Wednesday, October 31, 2012

Genap 30 tahun!

Genap 30 tahun usia saya pada tanggal 29 Oktober 2012. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Tuhan kepada saya. Sememangnya usia itu tetap akan bertambah tahun demi tahun. Tak perlu rasa takut dan tua. Yang penting ceriakan diri anda. 

tigaaaaaaaaaa!!!!!!

Ulang tahun kelahiran kali ini sangat bermakna kerana kami habiskan masa bersama di Lebuhraya Utara Selatan. Hohohohohohoho. (kes sambung cuti lepas raya haji). Kami bertolak lebih kurang pukul 1030 pagi dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1530 petang. Sebaik sampai di KL, terus ke ofis kerana ada urusan yang sangat urgent perlu diselesaikan. Setelah selesai kerja, bagi meraikan usia yang mula memasuki ke alam 3 series ini, Mr. Papa membawa kami makan-makan di Tony Roma's Plaza 1 Mont Kiara, itu yang paling dekat dengan rumah.

Tema halloween di Tony Romas
Zarin kata banyak spiderman kat sini, zarin takut, terus behave masa makan :)

Mr. papa berkata, dia mahu maklumkan kepada pihak restoren hari ini hari jadi saya, so nanti semua orang akan nyanyikan lagu happy birthday! Tapi saya membalas

Jangan buat pasal naaaaa!!!! Tak mau, T-I-T-I-K! 

Dan inilah makanan yang kami order. Serius pada waktu ini kami tersangat lapar, ditambah dengan letih baru sampai dari kampung. Zarin dah berkali-kali mengadu lapar nak makan burger!

Appertizer for kids
cinta hati saya :)
Latte, Mr. papa punya
Abang Zarin yang dah kelaparan
cheese burger Abang Zarin yang punya
shrimp pasta, my fevret! nyum-nyum. udang gemuk dan juicy
Yang ini Mr. papa punya, tatau apa nama dia
Tidak lupa jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasakan mendoakan dan mengirimkan ucapan di Facebook, SMS, whatsapp dan telefon. Doa kalian sangat terkesan di hati saya. Sesungguhnya, tiada apa yang saya harapkan pada usia yang semakin bertambah ini melainkan keredhaan Allah SWT dalam setiap apa yang dilakukan, Insyaallah.

Dan ini, orang yang diraikan, tembun tapi cute! :P

Untuk suami dan anak tercinta, terima kasih kerana sentiasa manjakan saya dengan kasih sayang, sentiasa melayan kerenah saya yang turun naik macam roller coaster dan kadang-kadang macam tornado, sesungguhnya kalianlah cinta hati dan nyawa saya!

Friday, October 26, 2012

Doa Keluarga Bahagia

Salam jumaat yang diberkati,

 Sama-samalah kita amalkan

 

source FB

Jaga pemakanan ya, jangan makan daging banyak sangat! Salam aidiladha!

Thursday, October 25, 2012

Tips untuk elakkan berat badan naik terlalu banyak sepanjang tempoh hamil

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil. Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi sepanjang tempoh 6 bulankehamilan ini berat saya dah naik hampir 13 kg you! Boleh dikatakan sebagai kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal. 

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama : 

1. Masak dan sediakan makanan sendiri 

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

Mama masak lagi sedap! Mama kena rajin tau!

2. Makan secara sihat 

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w.

Dengar tu mama, jangan makan untuk 2 orang, makan lebih sikit dari biasa je tau!

3. Jangan makan untuk 2 orang 

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

 4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye 

5. Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin. Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur. (Macam rumah sayalah tu)

 Sumber

Lepas ni jangan asyik tidur je, tolong papa ngan zarin kemas rumah

Nampak gayanya memang saya kena banyak berjalan dan bersenamlah lepas ni. Bila dah tahu jantina baby memang laju je la nak ukur mall, jalan-jalan cari makan, nipis kan poket :P. Tak adalah nanti Zarin kata 

Mama nak rehat ke? Mama penat? Baby nak sleep?

Selepas itu bila dia tengok mama dia ni bangun tidur dia cakap

Mama dah sedar?

 Sedarrrrr??? Apa ingat mama pengsan ke nak oiiiiiiiiii????? Kehkehkehkeh... Tapi rasanya betul dah perkataan ‘sedar’ yang dia guna tu. Cuma saya dah terbiasa dengan perkataan ‘bangun’ tidur. (^_^)

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1413 umat Islam akan menyambut hari raya aidil Adha.

