Friday, November 30, 2012

Mutiara kata jumaat #7

Assalamualaikum


source: FB

Sharing is caring :)

Thursday, November 29, 2012

4th maternity & children expo

Oh, sungguh teruja nak pergi ke expo ini. Maklumlah, baru pertama kali. Sebelum ini asyik tertangguh sahaja niat tu. Bertambah teruja nak pergi bila barang-barang kelengkapan untuk menanti kehadiran ZS jr. masih belum lengkap. Dengarnya ada lebih kurang 500 brand yang akan mengikuti expo ini. Wahhhhhhhh!!!!!!

source : FB

Saya mungkin akan pergi hari sabtu. Tapi tengokla macam mana. kalau tak boleh tahan, esok juga saya terjah! hahahahahahaha.. Teruja memang teruja. Tapi dalam kepala ni tatau lagi nak beli apa. So sediakan sajalah duit secukupnya. Yang mana berkenan nanti beli. Kawan-kawan ada ke yang nak pergi expo ni. kalau kebetulan terjumpa jangan lupa tegur ya :)

Friday, November 23, 2012

Busuk wangi sedap!

Baru-baru ini Mr. Papa ada treasure hunt/team building ke Lumut, jadi mama dan zarin ditinggalkan :(. Kalau Mr. papa tak ada saya cukup risau, nanti Zarin mesti batuk, badan dedar ala-ala nak demam. Memang begitulah selalunya. Kadang-kadang saya hangin juga bila orang selalu kata saya "terlalu manjakan anak, Zarin anak manja, anak sorang bolehlah nak kepung, nanti dua, tiga taulah macam mana, dan sebagainya lagi!" ok full stop! Malas nak fikir pasal benda-benda tu semua, dah namanya anak kalau kami tak manjakan dia dengan kasih sayang siapa lagi? 

Zarin pula sekejap-sekejap tanya papa. Dahlah line kat sana tenggelam timbul. Jadi sukar sedikit untuk kami berhubung. Mr. Papa pergi pun tak lama 2 hari 1 malam je. Kadang-kadang dia bertanya 

"Banyak sangat ke work papa tu mama? dah malam dah tak balik-balik lagi ni!"

Saya senyum sahaja, kalau dia macam perangai-perangai saya suruh dia call sendiri papanya. 

Hari ahad tu, Mr. papa call tanya kot-kot nak beli ikan bilis, kat sana banyak katanya. Saya pun ok sahaja memandangkan stok ikan bilis memang dah habis kat rumah. Rupanya bukan sahaja ikan bilis yang di beli tetapi siap dengan ikan masin, makanan laut lain seperti sotong kering, sate, dan macam-macamlah. Memang baunya agak kureng sikit tapi sedap!

ikan masin, ikan bilis, busuk tapi sedap!
yang ni jajan, masih berbaki di rumah tu.
 Malam itu juga Mr. Papa whatapps, kata dia ada hadiah untuk mama! Hadiiiahhhhhh??? pelik juga pergi treasure hunt/team building siap boleh beli hadiah???? Ermmmmm... Dia pun whatapps gambar ini.

kotak merah menyala you! aummmmm!!!!!

Oh! rupanya dia menang lucky draw. Dapat barangan body shop. So kira hadiah untuk mamalah. eheheheheheehehehehe. Benda free siapa tak sukakan?

perfume, body wash, pukat ke apa istilah dia???/

Dalam kotak tu ada perfume, body wash dan pukat (eh ni bukan pukat untuk menjala ya) hahahahahaha. Wangi juga bau perfume ini. Body wash mungkin saya boleh guna dalam pantang. Kasi wangi-wangi sikitkan? ehem-ehem..

Dah lama saya tak beli barangan body shop. Last seingat saya masa sekolah/universiti. Tu pun saya suka beli dewberry yang jenis calit tu. Bukan spray. Agak-agak ada lagi tak bau buah-buah sweet tu kan?? apepun benda free, terima jelah. Bolehlah tukar-tukar ke ofis dengan perfume yang sedia ada ni.

Jumaat

source: FB

Wednesday, November 21, 2012

Duit tak ada????

Panik tak bila korang beli barang, time nak bayar tengok duit tak ada. Bukan duit je, malah dengan purse sekali? Haiyooooooo!!! 

