Friday, September 28, 2012

Mutiara Kata Jumaat #1

Assalamualaikum, salam jumaat

 

Terima Kasih pada yang sharekan di FB, so saya panjangkannya di sini pula :)

Thursday, September 27, 2012

Gelagat Abang Zarin beraya!

Melihat kegembiraan anak-anak menyambut hari raya terasa sungguh bahagia. Lebih-lebih lagi jika dia sudah memahami apa itu hari raya. Awal pagi dah bangun dan siap nak pakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersampin! Jangan lupa perfume, nak wangi-wangi baru hensem katanya. Aduiii, anak teruna sorang ni, asyik nak hensem saja! Layankan tiga keping gambar zarin semasa di hari raya.

Abang Zarin dengan kuih raya kegemarannya, tart blueberry

Bercerita pasal kuih raya, tak sangka pula zarin suka tart blueberry ni. Nasib baiklah sebelum balik KL, masih ada orang yang jual kuih ni. Jadi mama pun boronglah untuk dia. Kalau dah suka, berhabis pun sanggupkan??? Rasanya dalam sebekas dua hari licin. Siap bawak masuk bilik dan letak atas katil lagi. hihihihihi...


 Laku sungguh anak teruna ai, siap dikejar oleh anak dara lagi..kehkehkeh

lima hinggit je??? dah rupa hang jebat pulak zarin ni

Cuma yang tak berapa best bila part dapat duit raya. Budak-budakkan, dapat terus buka depan-depan orang yang bagi tu. Lantas mulutnya berkata 

 "Satu je??? Alah, Zarin nak banyak!"

 "Zarin nak warna red!"

 "Nape orang bagi satu je mama? Zarin taknak la macam ni!"

 Hadoiiii, serius rasa malu sangat dengan situasi begini. Rasa nak copek je mulut budak kecik ni! Tapi kalau mood dia ok langsung dia tak endah pun pasal duit raya, dapat terus bagi mama.Yang dia tahu main dan terus main bila jumpa kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Wednesday, September 26, 2012

Baru nak tempek gambar raya!

Syawal sudah pun melabuhkan tirainya, namun saya baru nak menyelak langsir bercerita dan menempek gambar raya! hahahahahahaahaha.... 

 Sebenarnya raya tahun ini cukuplah sederhana. Baju main tangkap muat, nasiblah color hampir-hampir sama. Bila saya tatau nak beli baju macam mana dan tak beria, Mr. papa pun turutlah tak beria. Mama tak melaram, Mr. papa pun tak nak melaram juga. Cuma untuk Zarin memang beria jugalah sikit. Budak-budak, memang semuanya baru.

Kami bertiga, eh berempat

Abang Zarin yang agak moody sebab nak main panas mama tak bagi


 Hari raya tahun ini kesihatan saya tidak menentu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mabuk-mabuk ditambah pula dengan sakit pinggang di pagi raya, memang saya tak bersemangat langsung nak beraya. Kalau boleh nak baring dan tidur sahaja! Kamera langsung tak pegang. Bila lepas raya baru teringat yang kami adik beradik langsung tak ambil gambar bersama. Sob-sob. 

Gambar kami ala-ala pengantin baru seperti tahun-tahun sebelumnya pun tak ada tahun ni. Sob-sob lagi!

Monday, September 24, 2012

Ida ikan bakar petai

Jumaat yang lepas, keluarga saya dari Kedah datang. Memang best! Paling seronok Zarinlah, sebab ada kawan untuk dibuli. Eh bukan buli, tapi bermain. hehehehehehe.. Setiap kali mereka datang sudah pasti kami akan ke Ana ikan Bakar Petai yang terletak di Bangi.

Namun kali ini, anak buah saya Umar tidak sihat, pakej 3 in 1 (batuk, selsema, demam) Tapi tak adalah kuat sangat, dedar-dedar saja. Cuma risau yang terlebih kami tidak jadi ke Ana Ikan bakar Petai. Sudahnya hanya menikmati makan malam di rumah saya dengan hidangan Ida ikan bakar petai. kehkehkeh!


   

 Inilah yang sempat saya masak, menu simple-simple sahaja. Sila abaikan tangan si tukang masak aka mak yong yang tak sabar-sabar nak makan disebabkan kelaparan! ^_^

 


Seperti biasa, setiap kali berkunjung, Domino's pizza tidak pernah dilupa. Walaupun di Alor Setar dah buka Domino's, tapi tak boleh lawan Domino's kat rumah saya kot! Kalau datang pasti nak makan. Menu wajib ok!

 


Dan lagi satu, satay station! Yang ni pun wajib juga. Nasib baiklah semuanya berdekatan dengan rumah. Kalau tak jenuh juga. Sebenarnya kedatangan mereka kali ini adalah untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu saya pada 22hb (Sabtu). Jika tidak mereka datang pada musim-musim cuti sekolah. Boleh lama sikit menginap di Hotel Lima Bintang rumah saya. Boleh jalan-jalan cari makan :)

 

Sebelum datang, Ummi saya telah beberapa kali berpesan supaya membuat kuih kegemarannya iaitu tart bunga, jika saya larat. Tapi maklum sajalah, sekejap larat sekejap tak larat, sudahnya beberapa kali butter tu keluar masuk peti ais, tapi tak terbuat jugak. Akhirnya malam itu sampai pukul 2 pagi saya dan ummi membuat kuih tart ni. hikhikhikhik. Bertuah sungguh anak ummi ni kan? :P


Thursday, September 20, 2012

Sepi itu indah!

Oh, lama juga rasa tak mencoretkan entri di sini. Mood sangat ke laut sekarang. Nak blogwalking pun tak sempat. Agak-agak ada orang yang rindukan saya tak? 

 Oklah, saya selitkan sekeping gambar terkini untuk tatapan dan melepaskan rindu. (Perasan kot-kot ada yang rindu ni!)

 Muahahahahahaha

 

See??? Bulatkan saya. Badan dan kembang, perut pun dah maju ke depan. Sekali pandang dah nak sama macam tong air tu. ^_^ 

 Sebenarnya banyak benda nak cerita. Gambar raya pun tak tempek lagi kat sini. Gambar raya lepas raya pun ok jugakan? Tak semestinya kena tempek masa raya je kan. hahahahahahaha... 

ok, bye, take care semua. See u soon :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...