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah. 

Kebiasaannya, Aidil adha kami hanya beraya di KL. Tapi tahun ini kami akan pulang ke kampung. Jika tidak ada halangan insyaallah kami akan bertolak malam ini. Mula-mula ingat tak nak balik, tapi kakak saya akan adakan aqiqah untuk anaknya pada hari raya kedua (27 Okrober). Jadi saya salah seorang yang akan tolong memasak, dan menu utamanya ialah Nasi daging! Muahahahahahaha.

Apalah nasib aku selepas ini????

Kawan-kawan dan pembaca blog saya yang budiman, jika anda berada di Alor Setar, dijemput untuk menghadiri majlis aqiqah tersebut ya. Boleh PM saya kat FB, nanti saya bagi maklumat lengkap ya, taknaklah pamerkan kat sini. Selain itu, bolehlah kita beramah mesra :)

Oh ya, tidak lupa pada kawan-kawan yang akan pulang ke kampung juga, tak kira ke mana destinasi anda, berhati-hati di jalan raya. Salam aidil adha!

CPUV pertama, tq nuffnang

Hari ini terasa rajin nak buka nuffnang, bila buka tiba-tiba terpandang ada CPUV yang tengah running kat blog STK ni. Alhamdulilah, rezeki. Inilah CPUV pertama yang saya dapat sepanjang berblogging. Tq nuffnang :) 

CPUV ni datangnya dari kempen Nokia Lumia Asha Year End. Sekarang tengah berlangsung promotion/contest di website nokia. Maklumat lanjut bolehlah klik Nokia.com. Tawaran hadiah memang menarik, ada kereta vios lagi.. nyum-nyum...

 

Eh, eh..kecoh pulak saya. Maklumlah baru pertama kali dapat CPUV. Orang lain sekali run sampai 3,4,5 tak kecoh pun (^_^) 

 Apepun tq nuffnang dan Nokia, next time bagi lagi ya!

Monday, October 22, 2012

Dumex Dumil Mama

Umum mengetahui pengambilan susu sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Mengandung kali ini saya agak sukar minum susu tepung, Kalau dulu saya minum Anmum, kali ini tak tertelan. Yang saya suka adalah fresh milk. Mula-mula ingat macam 

"oh, tak apelah tak minum susu tepung pun, dah minum fresh milk, pil kalsium pun dah makan juga. Kadang-kadang beli susu high calcium".

Tapi lain pula ceritanya bila sembang-sembang dengan nurse masa check up. Katanya

 "Seeloknya, puan minumlah juga susu tepung,kandungannya tak sama dengan fresh milk. Kan ada macam-macam perasa. Cubalah slow-slow. Pengambilan susu tepung pun penting, lagi banyak khasiat." 

 Jadi, saya pun gagahkan diri juga try macam-macam susu. Akhirnya yang menjadi pilihan adalah Dumex Dumil Mama ni. Antara kebaikannya (sumber)

Dumex Dumil® Mama baru dengan Komplete Nutri™ Komplete Nutri™ Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Dumex Dumil® Mama baru dengan Komplete Nutri™ dirumus khas untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu. Ia mengandungi serat pemakanan lcFOS (Frukto-oligosakarida rantaian panjang) yang membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik. Ia diperkayakan dengan nutrien-nutrien seperti:

Serat makanan lcFOS (Frukto-oligosakarida rantaian panjang). Serat makanan membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik. 
Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat
Zat besi penting untuk membantu pembentukan sel darah merah
Asid Folik penting untuk membantu pertumbuhan janin 
Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat
DHA merupakan komponen penting dalam sel otak 
Vitamin C yang optimum dalam membantu penyerapan zat besi.

Paling best, boleh diteruskan semasa menyusukan baby nanti :)

fresh milk, dumil mama, jus oren :)

Selain itu, nurse juga membetulkan cara saya mengambil obimin. Sebelum ini,saya makan obimin waktu pagi, tak kisahlah selepas makan ke sebelum makan. Main belasah je, kalau ingat awal makan awal, kalau lambat, lambatlah makannya. hihihi..

Kata nurse lagi,

Obimin seeloknya di makan 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Seeloknya dimakan bersama jus oren. Kadar resapannya lebih berkesan. Kalau tak ada jus oren boleh juga minum bersama air masak.

