Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday Maklong

30 Ogos! 
Oh hari ini merupakan hari lahir kakak saya! Lagi satu hari dilahirkan sebelum hari kemerdekaan negara kita.

  

Happy Birthday Maklong. Zarin nak bagi kek kak Maklong tapi jauh sangat, so Zarin tolong tiupkan lilin untuk Maklong ya. Zarin tak ingat berapa dah umur Maklong. Tapi masih lagi angka 3 di hadapan. Zarin doakan semoga Maklong diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping famili tercinta.

 


-Ikhlas dari anak buah Maklong, Zarin Shah yang dah huru harakan telefon MakLong- kehkehkeh

Wednesday, August 29, 2012

Surah-surah amalan untuk ibu mengandung

Demam raya masih terasa. Tapi untuk mencoretkan entri pasal raya masih tak ada mood. Nanti-nantilah, rayakan sebulan ^_^. 

Jadi hari ini saya kongsikan surah-surah amalan untuk ibu mengandung. Sama-samalah kita amalkan.

   

Minggu depan ada appointment dengan doktor. Nak scan detail, rasa berdebar pulak. Agak-agak dah boleh nampak ke gender baby? ^_^ 

Thursday, August 16, 2012

Persiapan raya yang ala kadar

Tahun ini saya tidak beriya dan teruja untuk menyambut hari raya. Perasaan pun biasa-biasa saja. Jika sebelum ini pakaian di pagi raya sudah semestinya berdondon-dondon, tapi tahun ini caca merba. Tak tahulah macam mana, so tunggu sajala 1 syawal nanti Hahahahahahaha.. Ramai yang kata mungkin pembawakan kot :P 

Jadi tahun ini saya tidaklah shopping sakan. Sepanjang ramadan, selepas berbuka langsung tak pernah ke Mall sebab mr. papa nak pergi terawih. Jadi kami hanya dua kali jejakkan kaki ke One Utama kerana butik baju kegemaran kami untuk Zarin hanya ada di sana. Saya suka shopping di situ kerana semua baju dan jeansnya memang terletak elok bila disarungkan ke badan Zarin. 

Dah namanya budak-budak, kalau boleh semuanya mahu baru. Dari kasut, stokin, baju, dan sebagainya. Cumanya Zarin tak boleh nak try banyak-banyak kali kat rumah, kalau tidak memang selamatlah dipakainya. Tak dan tunggu raya :)

   

Dan inilah kasut raya Zarin, Tapi dah selamat pakai 2-3 kali :P . Ingatkan tak payah beli sandal, sebab sandal teva masih baru. Tapi dalam kereta tadi zarin berkata:

"Mama, kasut crocs red Zarin ni dah kecik, sakit kaki Zarin. Kita beli yang green kat Utama haritu mama. Ada Ben10!"

Haaaa, sudah. Baru je nak save bajet tak payah beli sandal. Dah bersungut pulak dah. Nampak gayanya kena cari jugalah ni. Kesian pulak nanti. Kalau nak cari kasut mestilah pilih yang selesakan. Crocs jugak pilihan hatinya. Hari ni, Mr. Papa cuti, jadi sempatlah kot dia bawak Zarin pergi beli kasut crocs kat one utama nanti. Kalau tak ada di situ, kat Plaza 1 Mont Kiara pun ada. 

Jadi alhamdulilah semua persediaan raya Zarin dah 95 % settle. Baju Melayu saya beli di Bak Tailor. Bak Tailor memang kegemaran saya dan suami. Baik dari baju mak bapak hinggalah ke anak. Lucu bila teringat kisah minggu lepas, saya terpaksa tunggu sehingga orang siap sembahyang jumaat sebab baju melayu size 4 tergantung di depan jemaah yang sedang solat. Cuma perlu beli songkok sahaja. Tak apa, kita terjah Pekan Rabu sajalah.

 


Untuk kuih raya pula, saya hanya membeli dua jenis kuih raya. Yang lain ambil sahaja rumah mak nanti. sistem barter kan? :P Dan almond cookies di atas memang kegemaran keluarga saya. nyum-nyum. Saya hanya sempat buat 3 jenis sahaja. Mak yong penat dah nak buat banyak-banyak. Nampaknya hari ini dah ramai yang bercuti. Kepada yang ingin balik kampung tu, 'Berhati-hati di jalan raya". 

