Friday, January 18, 2013

Mak sentap!

Bila berjauhan daripada suami memang macam-macam perasaan ada. Lebih-lebih lagi melibatkan Zarin. Ya, Zarin memang tersangat rapat dengan papanya. Setiap hari bangun pagi dia bertaya

"Mama, nape papa tak balik lagi? Banyak sangat ke work papa tu?"

 Kalau soalan yang macam tu, memang bolehlah nak reka-reka jawab. Tapi baru-baru ini tengah tidur tiba-tiba nampak dia nangis teresak-esak. Badannya terhinjut-hinjut. Ingatkan lelah ke apa. Bila saya kejutnya sambil nangis dia cakap

"Zarin rindu papa! Bab tu Zarin nangis!"

 Ya Allah, serius sentap hati mama ni! terus rasa nak balik KL. Huwaaaa, lepas tu dua-beranak duk layan nangis. Cuba pujuk-pujuk dia.

"Kalau abang goodboy, abang tak boleh nangis. Nanti baby dah keluar kita balik KL."

Pagi semalam dia kata lagi.

"Papa ni asyik work je, papa tak sayang Zarin!"

Haaaaa, kali ni bapak dia pula yang sentap! sob-sob-sob.

manja papa


Tapi buat masa ini, dia oklah. Biasanya Zarin akan cakap macam tu bila time nak tidur dan bangun tidur. Syukur juga kakak dan abang saya selalu bawa dia keluar jalan-jalan, main kat taman, dan sebagainya. Tak adalah dia asyik duk teringat kat Mr. papa je.

Setiap hari ummi dan kakak saya asyik bertanya apa yang saya teringin nak makan. Begitu juga Zarin. maklumlah Zarin ni agak high taste. Biasa Mr. papa yang akan melayan kerenah anak bujangnya itu. Pagi ini pula mak mertua bawakan nasi kerabu yang saya idamkan. Tak lama selepas itu, adik ipar pula datang bawak KFC untuk Zarin. Alhamdulillah, syukur ya Allah saya dikelilingi oleh orang-orang yang sangat memahami dan menyayangi.

 Psst: Selalu pujuk adik baby supaya cepat keluar, kalau Zarin dulu awal seminggu dari EDD. Adik baby ni tataula camne.

8 comments:

  1. Siannya dia....rindu papa la tu....
    Tgh mmhitung hari ye....moga slamat kedua2nya....:-)

    ReplyDelete
  2. alahai cian hensem boy nie..

    cepat²lah keluar baby, biar abang ade geng :)

    moga semuanya dipermudahkan ye Ida!

    ReplyDelete
  3. Oh paham macamane sentap nyer bila anak rindukan abah dia tp kita takleh buat ape2..huu
    Sabar sikit lagi ye abg Zarin :) tak lama dah tu..hihi.

    Moga dipermudahkan segala nyer :)

    ReplyDelete
  4. jgn pujuk bby ni kuar cpt, nnt jd cam lza pujuk pnya pujuk xnk kuar2 jgk hr due br dia kuar..

    ReplyDelete
  5. ala sian zarin... zarin abang yg baik...
    semoga ida selamat melahirkan...bestnyer nk dpt baby :)

    ReplyDelete
  6. huhuh..sayunya lah kan Ida..nasib Aqil mmg rapat dengan Aida so bile berjauhan dengan dady dia time pantang nanti InsyaALLAH no big deal..

    **aida pon dah start pujuk2 baby keluar awl..taknak overdue..hopefully kita tak overdue kan..Amin!!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...