Semalam selepas balik kerja singgahlah ke Cold Storage, sebelum tu saya ke Guardian dahulu untuk membeli beberapa barang keperluan diri. Siap memilih, saya pun que la untuk membayar. Bila tiba time saya????? Alamak! purse tak adalah!!! 

Terus rasa panik. Cari-cari dalam henbeg tetap tak ada. Haaaa, sudah. Purse tertinggal kat ofis la ni, wrislet yang saya selalu letak duit juga dalam tu pun tertinggal jugak!!!!! hadoiiii....lantas saya memberitahu cashier dengan muka yang kemerahan, 

"Dik, kejap ya, purse akak tertinggallah. Akak call husband akak jap!"

 Dia pun tersenyum sambil menganggukkan kepala. Fuh! nasib baik belakang saya tak ada orang!

Dua kawan baik yang tertinggal
 

Mama: Awak kat mana?

 Mr. papa: Kat cold storagela, awat?

 Mama: Purse saya tertinggal kat ofis. Saya kat guardian ni. Mai la sat!  

Mr. papa: Duit tak dak langsung?

 Mama: Tak dak. Cepat lah. Cering dah ni. 

Tak lama selepas itu, superman saya pun muncul. Nasib baik ada penyelamat! Terus dia bayarkan. Lantas terus saya balik rumah, tak ada mood dah nak beli barang kat cold storage. Bukan apa, sebenarnya hati berdebar duk terfikir kat mana letak purse, dalam laci ke atas meja ofis. Nak call ofismate semua dah balik. huhuhuhuhhuhuhuhuu.. Tawakkal ajelah. Nak patah balik ke ofis memang malas dah.

Hehehehe, sebenarnya saya selalu juga tertinggal cincin dan jam, alhamdulilah tak pernah hilang. Pagi tadi sampai ofis terus cari purse, nasib baik ada :) So petang ni bolehlah singgah cold storage :)

Tuesday, November 20, 2012

berat! berat! berat!

Setiap kali pergi check up setiap kali isu berat yang menjadi perhatian. Setiap bulan naik 3.5-4kg! hua hua hua hua!!! Hinggakan nurse dan doktor pun tatau nak cakap apa dah. Tekanan darah normal, diabetes tak ada, pendek kata semua normal. So bolehlah derang senyum dan buat-buat tak kisah sangat.

Hari ini nurse tanya 

Nurse: "Kak makan apa ni kak? Naik berat macam bulan2 lepas jugak."sambil gelak-gelak.

 Saya: "Makan macam biasa, tapi akak rasa selera makin kurang. Nasi sekali sehari je. tataula nape berat naik banyak sangat."

Nurse: "Betul ke timbang ni? Jom kita timbang sekali lagi. (Lepas dah timbang naik lagi 200g) Lepas ni akak kena kurangkan makanan yang berkolesterol, berkarbohidrat. Susu pun kalau boleh minum yang low fat. kena makan banyak buah dan sayur"

Adalah lagi dia duk pesan itu ini. Saya dengar ajelah. Hihihihihihihi...Nak buat macam mana, mengandungkan Zarin dulu pun tiap2 bulan berat naik gini jugak. Malah lebih banyak hingga cecah 5kg sebulan. Hadoiiii... Berat! berat! pening dah memikirkannya.

Nikmatnya tidur!

Kemudian saya berkata, "Mungkin juga akak kuat tidur. Jarang buat kerja rumah kot, banyak rehat sebab cepat letih"

Nursepun senyum je dengar ayat saya tu. "Nanti kena kurangkan sikitlah tidur tu, lebih-lebih lagi lepas makan. Akak terus tidur ke?

 "Ha'ah"... Hahahhahahahahaha (gelak lagi sama-sama)

 Bila dah kandungan memasuki 30 minggu, kenalah datang check up 2 minggu sekali. Nampak gayanya saya kenalah makan salad buah dan sayur je. Tak nak berat naik banyak-banyak. Tadi pun dah whatapps Mr. papa ajak pergi cold storage nak penuhkan peti dengan stock buah dan sayur!

Berat! berat! berat! Nape cepat sangat duk melekat kat badan den ni ha! hadoiiiii!!!!