Jadi saya minum Minute Maid Pulpy ni, jenama lain terasa manis pula, terpaksa campurkan dengan air masak. Kalau Minute Maid Pulpy ni, manisnya just nice orang putih kata! (^_^) . Jangan lupa minum banyak air masak juga

Kawan-kawan seangkatan minum susu apa?

Friday, October 19, 2012

17 Oktober ulang tahun kelahirannya

Tik tok tik tok! 

Begitu cepat masa berlalu. 17 Oktober 2012 genaplah usia anakanda Zarin Shah 4 tahun. Mengimbau detik 17 Oktober 2008, empat tahun lalu, alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahirannya. Kehadiran putera sulung yang melengkapkan erti sebuah cinta dan kekeluargaan.

Untuk anakanda Zarin Shah tersayang, 

Tiada apa yang dapat mama dan papa berikan selain kasih sayang yang tidak dapat kami zahirkan dengan kata-kata. Doa kami semoga Zarin membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah-Nya. Amin

Cakkkkkk!!!! 

Hugs n kisses,
Mama dan papa

 * Tak mampu nak coretkan apa-apa lagi, terasa sungguh syahdu dikala menaip entri ini. Sob-sob

Mutiara kata Jumaat #4

Salam jumaat yang penuh keberkatan,


Amin!

Tuesday, October 16, 2012

Update 25 weeks +

Alhamdulilah, hasil pemeriksaan tadi sangat-sangat menggembirakan. Tekanan darah normal, bacaan gula pun normal, urin pun normal pendek kata semuanya normal. 

Cuma yang agak tak berapa normal saya overweight. Seperti dijangka berat naik lebih kurang 4 kg. Sepatutnya purata sebulan pertambahan berat 0.5-2 kg sahaja.  Saya pula terlebih 2 kg. Berat terkini ialah 62.5kg. Dr. senyum sahaja. Katanya kena kurangkan pengambilan nasi, dan juga makanan yang berkolestrol. Jangan percaya pada mitos makan untuk dua orang, sebaliknya makan lebih sedikit daripada biasa. hihihihihihihii. Itu progress mama.

Dari segi kandungan pula, alhamdulilah semuanya ok. Berat baby ok, sekarang dah 808gram, kedudukan uri, air ketuban pun ok.  Cuma yang agak susah hati baby still breech sejak kali pertama scan sehingga sekarang. Tapi kandungan baru 25w+, masih banyak ruang dalam perut dan insyaallah baby akan pusing. Cumanya kalau 36w masih breech akan ada prosedur tertentu yang dilakukan. Jika tak jalan juga kenalah bersedia untuk czer. 

Dari segi gender pula, alhamdulilah dah nampak. Doktor tak dapatkan sahkan 100%. Tapi insyaallah 50-70% tepat. Suka-suka!!!!! Membesar dengan sihat ya sayang :) 

Intai-intai Jr.

Pukul 10 nanti ada temujanji dengan Dr. untuk pemeriksaan antenatal. Hari ini juga nak intai-intai Jr. kat dalam ni. Harap semuanya ok. Dah 4 kali scan baby masih malu nak tunjuk gender dia. Darah dan gula, sila jangan suka suki nak main naik turun ya!

Harap-harap hari ini baby bersedia nak bagitau mama, papa dan abang Zarin.Dah puas memujuk semalam. hihihihihihii.. Lepas ni  bolehlah prepare apa-apa yang patut. Sekarang semua nampak comel, nak beli tapi gender masih lagi tak tahu. 

Dah masuk 6 bulan tapi satu barang pun tak beli lagi. Yang duk survey stroller dan breastpump. Stroller abang Zarin nak warna red! Bukan main pilih lagi dia. Bukan untuk baby, tapi untuk abang Zarin. Baby naik stroller green+black! kata Abang Zarin. Bijak-bijak! 

Berdebar-debar jugak ni. Berat confirmlah la naik 4-5kg. Muahahahahahahaha

Monday, October 15, 2012

Mainan Boboiboy di Petronas

Siapa suka tengok kartun boboiboy angkat tangan? 