Pssstttt: semalam dapat SMS dari ayah mertua katanya "kami akan beraya di Langkawi". Hohohoho.. pengalaman baru ni :)

Wednesday, August 8, 2012

Pahala memasak di bulan Ramadan

Bulan Ramadan bulan keberkatan, melipatgandakan amalan dan pahala. Ya, itulah yang selalu Mr. Papa ucapkan kepada saya setiap kali saya mengadu,

"Letihlah hari ini, tak nak masak!" 
"Penatla masak. Kadang-kadang saya pun nak rehat juga!" 

Hihihihi, bila letih memang macam-macam sungutan yang keluar. Lebih-lebih lagi kita yang bekerja. Sampai rumah berkejar-kejar nak masak, dengan anak lagi. Bila beli lauk di kedai macam-macam pulak rungutan yang keluar.

 "Tak sedaplah."
 "Tawar, Tak cukup rasa".
 "Saya masak lagi sedap!"
 "Mahal, tak berbaloi beli" 

Haisssh, manusia-manusia. Sentiasa tak bersyukur. Walaupun begitu saya sebolehnya mencuba sedaya upaya memasak untuk keluarga kecil kami. Mr. papa juga lebih suka saya yang masakkan. katanya;

 "lauk simple pun tak apa, asalkan mama yang masak. Lebih suka makan air tangan isteri, dapat eratkan kasih sayang" 

Oleh sebab itu, saya hanya akan masak menu yang special ketika hari minggu. Contohnya Nasi daging seperti dalam gambar di bawah :) Alhamdulilah, sehingga hari ini kami tak pernah lagi berbuka puasa di luar. Entah kenapa tahun ini, langsung tak ada keinginan itu. Lebih selesa makan di rumah.

   

Jika berminat, sila klik, Nasi Daging, Kurma Daging dan Air Asam Kerisik untuk dapatkan resepi

 Dan sekarang saya memang langsung tak bersungut bila Mr. Papa berkata lagi; 

"Sebenarnya mama masak dapat banyak sangat pahala. Bukan sahaja pahala dari mama berpuasa, malah semua orang dalam rumah ni yang makan masakan mama, mama dapat pahala dari mereka.Yang penting ikhlas. Besar pahalanya menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa ni. Lagi satu, bila kami pergi terawih, mama yang duduk kat rumah jaga anak pun dapat pahala juga."

Tambahnya lagi, 

 "Jangan lupa, bukan Datuk Lee Chong Wei saja yang nak 'gold medal' kat olimpik, kita pun perlu juga dapatkan dan kejar 'Gold Medal" untuk diri sendiri" 

 Haaaaa, terus terkelu jadinya. Memang penuh makna kata-kata tersebut! Terus termalu pada diri sendiri ^_^

Monday, August 6, 2012

Peria katak dan khasiatnya

Bulan Ramadan kali ini, saya sangat menggemari peria katak goreng rangup. Kalau boleh setiap hari ketika berbuka wajib ada peria ini. Rasanya yang pahit-pahit, ditambah dengan rempah ratus goreng dan rasa masin menambahkan lagi kesedapannya. Serius saya tak reti masak peria ini. Dan sudah seemstinya Mr. papa sangat pro dalam menyediakan peria ini. nyum-nyum..ratah saja pun sedap sebab rangup.


Sebenarnya peria mengandungi pelbagai khasiat. Peria katak sebenarnya amat kaya dengan vitamin dan zat galian. Adakah anda tahu bahawa untuk setiap 100 gram peria katak , ia mengandungi 8 gram protein (untuk membina tisu badan), 2.9 gram karbohidrat (untuk tenaga), 0.9 gram fiber (untuk penghadaman), 56 gram kalsium (untuk gigi dan tulang) serta vitamin C dan B. Disamping itu juga ia mengandungi 140 gram beta karotena (untuk pengelihatan), 6.1 mg zat besi, 10 mg fosforus dan 116mg kalium. Ketiga-tiga garam galian yang terkandung di dalam peria katak ini amat berguna untuk metabolisme dan mengekalkan fungsi badan.

