Thursday, January 3, 2013

Zarin ke tadika

Semalam merupakan hari pertama Zarin ke Tadika Islam Masjid Wilayah. Bukan main excited dia, mama je yang cuak. Kalau Mr. Papa dia kata " Kita hantar je Zarin, tak payah tunggu". 

"Hello papa, anak kita baru 5 tahun ok! Bukannya form 1!" 

So semalam mama pun cutilah sebab nak hantar Zarin masuk tadika. Alhamdulilah, Zarin seronok ke sekolah. Tak ada adegan air mata atau berkepit celah ketiak mama. Masuk kelas duduk kat tempat, dah dapat kawan baru. Mama yang ngintai kat luar langsung tak dihirau. Sekali sekala je bila ada budak yang nangis mak bapak datang pujuk barula mata dia duk melilau cari mama, lepas tu bye-bye dan senyum!"


senyum simpul nak masuk kelas
 
Alhamdulilah, rasa happy bila anak tak perangai pergi sekolah. Oklah, Zarin pun dah besar. Sebelum ni pun memang dah pesan kat dia " Abang Good Boy, tak boleh nangis, dengar cakap cikgu, belajar pandai-pandai...bla...bla...blaaa..." Yang lucunya balik rumah semalam dia mintak nak tengok gambar dia kat sekolah, bila tunjuk dia cakap "mama, kenapa mama tak ambil gambar kawan yang nangis nak mak dia semalam tu?" Hamboiiiiiiiiii, bukan main lagi budak ni.

Kasut pun tulis nama sebab takut bertukar, itu pesan cikgu, semuanya mesti dilabel 
 

 Dan pagi tadi bila hantar dia ke sekolah, simpan kasut atas rak dia cakap "Mama salam dan kiss zarin dahla..tak payah ikut zarin masuk kelas" hamboiii lagi. hihihihihihihihi...

Tapi saya bawa juga dia masuk kelas, pesan itu ini dan terus tinggalkan dia. Pukul 10 lebih, cikgu nurserynya call cakap saja datang tengok Zarin kat sekolah, alhamdulilah tak nangis dan ok je, tengah belajar ABC.

Pukul 12 lebih pula cikgu nurserynya call lagi cakap dah ambil Zarin dan bawak ke nursery dah :) (kes cikgu yang akan ambil Zarin dari sekolah, kemudian transit ke nursery nanti)

Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan. Semoga Zarin seronok dan rajin-rajin belajar. Amin.

14 comments:

  1. Comel je kasut tu....

    Ingatkan Zarin baru 4 tahun. Rupanya dah 5 tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi, kasut zip zap, senang dia nak pakai. kalau ikut tahun dah 5 tahun la. kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bulan

      Delete
  2. alhamdulillah....dah besar abg zarin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah... tula cepatnya masa berlalu, rasa nak nangis pulak, hukhuk

      Delete
  3. Baguss!!! semoga membesar sebagai anak yg soleh dan berjaya

    ReplyDelete
  4. Dah besar, independent lak tu..
    Bagus abg Zarin ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah, mungkin dia dah biasa duk nursery..senang bergaul

      Delete
  5. Gud boy la Zarin ni..hati kental kan..bagus..kita as parents pon tak risau..belajar rajin2 ye Zarin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula aida. tp arini dia mcm tak bg mama dia g work. katanya " tu mak kawan ada je duk kat belakang, mama dudukla kat sana macam mak kawan tu. Tapi lps salam dan kiss dia terus saya tinggal." hehehehehe

      Delete
  6. wahh..anak yg bagus zarin..happy school zarin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamduliliah. balik semalam asyik duk cite pasal school je. last2 dia ckp "ok, mama cite pulak pasal work mama". :P

      Delete
  7. eh.da 5 zarin ye
    good boy zarin.x nanges2..nk jd abg da kan.

    bestnye.x sbr nk rasa pngalaman anta tadika taun dpn.hehe

    btw,mudahan dmudahkan ye bsalin ida.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ash, kejap je masa berlalu. masa siapkan dia nak g sekolah rasa sebak semacam, "besar dah anak mama"! :)

      insyaallah alisya pasti ok nanti :)

      amin-amin, terima kasih tlg doakan :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...