memang macam-macam. Ada saja benda yang dia nak buat. Kalau boleh semua almari nak dipunggahnya. Bila di tanya dia jawab:

"Mama, janganlah marah Zarin. Zarin cari barang Zarinlah." Sabar je la.

Baru-baru ketika dia menyelongkar tetiba dia duk senyap je. Haaa, budak ni kalau tadi kepoh tetiba senyap memang ada 'kerja' la yang dia tengah buat tu. Rupanya dia sedang syok duk hisap puting ni!

 

hahahaahahahha, bila saya bertanya lagi dia cakap

"Mama, Zarin jadi baby ni!"

Aduiiiii, sakit perut gelak. Camtulah bila kecik tak merasa hisap puting, bila dah besar terjumpa terus hisap. Saya pun tak pasti puting siapa yang tertinggal kat rumah. Seingat saya memang tak pernah beli pacifier ni. Adalah kot yang sepupu-sepupu dia tu. hihihihhihiih


Kemudian, dia cakap lagi

"Mama, ambik gamba Zarin nak sleep macam baby ni"

Layankan saja gambar budak besar teringin nak jadi baby pura-pura tidur sambil hisap puting. hehehehehehehe

Thursday, July 12, 2012

Pic terkini ada perubahan tak?

Rasanya dah agak lama tuan rumah tak tempek gambar sendiri. Asyik gambar makanan, makanan dan makanan sahaja. So arini nak kongsi gambar terkini saya dan kawan-kawan bahagian yang diambil sempena wacana semalam.

Agak-agak, ada perubahan tak pada gambar saya tu? ^_^


Sedikit bz, dengan hambatan kerja, kalau ada masa pasti berkunjung ke rumah kawan-kawan. Nak update blog dan mengarang panjang lebar pun dah tak sempat.

ok bye!

Monday, July 9, 2012

Saba Restaurant @ Dataran Setiawangsa

Bila selera mula tak mennetu dan macam-macam ni, pantang terlintas di kepala terus nak makan. Dari selera penjajah (western) kini beralih pula ke selera timur tengah (Arab). hohohohohhohoho.. Nasib baik ada yang nak melayan, sayang mr. papa. ^_^

Tengah hari tadi, semasa sembang-sembang dengan ofismate tentang jamuan yang bakal kami adakan, mula muncul macam-macam nasi. Nasi bukhara, nasi beriyani, nasi dagang, Nasi Arab (mandhi). gulp!!!! Telan liur..haaaaaaa, sudahhhhhh!!!!!



Lantas terus whatsapp Mr. papa.
Mama: Teringin nak makan nasi bukhara/ Arab
Mr. papa : Jom Saba!
Mama : Bila?
Mr. papa : 30 minit sampai.
Mama: k


Ngam-ngam 30 minit lagi, lunch hour. Dalam hati berdoa harap orang tak ramai kat Saba tu. 1.15 pm, kami sampai di Saba, alhamdulilah orang tak ramai. Terus order makanan. Appertizer Mr. papa memilih Hummus. Sedaplah juga.

 

Nasi pula Mr. papa memilih Hanith Lamb. Saya ikut saja. Asalkan makan nasi, sebab dah lapar sangat-sangat hingga gigil tangan. Cuma Mr. papa sedikit terkejut, sebab saya tak suka kambing, tapi kali ni, setuju je. Ok, ada improvement katanya kali ni. Hahahahahahaha..


Mula-mula order size regular, kemudian tukar pada large. Jangan tak percaya, hampir habis kami makan, biasanya size large untuk 3-4 orang. Hahahahahahahaha, gelak lagi. Memang banyakkkkkkkk sangat saya makan.


Kemudian suami order juga Saba salad. Makan kena seimbang, baru cukup zat, katanya. kihkihkih. Air pula saya order watermelon juice, Mr. papa Barbican. Cuma yang ada perisa delima. Ambil jelah. Secara purata memang saya suka makan di Saba.

Harap-harap selera Timur tengah saya ni sekejap sahaja. Jenuhlah kalau hari-hari Saba. hujung bulan kira duit syiling nanti. kehkehkeh!!