Khasiat jus dan air rebusan peria katak

1. Mampu merawat penyakit diabetes - dipercayai dengan menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat diabetes. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama. 2.
Air rebusannya pula dipercayai boleh merawat sembelit.
3. Air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Caranya adalah dengan melumurkan air rebusan peria katak dikepala dan urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas bersih.
4. Air rebusannya juga boleh dijadikan tonik yamg mampu membersihkan darah dan membantu penyakit darah tinggi.
5. Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan cirit birit.
6. Ia juga mampu merawat sakit mata.
7. Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk melihat hasilnya.

Khasiat daun peria katak
1. Boleh merawat penyakit buasir - Caranya adalah mencampurkan perahan daun peria katak kedalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan pada tempat buasir.
2.Untuk mereka yang terkena demam campak, daun peria katak yang dicampur dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak

Untuk ibu yang menyusukan anak, amalan memakan buah peria katak ini dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.

Sumber DI SINI

Friday, August 3, 2012

Berbuka sendirian

Oh, sunyinya hari ini bila terpaksa berbuka puasa sendirian. (sebenarnya bukan sendirian, zarin ada temankan. Tapi Zarin tak posa!) hehehehehehe. Mr. papa ada majlis berbuka puasa di ofisnya, manakala adik ipar pun berbuka di luar juga. Tinggalah saya menjadi penunggu meja makan. ^_^

Bila berbuka sendirian, saya hanya nak masak yang simple sahaja iaitu laksa terengganu (yang gambar di bawah ni laksa kelantan). Tapi lebih kurang kot sebab kuah putihkan?

Add caption


Oh dah terabyang-bayang dah kesedapannya. Cuma nak dapatkan laksa gandum asli terengganu memang tak dapatla. Alternatifnya saya gantikan dengan spagheti. hehehehehehe..

Lagipun esok Mr. papa request untuk makan pulut lepa, jadi bolehlah saya gunakan kuah laksa tadi dengan sedikit ubah suai untuk jadikan inti ikan pulut lepa. eheheheheheehhehehe...oh ya, esok juga saya nak masak bubur lambuk terengganu, harap-harap adalah pucuk midin. Teringin ni!

Oklah, selamat berhujung minggu. Sure ramai yang pergi shopping rayakan? Saya duduk rumah saja, sebab Mr. papa kerja. sob-sob.

Wednesday, August 1, 2012

Dah jumpa yang selesa

Sejak dapat tahu mengandung, segala high heels, wedges terus tersimpan dalam kotak. Yang selalu dipakai flat shoe dan paling suka crocs. Tapi flat shoe pun risau juga takut licin.

Jadi bermulalah misi mencari sandal yang sesuai. Masa mengandungkan Zarin dulu saya suka pakai crocs dan sandal crocodile. Tapi bila berat dan overweight, setiap 2 bulan kena tukar sandal sebab tapak jadi penyek. ^_^  Jadi kali ini, taknak lagi beli crocodile.

Saya pun mulalah search sandal yang sesuai untuk ibu mengandung. Tujuannya cuma nak cari yang selesa, ringan dan lembut ketika dipakai. Mula-mula ingat nak beli crocs je, tapi Mr. papa kata crocs dan ada, beli cap lain. So saya pun tengok-tengoklah scholl, sebab ramai yang kata selesa. Tapi maklum sajalah, bila keluar shoping dengan 2 orang bodyguard tu, macam-macamlah komen yang keluar. Sudahnya tak jadi beli scholl.

Mr. papa syorkan beli yang ini!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

Fitflop Pietra.

Tq, Mr. papa, selalu tahu apa yang saya nak. (Sebenarnya saya pun nak beli yang ini juga dulu- tapi tak terbeli, sayang duit). Makanya kenalah survey-survey, kalau boleh nak cari yang paling murah. Haaa, itulah saya, nak barang yang berkualiti, tapi nak yang paling murah. Sokmo gitu hingga Mr. papa selalu cakap (kalau nak yang murah kena buat sendiri)^_^


Alhamdulilah, akhirnya fitflop pietra menjadi milik saya. Misi pun dah tercapai dan dah jumpa sandal yang selesa untuk dipakai sepanjang kehamilan. Memang sangat selesa. Tapi kalau penyek jugok yang ini kena tempah sandal besilah jawabnya. ihiks

**psst: sila abaikan kaki saya yang tak berapa nak comel tu, makin kembang dan kembang. hahahahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...