Monday, November 19, 2012

Neurogain PB dan tablet susu kambing untuk ibu mengandung

Kandungan memasuki usia 7 bulan, saya tambahkan pengambilan supplement untuk ibu mengandung. Kali ini saya makan NeurogainPB dan juga tablet susu kambing. Semasa mengandungkan Zarin dulu pun saya makan neurogain juga. Sebenarnya neurogain adalah minyak ikan yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Cara pengambilannya adalah sebiji sehari selepas makan. 

Jika mahukan maklumat lanjut tentang neurogain bolehlah ke website mederis ini :)

tablet susu kambing dan neurogainPB

Umum mengetahui bahawa susu kambing memang banyak khasiatnya. Kemudian saya diperkenalkan pula oleh ofismate tablet susu kambing keluaran HR. Menurut beliau, semasa mengandung memang diamalkan pengambilan tablet susu kambing ini dan alhamdulilah, dengan izin Allah bayinya tidak terkena jaundice di samping sangat bagus untuk pembentukan tulang dan gigi. Jadi saya pun turut mengambilnya. Tak salah kalau mencubakan?

Sebenarnya saya memang bukan penggemar susu kambing apatah lagi daging kambing, jadi dengan adanya tablet susu kambing ini dapatlah saya makan. Itupun kembang kempis juga hidung sebab tetap rasa macam hamis sikit-sikit.

Tablet susu kambing ini boleh didapati dalam tiga perisa iaitu, coklat, plain dan strawberi. Sekarang saya hanya makan yang berperisa coklat. cara makannya ialah 2 hingga 6 biji sehari. Saya turut memesan yang perisa plain dan strawberi, tapi masih belum ada stok. Insyaallah dalam minggu depan sampai.

Untuk makluman juga, tablet susu kambing ini bukan khusus untuk ibu hamil sahaja, semua orang boleh makan termasuklah anak-anak kita. Nampak gayanya Zarin sangat sukakan tablet susu kambing ini. Katanya gula-gula. hohohohohohhooho

Friday, November 16, 2012

Happy 5th Anniversary Dear!

Alhamdulilah. 8 tahun bercintan cintun (bahasa halusnya mengenal hati budi masing-masing ya), hari ini 16 November 2012 pejam celik pejam celik sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Kata orang, tempoh 5 tahun adalah fasa pertama perkahwinan. Sudahnya 13 tahun menyulam cinta, tidak termasuk lagi zaman-zaman nak mula ngorat dulu.

Dari kami yang dulunya bersize xs kemudian bertukar ke size XS juga (tapi dalam bentuk CAPLOCK) hihihihihhiihihihi. Kalau diimbau kembali 16 november 2007, harinya sama seperti 16 November 2012 iaitu hari ini. Kalau dulu paginya sibuk mencari barang-barang untuk siapkan hantaran yang masih belum lengkap, menyediakan juadah selepas majlis dan sebagainya, tetapi hari ini sedang menyiapkan tugasan di ofis dengan perut yang memboyot. hikhikhik.. 

Walau apapun, setiap detik yang berlalu itu sangat manis untuk dikenang, walaupun saya menangis sebelum diijabkabulkan kerana pak andam datang lambat untuk siapkan saya! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ingatkan dah kena pergi akad nikah dengan kain batik sebab baju nikah dah bagi pada pak andam. Lucu!


syahdu!
 
Untuk suami tersayang, terima kasih kerana telah membahagiakan saya sepanjang tempoh perkahwinan ini. 

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia 
Akan aku coba 
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia 

Hati ini bukan milik ku lagi 
Seribu tahun pun akan ku nanti 
Kan kamu 

Sayangku jangan kau persoalkan 
Siapa dihatiku 
Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Happy 5th Anniversary dear!

Wednesday, November 14, 2012

Nasi Ayam Hailam Damansara Utama @ Solaris Dutamas

Bagi penggemar nasi ayam, Nasi Ayam Hailam Damansara Utama boleh dikatakan antara yang menjadi pujaan ramai. Kalau sebut sahaja nasi ayam ini pasti ramai yang tahu dan terbayang kesedapannya. Dengarnya  nasi ayam "the best in town". Memandangkan Nasi Ayam Hailam Damansara Utama baru sahaja beroperasi di Solaris Dutamas, jadi saya dan Mr. Papa pun tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.