Yaaa, Abang Zarin memang suka sangat dengan kartun boboiboy. Tapi untuk mencari mainan dan barang-barang seperti bekas air, stationary set dan sebagainya agak sukar di temui. Sama ada saya yang tak tahu nak beli kat mana atau memang tak ada jual saya pun tak pasti. 

Baru-baru ini apabila mengambil Zarin di nursery dia mengadu

Zarin : "Mama, kawan-kawan Zarin semua ada mainan boboiboy. Kak Ngah, Kak Chik, Dorwish, Zaim. Zarin je takde. Zarin pun nak. Jomlah beli mama."

Mama : Urmmmm...(malas nak layan sebab memang itulah ayat yang selalu dia guna setiap hari. (Kawan-kawan semua ada, Zarin je takde!)

 Zarin: "Mama janganlah kata urmmmm, cakap macam Zarin ni!" 

 Mama: "Yela, yela. Nanti kita beli. Mama tatau kawan-kawan Zarin tu beli kat mana." 

Zarin: "Kak Chik beli kat rumah dia kedai depan tu, jomlah mama kita g kedai depan". 

Mama: "Rumah Kak Chik bukan dekat rumah Zarin. Nanti kita beli kalau jumpa!" 

 Zarin: "Tak sukalah macam ni!" Sambil peluk tubuh tanda protes. 

Hikhikhikhik...Rutin harian yang dah lali. Iyakan saja apa yang dia cakap. Ikut jangan! Arahan Mr. Papa. Kalau mama sure nak cari dan beli punya. (^_^) 

Semalam semasa papa isi angin di PETRONAS tiba-tiba Zarin ternampak banner pasal mainan boboiboy ni. Apa lagi terus lah nak. Mula-mula tak nak beli, tapi bila mama kerdipkan mata banyak kali sambil wat muka kesian kat Mr. papa terus keluar ayat Mr. papa " Ikutlah".

Kumpulkan semuanya ya. * pic from boboiboy FB

Terus mama bawak Zarin masuk dalam kedai mesra tu. Alhamdulilah, dapatlah Zarin patung boboiboy kuasa angin. Kalau beli barang RM15 ke atas dalam kedai tu, dapatlah harga promosi RM16.90 satu. Tapi kalau nak beli mainan saja RM19.90. Lantas saya beli mainan sajalah. Sebenarnya mainan ini keluar ikut bulan. Untuk bulan Oktober ada Yaya dan boboiboy kuasa angin. November dan Disember ada lagi boboiboy yang lagi dua tu termasuk Ying dan Gopal. Semalam saya cakap kat Zarin kita beli Boboiboy saja tau! 

Tapi dia membalas 

"Kita beli semua la mama, nanti boboiboy takde kawan. Adudu kepala kotak tak best!"

Hikhikhik, lucu pulak dengan ayat dia. Boboiboy tak de kawan. Hohohoho.. Tapi serius saya pun rasa macam nak beli semua. Bolehkan Mr. Papa???? sambil kerdipkan mata dan buat muka kesian. Bukan apa, macam susah je nak dapat mainan tu. 

Pssst: Kawan-kawan, kalau anak-anak sukakan boboiboy bolehlah terjah Petronas ya!

Khasiat buah delima untuk ibu mengandung

Ketika bersarapan di McD Plaza Mont Kiara pagi tadi, hati saya mula girang apabila di sebalik cermin kaca McD terlihat buah delima yang agak besar dari yang pernah saya jumpa dan kulitnya pun bewarna merah sedang disusun oleh seorang tauke Cina di Flea Market Plaza Mont Kiara. Dalam hati sudah berkira-kira mahu membelinya. 

Saya sangat bersyukur kerana mengandung kali ini memang mudah untuk mendapatkan buah delima. Kalau tak silap ada yang jual 3 biji RM5. Walaupun isinya manis, namun warna pink atau merah pucat, tidak berapa menarik. Kalau boleh nak yang isinya merah menyala.