Apepun nak ucapkan terima kasih pada mr. Papa sebab tidak pernah menghampakan selera saya.. hohohohhoho.. Kalau mr. papa baca mesti dia gelak, sebab katanya, tak perlu nak tulis kat blog, bukan tak boleh cakap face to face. ^_^

Friday, July 6, 2012

Pemanggang ikan ajaib

Kali ini ada beli gajet dapur baru sebagai persediaan untuk menyambut ramadan tidak lama lagi. Salah satu cara nak amalkan pemakanan yang sihat di bulan ramadan. Insyaallah. Gajet tersebut ialah pemanggang Ikan Ajaib? Ajaib ke? Ajaib ke? Camne yang ajaib tu???

Buat masa ni saya tidak lagi dapat menjawabnya, sebab masih belum guna untuk grill-grill ni. Cuma pernah grill daging burger sahaja ^_^

Tapi berdasarkan bacaan, memang peamnggang ini bagus. Boleh masak macam-macam juga, seperti stim, dan ada juga yang cakap boleh buat kek dengan menggunakannya. Apepun esok saya akan mencuba untuk membuat ayam percik dan juga kerang bakar. Doakan kesihatan saya baik ya, Insyaallah.

Psst: Harap-harap pemanggang ini setandinglah seperti cara kita bakar atas arang, bukan apa kalau nak bakar guna arang di rumah burung seperti rumah saya tu, surelah bomba datang berlumba-lumba, kehkehkehkehkeh!

* pic from google

Monday, July 2, 2012

Dave's Deli ------> Nyum-nyum

Rasanya sudah lama tidak keluar jalan-jalan ukur Mall. Semenjak kesihatan tak berapa baik ni, Zarin kalau dapat ke kedai runcit dan TESCO pun dah happy sangat-sangat. Kesian dia. Semalam saya pun terasa sedikit sihat, jadi bawalah Zarin ke One Utama. Sebelum tu, singgah di The Curve ambil baju yang alter (dah 2 minggu siap, tapi tak ambil-ambil), Alang-alang dah sampai, Zarin pun dapatlah mainan power ranger. Robot boleh bertukar jadi kereta toyota prius. Oklah tu, harap kat OU nanti tak delah nak beli mainan segala bagai.

Sampai di OU, perut dah memang lapar sangat-sangat (mama selalu lapar ok!). Sebelum tu, kami sewa dulu kiddy car untuk Zarin. Senang nak handle. Stroller dia tak nak naik pula semalam.

Sepantas kilat terus ke Dave's Deli. Dave's Deli? Siapa pernah makan kat sini? Ini merupakan kali pertama saya makan di sini semenjak selera penjajah menakluk diri. hihihihihihhi... Dave's deli ni direkemenkan oleh Mr. papa yang tersangat peka terhadap selera mama ni.

Jom lihat apa yang kami order


Masyaallah. Sedap yang amat lasagna ni! Serius sedap dengan limpahan sos tu. Memang di syorkan.



Saya pula order roast chicken ni. Ya, memang sedap juga. Memang kalah kenny roger's. Saya cuma order 1/4. Boleh juga minta 1/2 ekor, 3/4 ekor atau terus seekor. Dihidangkan bersama mashed potato dan coleslow. Sedap, i tell you! Sos pun melimpah ruah. Argggh, terasa-rasa lagi ditekak ni kesedapannya.



Dan untuk si manja saya tentulah foot long sausage. Pun sedap juga. Memang banyaklah yang dia makan.



Tengoklah si manja saya ni, makan pun duduk dalam kiddy car jugak. hadoiiiii!!!! Tak kisahlah, janji dia duduk diamkan?

Secara keseluruhan makanan di sini memang menepati selera kami. Harga sangat berpatutan, Yang kami order ini harganya antara RM14.90-RM18.90 sahaja. Dan pasti akan datang lagi, dan lagi dan lagi. Paling suka sebab tak ada segala jenis tax, cuma kita terpaksa layan diri, order di kaunter dan bawa sendiri makanan ke meja :)

Jika berminat boleh layari Davedeli.com. Macam-macam menu ada, selamat mencuba :)

Pssst: Ni pun tengah whatsapp mr. papa ajak makan kat sini lunch hour nanti. Tapi jawapannya, tengok dulu kalau tak bz. sob-sob.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...