 Dan inilah yang kami order.
Roasted chicken mama punya, share dengan zarin
steam/hainan/hailam tatau yang mana satu, chicken Mr. papa punya
Nasi ayamnya, nyum-nyum.. kalau guna beras mahal lagi sedaplah kot eh?
Sup kosong yang sedap
Saya tambahkan satu nasi kosong untuk Zarin. Dia nampak sangat excited nak makan nasi ayam dengan sup. Untuk saya sudah semestinya saya order roasted chicken, Mr. papa steam/hainan/hailam chicken kot. Saya tak lalu nak makan nasi ayam yang ayamnya tak berapa nak garing dan nampak macam pucat-pucat. Mesti kena ada yang macam hangus-hangus sikit.

Kerabu mangga maveles!

Mr. Papa juga tambahkan kerabu mangga bagi melengkapkan hidangan nasi ayam kami hari itu. Saya sedikit pelik, kerabu mangga yang diordernya??? emmm, satu pengalaman baru makan nasi ayam dengan kerabu mangga. Yang nyata kerabu mangganya memang sedap!

Sambal cili, ceduk je nak banyak mana
sos/sambal halia/bawang putih sedap!
 Saya paling sukakan sambal cili dan juga sambal halia/bawang putih ini. Secukup rasa. ketika menyuap nasi ayam bersama pelengkapnya ini, masyaalllah.... sedapnya! Lain dari yang lain. Terus tercakap " ummmpphh, sedapnya!" Nikmat yang amat.

tembikai laici, mama punya

Dan air pula saya memesan tembikai laici. Zarin dan Mr. papa air kosong sudah. Tengah batukkan??? Jangan ngada-ngada nak minum ais. Hohohohohohoho.. Walaupun mama juga batuk, tapi mengandung kali ini memang asyiklah duk minum ais. Dah alang-alang tak boleh telan ubat, minum je lah ais dengan "Niat untuk buat ubat" aci gitu? (^_^)

Mr. papa yang taknak gambarnya dirakamkan. Gambar hirup sup pun tetap macho dan menjadi pooojaan hatiku :p
kakak dan adik yang sentiasa berkepit! eh silap, ibu dan anaklah :P

Secara keseluruhannya, nasi ayam ini menepati selera kami. Nasi sedap, sup pun sedap dan paling penting ayamnya itu. Saya paling tak berkenan kalau makan nasi ayam ada lagi darah-darah merah kat ayam tu. erkkkk, geli! Tapi yang ini, menepati! Insyaallah akan repeat lagi. Harga pun berpatutan, kalau tak silap RM7.90. Oklah tu kan? mana lagi nak cari nasi ayam RM2.50? Kat warung biasa pun dah jual RM4.00-4.50 tahu??? 

Pstt: Teringin nak try nasi ayam singapore pula. katanya lagi sedap! Oh Mr. papa jom kita pergi singapore esok. Hekhekhekhek!

Kalau berminat bolehlah singgah, alamatnya tak sempat nak snap. Tapi sederet dengan restoren mee jawa

Tuesday, November 13, 2012

Cuti lompat-lompat, ke mana kita?


Sungguh menarik kerja minggu ini, kerja-cuti-kerja-cuti-kerja-cuti-cuti! Kalau yang masih banyak lagi cuti tahunan amik tiga hari dah dapat cuti seminggu, wooooo syok! Tapi saya tak ambil cuti pun, nak forward cuti tahunan ke tahun hadapan, nak bersalin+ada baby, memang cuti tahunan sentiasa diperlukan sebagai langkah persediaan.


So kawan-kawan, cuti lompat-lompat ni kalian ke mana? Sambung cuti pergi holiday, balik kampung atau kerja-cuti-kerja macam saya juga? Untuk hari ini kami masih tidak tahu hendak ke mana. Mungkin habiskan masa bersama keluarga di rumah sahaja (MUNGKIN).