Selepas habis bersarapan, Mr. papa membawa Zarin melihat ikan di kolam yang berhampiran. Manakala saya pula terus berjalan-jalan di sekitar Flea Market itu. Terpandang sepasang mitten yang comel dijual, namun jantina baby masih belum dapat dipastikan, terpaksa tahan diri dari membelinya. Selepas itu saya terus ke gerai buah yang dimaksudkan. Pelbagai jenis buah ada, tetapi harganya lebih mahal jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Saya lantas mencapai sebiji buah delima dan bertanyakan harganya. Menurut tauke tersebut, sebiji RM7. Lantas saya terus membelinya. Serius tak tahan tengok kulitnya yang merah dan besar pulak tu. 


merah menyala you! ) *pic from google

Umum mengetahui bahawa buah delima sangat banyak khasiatnya. Kali ini saya ingin kongsikan khasiat untuk ibu mengandung sahaja.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat. 
(Sumber internet)



Untuk ibu mengandung dinasihatkan untuk memakan sebiji buah delima seorang diri (maknanya jangan share tau, atau kalau ada isi yang jatuh sila kutip ya) kerana dipercayai dalam banyak-banyak isi (ulas) buah delima tersebut terdapat satu isi (ulas) yang baik untuk otak baby. 

Sesampai di rumah saya terus membelah buah delima tersebut. Alhamdulilah, memang buah delima yang sebeginilah yang saya idamkan. Isinya merah menyala dan rasanya pula manis dan masam. Nyum-nyum! Zarin langsung tak suka buah ni. Dan pesanan untuk Mr. Papa, jangan tersalah makan buah delima mama ya! (^_^). Buah delima ni, memang besar dan tak mungkin habis sekali hadap, mungkin ambil masa 2-3 hari juga. 

Oh ya, ada kawan yang memberitahu saya, nak senang makan buah delima ni, ketuk kulit dia dengan sudu, insyaallah biji (ulas) nya akan gugur sendiri. Tadi saya dah cuba, memang isinya gugur juga. Tapi saya lebih selesa korek satu makan, korek satu makan. hihihihihihihihihi..

Kalau susah nak dapatkan buah delima boleh juga beli jus. Pilihan saya sudah semestinya jus delima keluaran POKKA, (POKKA Promogranate Juice), mudah didapati di cold storage.

Friday, October 12, 2012

Menu kasih sayang

Sudah agak lama rasanya tidak memasak untuk dua hero kesayanganku. Kalau dulu boleh dikatakan setiap hari memasak. Sekarang cepat benar rasa letihnya. Balik rumah terus melepek. Jadi waktu malamnya kami akan keluar untuk makan. kadang-kadang ikut selera mama, kadang-kadang selera Mr. Papa dan kadang-kadang selera Abang Zarin. Kalau selera Abang Zarin memang agak besarla jugak kosnya. Kalau hari-hari ikut selera dia rambut yang lebat pun boleh botak! Phewwwwww... 

Jadi baru-baru ini rajinkan diri untuk memasak kerana mr. papa masih belum makan nasi waktu siangnya. Masak lauk yang simple-simple saja iaitu ikan kerisi goreng, udang kunyit kacang panjang dan juga sambal sotong. Zarin hantu udang, jadi bila saya campurkan dalam sayur tak perlulah saya memasak sayur yang lain.

ada kuah, ada sayur dan sejenis lauk bergoreng, oklah tu :)

Sebenarnya, walaupun hanya memasak menu yang simple, tetapi bila dilakukan dengan penuh kasih sayang hasil masakan itu tersangatlah menakjubkan. Kalau Abang Zarin, nasi, kicap dan telur mata pun dah makan bertambah. Asalkan mama yang masak dan mama yang suap! Ya, Abang Zarin masih lagi makan bersuap. Bukan tak reti makan sendiri, tapi kalau mama yang suap dia akan makan dua kali ganda.

Pasta creamy yang ohsem. kalau tabur chili flakes lagi super duper yummy!

Dan ini pula pasta creamy, resepi main campak-campak dan ikut bahan yang ada. Hanya akan saya masak jika Abang Zarin sahaja yang nak makan. Oleh sebab itu spagheti dan fresh milk memang sentiasa ada stok di rumah. 

Oh ya, baru-baru ini orang yang terdekat dengan saya berkata kepada saya

 "Nanti nak kahwin nak cari wife yang pandai masak macam kak ida la" 

Lantas saya menjawab.