Rumahku Syukgaku :)

Tapi kaki ni rasa macam nak pergi survey-survey barang baby je. Hohohohohohoho. Tengoklah macam mana nanti. Rasa memang nak pergi, tadi badan Zarin sedikit dedar dan batuk-batuk. Kalau dia ok mungkin petang kami nak menapak ke One Utama, agak-agak ada sale tak? hihihihihihihihi

Oklah sampai berjumpa lagi di lain entry, nak tengok cinta hati saya tengah buat apa. Kecoh je kat luar tu. Oh ya sebelum terlupa, Happy Deepavali kepada semua yang meraikannya. (Tak dapat makan capati+roti canai hari ni, kedai mamak banyak tutup kot eh?) 

 Pssst: Meriah sungguh bunyi bunga api+mercun malam tadi. Dum dam dum dam ;)

Monday, November 12, 2012

Publika kat mana?

Rupanya ramai juga yang tak tahu publika kat mana. Memandangkan ada yang bertanya, jadi saya pastekan map untuk ke publika ni ya. Ada juga kawan-kawan ofis saya yang confuse antara Solaris Mont Kiara (yang tertera SOHO) kalau lalu ikut highway akan nampak. Di tanya adakah itu Publika? Jawapannya bukan. Solaris ada dua, satu Solaris Mont Kiara dan satu lagi Solaris Dutamas. Solaris Dutamaslah yang dikenali sebagai Publika.


senangkan? jomlah singgah sini
 

Sebenarnya saya suka bawa Zarin pergi ke kedua-dua solaris ini. Masing-masing agak berhampiran dengan rumah saya. Kalau Solaris Mont Kiara saya suka pergi beli barang di guardian dan Cold Storage. Manakala kalau Solaris Dutamas (Publika) saya suka makan-makan (memang banyak sangat tempat makan yang best kat sini), selalu jalan-jalan dan juga beli barang-barang (ada kedai-kedai, tapi taklah banyak sangat-sangat). Tempatnya yang lapang dan orang yang tidak terlalu ramai senanglah sikit nak biarkan Zarin membuas! hehehehehehehehehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah buka website PUBLIKA ni.

Tama Yaki @ Publika

Semasa jalan-jalan di Publika terjumpa kedai kiut ni. Tama Yaki. Memang kiut sangat-sangat sehingga terus teruja nak beli apa yang dijual. Bila tengok-tengok rupanya dia jual makanan jepun macam tako yaki tapi yang ini tama yaki.

cutekan signboard dia

macam-macam ada, pilih-pilih!

Ada macam-macam pilihan sebenarnya. Kalau dulu saya suka makan tako tao yang ada kat jusco. Dan pilihan saya tentulah octopus, bau macam busuk-busuk sikit tapi sedap! hohoho, camne tu???? Hari itu saya mencuba giant octopus, harga RM6.90 satu set ada 4 ketul kat dalam. Kalau lihat dari harga memang lebih mahal daripada tako tao, tapi yang tama yaki ini lebih besar. Sesuailah dengan harganya.

alolo, tomei-tomei! Sayang nak makan
4 ketul yang dah dikacau dek Zarin.

Tengok bungkusannya pun alahai, kiut bebenor! Sayang nak makan. Tapi rasanya berbeza sedikit dengan tako tao. Pendapat saya dua-dua sedap! Kalau tako tao adunan dia masukkan sayur dalam tu semua sekali, tengah-tengah je letak octopus, tapi yang tama yaki ni, dia buat bebola tu pastu dalam tu kira macam inti, ada sayur dan isi sotong, rangup sayurnya, sedap! Mayonisnya pun sedap sangat! 

Mesti cuba kalau jalan-jalan ke Publika tau! Eh, kat Publika ni memang macam-macam kedai makan ada! Yang terbaru ada Nasi Ayam Hailam. Nampak banner masa nak datang keje tadi. Wajib cuba petang ni/esok! hohohohohohoho. Nanti saya review :)

 Tama Yaki Level UG - 51

Friday, November 9, 2012

Doa Penerang Hati

Sama-sama kita amalkan :)
source: FB

Sharing is caring

Thursday, November 8, 2012

Black Canyon Coffee

Selepas mengambil Zarin dari nursery semalam, kami bercadang untuk terus membeli barang dapur di Tesco memandangkan Mr. Papa akan outstation hujung minggu ini. Jadi bagi mengelakkan anak bini kelaparan, stok makanan di rumah haruslah ditambah. Malangnya jalan ke tesco sesak teruk, sudahnya kami hanya ke Jusco AU. Barang pun tak banyak yang kami beli di Jusco, banyak yang habis stok. 

Selepas siap membeli barang dapur, perut mama dan berbunyi-bunyi. Baby kat dalam pun bukan main aktif lagi menendang. Lapar la agaknya. Maklumlah, tengah hari saya hanya menikmati koteow sup. Kalau dah perut nasi, tetap nasi juga yang di cari. Saya teringat untuk makan MR. teppanyaki, dulu pernah makan kat Jusco Au tu. Tapi semalam pusing-pusing tak jumpa pula, mungkin kedainya dah tutup kot. Jalan-jalan lagi ternampak pula Black Canyon Coffee. Teringat ramai yang kata makanan kat situ sedap, jadi saya pun tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesedapannya.

sudu dan garfu! eh korang pun dah tahukan? buat apa nak tulis caption lagi? hadoiiiii
my dealova, sweetie pie :)
ice blended green tea utk mama, cappucino love x berapa nak love untuk papa
Nasi mama punya, tatau nama penuh dia
chicken soup untuk zarin
salmon ape ntah untuk papa. 
Senyuman tak ikhlas mama, nak green tea! nak green tea!
 Ermmm, macam mana nak cakap ya????? pandangan peribadi saya macam biasa-biasa saja. Mungkin apa yang saya order tak kena dek selera kot. Nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun tak juga. Tapi saya makan habislah, sebab lapar sangat-sangat. Saya bagi 3/5 bintanglah. Tapi selera masing-masingkan, Kalau nak cuba tak salah, harga pun berpatutan :) 

Tengah makan terbayang-terbayang air green tea kat Quan Ice Cream & Coffee House, serius rasa nak nangis! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! nak green tea, nak green tea!

pencinta merah ini budak!

Semasa makan, zarin dah macam cacing kepanasan tengok ada kereta control dan juga lukis-lukis, guna pasir tu, sand art ke apa ntah. Jadi suruh dia pilih antara satu, nak naik kereta control ke main lukis-lukis? Akhirnya dia pilih lukis-lukis. Fuh! lega hati mak! sebenarnya tak bekenan sangat kalau dia nak main kete remote tu. keh-keh-keh.. Tapi biarlah dia buat pilihan sendiri, tak nak paksa-paksa! Tapi suruh dia habiskan makanan dulu, baru dapat main.

Wednesday, November 7, 2012

anak-anak comel dan hensem

Serius saya sangat suka melihat gambar-gambar Zarin bersama Kak Emynya. Macam-macam aksi ada dan semuanya sungguh ohsem pada pandangan saya (^_^). Kanak-kanak, semuanya nampak cantik walau apapun aksi mereka.


Nak makan pun sempat lagi berposing

Tengok tu, macam-macam gaya ada :)
Gambar kak Emy dengan mamanya dah rupa Mr. Bean dah maksu tengok! :P

Semoga membesar dengan sihat ya sayang :)

Selamat menduduki peperiksaan SPM

Sudah dua hari pelajar-pelajar tingkatan 5 menduduki SPM 2012. Kepada semua adik-adik, makcik, eh silap ahkak ingin mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang, study rajin-rajin. Jangan asyik duk mengadap FB, twitter ja. Jika adik-adik telah melakukan persiapan dengan sebaik mungkin, insyaallah semua soalan yang bakal ditanya dapat dijawab dengan baik.

study smart :P

Ahkak pulak yang rasa berdebar-debar. Bukan apa, teringat masa nak ambil SPM dulu. Sebelum masuk dewan exam, berkali-kali masuk toilet sakit perut/cirit birit. Kalau boleh nak bertapa je dalam toilet tu. Bila dah tengok soalan alhamdulilah terus hilang rasa sakit perut tadi. Bukan SPM je, apa-apa examlah kiranya. hohohoho.. 