"Eh kak ida tak pandai masak pun dulu. Baru-baru kahwin masak nasi goreng pun boleh hangit. Masak nasi boleh jadi bubur. Tapi bila kita rajin belajar insyaallah akan pandai. Yang penting minat dan nak belajar. Lagi-lagi bila kita dah jadi isteri dan ibu, rasa tanggungjawab tu muncul sendiri" 

Betul tak? Air tangan ibu yang akan kita ingat sampai bila-bila.Begitu juga air tangan isteri, dapat mengikat kasih sayang you! Dah la sedap, berkhasiat, kebersihan pun terjamin. (^_^)

Mutiara Kata Jumaat #3

Salam jumaat yang penuh keberkatan

 

sharing is caring :)

Terima kasih pada yang follow blog saya. Nanti saya follow back ya :) tunggguuuuuu!!!

Thursday, October 11, 2012

Obimin dan Caltrate 600D

Pengambilan vitamin sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Semasa di awal kehamilan, saya hanya makan asid folic. Seiring dengan perkembangan usia kandungan, doktor pun bekalkan vitamin lain iaitu obimin dan caltrate 600D. 

Khasiat Obimin sebagai sumber vitamin lengkap untuk tumbesaran baby. Dalam obimin terkandung semua vitamin yang diperlukan ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak. Maknanya selepas bersalin pun masih boleh makan obimin ni.

Peneman setia, sentiasa ada dalam handbag
   
Manakala Caltrate 600D ialah pil yang membekalkan sumber calcium. Pil ini juga mengandungi vitamin D sebab calcium akan senang diabsorp oleh badan, dengan kehadiran vitamin D. 

Mengandung kali ini tekak saya tersangatlah tak boleh menerima susu tepung. Masih try and error susu tepung yang boleh di terima tekak. Huhuhuhuhu. Jadi dengan pengambilan Caltrate 600 D ini dapatlah memberikan kalsium kepada saya dan bayi. Tak adalah kalau gosok gigi gusi berdarah macam zombie. Muehehehehehehe

Semuanya besar-besar dan gemuk-gemuk belaka
Untuk Obimin, hanya perlu diambil sekali sehari, saya hanya makan di waktu pagi. Manakala Caltrate 600D pula 2 kali sehari iaitu sebiji diwaktu pagi, makan bersama-sama obimin dan sebiji lagi di waktu malam, sebelum tidur.

Selepas ini insyaallah saya akan ambil neurogain seperti mengandungkan zarin dahulu. Akan diceritakan dilain masa :)

 Kawan-kawan yang seangkatan saya, vitamin apa lagi yang kalian makan? bolehlah share ya ;)

Wednesday, October 10, 2012

Daddy Day Care

Saya jarang sekali bekerja di hujung minggu. Kalau adapun setahun sekali. Malau Mr. Papa memang dalam sebulan, dua minggu kena kerja Sabtu-Ahad. Jadi Zarin telah biasa jika papanya bekerja di hujung minggu. paling-paling pun kalau dia boring dia akan call papanya dan tanya

"Banyak sangat ke work papa tu?"
"Kenapa papa work lama sangat?"

 Jadi hujung minggu yang lalu saya ditugaskan untuk menghadiri bengkel di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, merangkap urus setia. Tugas untuk menjaga Zarin saya berikan kepada Mr. Papa.

Syukur alhamdulillah, saya memang percaya 100% kat Mr. Papa bab-bab jaga budak ni. Dia memang cekap. Kalau baby tu, dia lebih cekap dari saya. Ehehehehehehehe.. Memandangkan Zarin dah besar, jadi tak adalah saya risau sangat. Kalau Mr. papa yang jaga Zarin memang seronoklah Zarin. bawa jalan-jalan ke mall, pergi playground dan macam-macam lagi. 

Dan inilah salah satu aktiviti Zarin bersama papanya. Saya keluar pagi, lebih kurang pukul 8, pukul 11 malam baru balik.


Mana Kawan Zarin ni?
     

Yea... kawan Zarin dah sampai!

kawan, jangan naik camtu!

Sampai sudah tatau "kawan" nama apa!

Tapi seorang ibukan, sekejap-kejap tanya "Zarin ok tak? Zarin ok tak?". Mr. papa pun dah jemu tengok soalan yang sama. eheheheheheehhe... 

Bila saya tanya Zarin: 

 "Zarin nangis tak duduk ngan papa?" 

Dia membalas 

"Zarin nangis kejap je, tengok mama tak ada. Zarin rindu mama!" 

Tapi bila tanya Mr. papa, jawapan berbeza pula.