Lagi satu, selalu juga ahkak duk mimpi yang ahkak akan ambil exam, tapi dalam masa yang sama satu apa pun ahkak tak prepare. Bila tersedar dari mimpi, terus tercungap-cungap, berdebar-debar dan sakit perut. Tenyeh-tenyeh mata, laaaaaaaaaa, ahkak bermimpi rupanya. Legaaaaaa!!!! Terus sambung tidur balik (^_^) 

Akhir kata, eh macam nak berpidato pulak, selamat menempuh alam peperiksaan, lakukan yang terbaik, tenang dan berserah sahaja pada Allah. Anda telah melakukan persediaan yang terbaik. Ahkak juga doakan semoga adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Amin :)

Tuesday, November 6, 2012

Luahan hati ibu mengandung

Hari ini ada check up di KK untuk minum air gula aka MGTT. Sebelum ni dah buat sekali dan keputusan normal, tapi memandangkan emak saya ada kencing manis (keturunan) kandungan memasuki 28 minggu kena repeat sekali lagi. Untuk pengetahuan, saya check up di klinik swasta dan kerajaan. Kalau kat KK sedia maklum bahawa orang akan sentiasa ramai, jadi jangalah mengeluh kena tunggu lama ke apa.

Saya tadipun pukul 8 dah terpacak kat KK, hampir pukul 12 baru siap. Maklumlah buat MGTT. Kalau checkup biasa tak adalah kena tunggu lama sangat. Yang saya nak marahkan ni, adalah berkenaan dengan sikap kaum suami atau bapa yang tidak prihatin akan nasib perempuan-perempuan yang mengandung. Walaupun nurse dah buat pengumuman

 "Mohon kerjasama kaum suami dan kaum bapa untuk menunggu isteri anda diluar dan mengutamakan ibu-ibu mengandung untuk duduk dikerusi yang disediakan, terima kasih!"

pic from google

Tapi berapa kerat yang dengar/ambil perhatian pengumuman itu. Berapa kerat yang bangun dan berikan tempat kepada ibu mengandung??? Berapa ramai???? Boleh dikatakan langsung tak ada! Eh korang ni pekak ke tuli hah? Tak ada hati dan perasaan ke???? Haishhhh, serius tak faham aku! Nasib baiklah saya ada tempat untuk duduk, kalau tak sure ada je lelaki yang kena sound tadi. Rasa macam nak bagi pelempang je sedas. Langsung tatau malu!

Serius saya kasihankan nasib ibu mengandung lain yang terpaksa berdiri, dengan perut yang agak boyot. Kalau nak dibandingkan, kaum lelaki yang perut pun boleh dikatakan mengandung tapi tak beranak ni boleh buat derk je. Tak malukah anda? Haisshhh, haaiisshhhh! haissshhh! Rasa macam mau dipiat-piat telinga mereka itu! Kesudahannya ada ibu mengandung yang duduk di tangga untuk menunggu giliran. Sungguh kasihan. 

Kesimpulannya, kaum suami, kaum bapa tidak salah kalau anda ingin menemani isteri anda checkup, malah memang bagus pun. Tapi sekurang-kurangnya anda prihatinlah akan nasib isteri-isteri orang lain yang turut inginkan keselesaan seperti isteri anda. Apa perasaan anda jika isteri anda yang diperlakukan sedemikian? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan! Hadoiiii! hadoiiiii!!! tiba-tiba kepala berdenyut!

Monday, November 5, 2012

Fried Mee Jawa @ Publika

Hari jumaat sahaja confirm jalan akan jam, tak kiralah hari hujan ataupun terang benderang. Kalau hari hujan confirmlah jam kuasa dua. Jadi sebolehnya jika Mr. papa tak busy, saya akan menyuruhnya mengambil zarin terlebih dahulu. Kalau lambat, bersedialah untuk melihat wajah sebeknya. Start dari pintu nursery hinggalah sampai rumah, sebek+air mata yang gugur sama lebat dengan hujan. hihihihihi Jadi jumaat lepas, Mr. papa ambil Zarin dulu. Dalam kereta dia dah cakap,

 Zarin : "Mama nanti mama buat mee goreng kat Zarin eh, Zarin lapaq ni!" sambil gosok perut. 

Saya dan Mr. Papa saling berpandangan. dahlah hujan lebat. malasnya nak singgah kedai beli bahan mentah, yang nak makan dia sahaja. Kami berdua dah kenyang.

Mama: "Zarin kita bungkus nak? Tak pun kita makan kat kedai. Hujan lebat ni, kedai depan tutup". 

Zarin: "Makan kat kedailah. Tak nak bungkus"

Lantas Mr. papa memberi cadangan untuk makan di Restoren Mee Jawa Solaris Dutamas/Publika, one way nak balik rumah, senang sikit. Saya ok sahaja. Sebab malas dah nak fikir. Asalkan Zarin dapat makan mee goreng sudah. Permintaan anak wajar dipenuhi. Lebih-lebih lagi bab makan.  

Fried mee jawa, sedap!
   
Dan inilah yang diorder, Fried Mee Jawa. Masa order dah pesan jangan pedas langsung, tak payah letak cili merah hidup, nanti Zarin tak nak makan. Sudahnya inilah yang dihantar. Fried mee jawa dengan sayur-sayur. hehehehehehehehehe... Bila rasa memang tak pedas langsung, tapi bila suap Zarin pedas pulak dia. Nak tak nak seperti biasa, mama kenalah hisap dulu, kemudian baru suap Zarin. hahahahaha... (Macam mana mama tak kembang kalau setiap kali makan begini situasinya). Dan air pula sudah semestinya air pink (sirap bandung). Mama dan papa tak order apa-apa makanan sebab dah kenyang. Cuma Mr. papa order barli lime.


Layan telur separuh masak sambil di monitor oleh mama :P

Sedang sedap Zarin menikmati mee goreng jawa tu, dia terpandang pulak telur separuh masak kat menu tu. Teruslah nak telur juga. Orderlah dua bijik. Nasib baik makan habis. Kalau tak maunya kene sekeh dek mama! :P Sekarang selera makannya makin menjadi-jadi. Setiap hari akan mengikut seleranya. Dahla selera yang besar-besar, mau berlubang poket! kehkehkeh

Friday, November 2, 2012

ketagih wall's solero split!

Kebelakangan ini suka sangat makan aiskrim lebih-lebih lagi wall's solero split ni! oh nyum-nyum-nyum! Rasa masam limau dengan gabungan vanila terasa sungguh seksi bila berada di dalam mulut. walllahhhhhh!!!!!!Hari-hari mau maaaaaaaa.

Tambahan pula bila ada abang zarin tak jadilah nak layan tiap-tiap hari. Bila mama makan aiskrim dia pun nak. Cara yang paling selamat adalah makan kat ofis. Walaupun aircond sejuk beku dan terasa kebas bibir tapi tetap nikmat yang amat! hahahhahahahahaha


Wallahhhhh!!!! nyum-nyum, terliur tak? terliur tak???  (pic from google)

Kalau boleh setiap hari nak makan aiskrim ni. Harga pun murah je RM1. Tapi tahan-tahan juga, bukan apa sekarang tengah diet (control makan) sebab berat naik mencanak-canak ni! checkup hari rabu baru ni berat naik 4.1kg. Doktor senyum dan patient pun senyumlah juga. Sudahnya kedua-duanya senyum dan tak perlu kata apa-apa. Yang penting semuanya berada pada keadaan yang normal. Layannnnnnn (^_^)


Mutiara Kata Jumaat #5

Salam Jumaat yang penuh keberkatan :)

 Mutiara kata hari ini

 


Duhai Hati......... Tenanglah

Thursday, November 1, 2012

Drama Adam dan Hawa best ke?

Sana sini ramai yang memperkatakan tentang drama Adam dan Hawa ini. Sejujurnya saya memang langsung tak pernah menontonnya. Bila saya tertekan channel mustika ketika cerita ini ditayangkan saya bertanya kepada suami

Mama : "Best ke cerita ni? Kat Fb ramai yang duk update pasal cite ni".

 Mr. Papa: "Entah. Kalau nak tengok saya recordkan".

 Mama: "Tak payahlah." Lantas channel pun bertukar.


source : google

Tapi sekarang terasa teringin nak menontonnya pula. Kalau record dari dulukan bagus. Terus rasa menyesal tak record, huhuhuhuhu... Dengarnya drama ini adaptasi dari novel Adam dan Hawa. Ok tak pe, kita baca Novel ajelah. Kemudian baru follow cerita ni. Ada banyak episod lagi kot eh? 

Psst: Kawan-kawan yang mengikuti drama ini, best ke ceritanya? Sama tak ceritanya dengan novel???? ce cite, ce cite!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...