"Zarin ok je, tak nangis langsung, seronok je dia main. Tak tanya pun pasal mama! ^_^ 

Tatau nak percaya yang mana. Mungkin kata-kata papa betul. Kalau tanya Zarin depan-depan memang gitula sokmo jawapannya. hikhikhik Mr. papa juga berkata 

"Nanti dalam pantang, bolehlah Zarin duduk dengan papa kat sini. Mama pantang kat kampung boleh rileks sikit. kotlah nanti dia merap ke apa."

 Jawapan saya:

 oh, Noooo!...Noooo!..Nooooooooo! 

Sungguhpun Zarin ok, tapi saya tersangatlah  tak ok! Tak boleh nak bayangkan jika Zarin takde depan mata. Sebab tak pernah lagi tidur malam tanpa Zarin. 

Noooo! Noooo! Noooo!! Mr. Papa cukup gelak kalau saya jawab gitu. Mama yang terlebih!

 psst: ok tak header baru saya??? saja tukar mood, nak yang simple-simple je :)

Friday, October 5, 2012

Mutiara Kata Jumaat #2

Salam Jumaat :)

 Renung-renungkan

 

Sumber dari FB.

Thursday, October 4, 2012

Makan Ikan di The Manhattan Fish Market

Entri semalam saya ada cakap teringin nak makan fish n chip kat The Manhattan Fish. Semalam juga Mr. papa bawakan kami ke sana. Balik kerja saya pun mula search restoren yang berdekatan rumah. Search punya search kami setuju untuk makan kat The manhattan Fish di Ikano. Jadi selepas maghrib kami terus ke sana. 

 Bila saya tanya Zarin nak makan apa, dia jawab Zarin nak udang. Ya, udang memang kegemaran Zarin. So oklah, kat situ memang ada seafood.

Grilled Gala Platter. Bapak besar, bapak banyak! Jenuh nak habiskan

Bila sampai inilah yang kami order. Grilled Gala Platter. Dalam tu, ada udang, fries, sayur, nasi, udang, fish fillet, dan juga mussel. Rasanya pun sedap! Pastu nak tambah fish n chip 1. Tapi semalam ada coupon free, hari rabu order makanan dalam kategori favorite, pasta, atau sharing dapat free fish n chip. So oklah, dapat fish n chip free.

Fish n chip free, mama suka!!!!! :)

Makanan free, sedap sokmo! heheheheheheheeheh... yang ini mama kerjakan sorang-sorang memang licin!


Abang yang dah mula tunjuk piil sebenar
 


Dan untuk abang Zarin dah ada udang, jadi air dia minta aiskrim. Saya order ice blended, sweet alabama kot nama dia. Sedap juga. Mr. Papa air cala-cala dan saya pula mineral water.


"Mama, masak kat rumah eh?"

Mula-mula suapkan udang pada Zarin dia cakap

 "Sedaplah mama, Abang suka!"

Masuk udang ke empat dia dah mula geleng kepala dan mula cakap ada kulitlah, pedaslah, rasa tak sedaplah. Urmmmmmm.... 

 Paling tak tahan tiba-tiba dia cakap 

 "Mama, kita makan kat rumahlah. Mama masak lagi sedap. Ada nasi, kicap. Mama goreng fries, Zarin lapaq!" 

 Memang dah tahu sangat piil Zarin ni! Makanlah kat manapun, sampai rumah nanti minta nasi jugak. Lantas saya membalas. 

 "Malam ni mama taknak masak dah. Ni ada nasi ni, sedap! Cuba rasa. Kat rumah mama tak masak lagi tau! Balik rumah kita tengok TV, lepas tu kita sleep. baby penat, baby nak sleep."

 "Mama masak lagi sedap!"  sambil sebek

Haaaaaa... sudah! Dia mula dah. Saya pun biarkan saja dia main-main atas sofa tu, kejap baring, kejap bangun, kejap lompat. Suka hatilah, yang penting mama nak makan fish n chip ni sampai habis! hihihihhihihihi


   


Sebelum balik, sempat lagi singgah beli durian pancake kegemaran Zarin. 6 ketul RM10. 5 ketul dia sorang!

Lepas ni insyallah kami akan datang lagi makan di sini. Saya suka sangat fish n chipnya. Nyum-nyum.. Mr. papa kata

 "Mama yang pregnant, papa yang makan banyak! Ni badan dah membesar sama macam mama dah! Setiap kali mama pregnant setiap kali tulah saya pun membesar jugak!"

Heheheheeheheheh...Okla tu Mr. papa kan? kata "sehati sejiwa". Jomlah kita tembun sama-sama. kehkehkeh.. lepas bersalin nanti kita slim sama-sama jugak ^_^

Pesanan tuan rumah: Hari ni taknak search makanan yang sedap-sedap. Tapi tadi Mr. papa baru emel yang dia beli voucher kat Groupon dan suruh print. Makan-makan di Urbano e Fresco. haaaa, camne tu?

 hemooooo...hemooo..hemoooo (seperti kata Abang Zarin)

Wednesday, October 3, 2012

Manis-manis belaka!

Nyum-nyum, asyik nak makan benda-benda manis je hari ni. So hari ni kita kunyah coklat je la ya. Tapi jangan amalkan selalu. Van houten almond tu memang fevret saya, satu bar boleh habis, hihihihihhiih

Manis-manis belaka :)
 

Coklat sebenarnya memang banyak khasiatnya. Cuma bagi ibu mengandung macam saya ni, rasa kena berpada-pada, takut penyakit hinggap nanti. Tapi kalau teringin belasah jela :P

pssst: Serius teringin nak makan The Manhattan Fish, teringin nak makan fish n chip! Petang ni kalau tak berhalangan confirm nak terjah. Haaaaa, selera bermusim dah muncul kembali dah!

Tuesday, October 2, 2012

Kejang kaki semasa hamil

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

 Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:

 • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda. 

 • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

 • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini. Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:

 • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

 • Urut otot yang kejang itu.

 • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

 Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

 Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

 Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:

 • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

 • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

 • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

 • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

 • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur. 

 • Minum banyak air. 

Sumber DI SINI

 Pesanan saya, 

Pastikan suami anda tahu cara dan teknik yang betul untuk urut kaki semasa kejang ni. Bukan apa, bila kita terkena kejang kaki semasa tidur, kita tepuk je dia, automatik dia tahu apa yang nak dilakukan.Terus pegang kaki dan urut betis. Cuma kadang-kadang yang kelakarnya, bila terkejut tengah tidur, bukan kaki yang diurut sebaliknya kaki kita pula diciumnya. ^_^

Update 23 weeks++

Terasa cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk 23 weeks++. Perut comel pun dah mula nampak. Baju pula minggu ni boleh sarung, minggu depan dan sangkut kat punggung dan perut. Pheeeewwwww! Memang kena shoppinglah macam ni gak.

Berbalik pada kandungan saya, mengandung kali ini terasa perut sedikit kecil jika dibandingkan dengan Zarin dulu. Kalau dulu saya suka pakai seluar, tak suka baju yang ada ikat kat belakang, tetapi kali ini saya suka pakai maxi dress, skirt dan baju yang ada tali, boleh ikat nampak perut comel!


Si manis pinky + purple :)
Semalam saya ada monthly checkup, jadi intai-intailah ZS jr. kat dalam tummy mama ni. Menurut Dr. baby masih lagi songsang,sebab itu perut saya selalu terasa tegang. Semasa scan, baby berada dalam keadaan sujud, jadi memang tak nampaklah gender baby. Dah banyak kali scan sebenarnya, tapi nampaknya ZS jr. ni memang pemalu. Mungkin nak surprisekan mama, papa dan Abg Zarin. 

Ramai juga yang meneka kemungkinan baby saya gegurl. Saya sendiri pun tak dapat nak agak. Tak apalah boy ke gurl ke, yang penting sihat. :) 

Kalau berat badan pula nampaknya start bulan lepas berat badan mula naik dengan segar bugarnya. Setiap bulan naik 4kg! Berat terkini 64.4 kg. Kalau ginilah gayanya misi 80 kg memang akan tercapai. Muahahaahahaha, mana taknya, seminggu 3-4 kali makan nasi arab, oh selera timur tengahku, bilalah nak menjauhkan diri ni. Setiap kali melihat saya makan dengan berseleranya, pasti Zarin akan cakap 

 "Mama, janganlah makan banyak. Perut mama dah besar tu, nanti mama gemuk!"

Tapi dia tahu dalam perut mama ni ada baby. Cuma dia dah setkan dalam kepala, makan banyak perut besar. So memang sesuailah contoh itu dengan keadaan mama sekarang! Ngeh-Ngeh-Ngeh ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...