Thursday, February 14, 2013

Berat nanang ke ringan nepung?

14 Februari,

 Hari ini genap 25 hari berpantang. tik tok tik tok, kejap je masa berlalu. Kalau berpantang 44 hari, berbaki lagi 19 hari. Ummi saya cakap pantang 42 hari sudah. Kalau 42 hari maksudnya ada baki lagi 17 hari. Oh tak lama dah, lagi dua minggu je lebih kurang. 

Semasa mengandung, perihal berat badan yang paling ditakuti. Bukan apa, Mengandungkan sofea berat saya naik 22 kg. Maknanya berat last masa checkup adalah 72kg. whatttttt???? 72kg habaq hang! Bukan ringan ok, berat nanang dah tu!

Setiap hari duk risau boleh turun ke tak lepas bersalin nanti. Bila lepas bersalin, setiap hari timbang, nak kata susut sangat takla juga, adalah penurunan tapi takla secepat turun zarin dulu. Ok takpe, makan je dalam pantang ni, tak perlu diet. Sebab dalam pantang memang sentiasa lapar. So jangan duk berBFF sangat ngan penimbang tu. Jadi semalam saja gatal-gatal pi timbang. Rupa-rupanya berat saya dan susut banyak! dan masuk ke 5 series ok! i like!!!!!


59.8kg, banyak dah menyusut ni. berat nanang ke ringan nepung ni?

Alhamdulilah, ternyata banyak juga yang turun sepanjang 24 hari tu. Misi seterusnya nak mencecah berat badan sebelum bersalin, 50kg. Oh, hampir 10kg lagi lelemak kena nyahkan dari badan ni! Cuma risau juga, berjayakah misi itu? Tak pa kita ikhtiarkan. Nak kata saya diet tak juga. Setakat ni nasi memang 2 kali sehari, biskut jacob's dan habis dua tin, biskut hup seng dan masuk plastik ke 2 dah! kahkahkah..

Setiap kali tiba waktu lunch dan dinner selalu pesan kat ummi, nasi sikit, sayur banyak. Tapi yang datangnya tetaplah setimbun nasi. Kata ummi, makan takat habis, dalam pantang takleh tambah. So bila ummi kata makan takat habis dan takleh tambah, akhirnya memang habislah nasi yang setimbun itu. kahkahkahkahkah gelak lagi. 

Ummi kata lagi, orang menyusu kena makan banyak, dan sentiasa lapar. (memang pun, tak dinafikan memang terasa lapar je manjang) tu ummi tengok dah kurus dah tu. Insyaallah boleh kurus macam dulu. Makan je la. (oh, pujukan dan kata-kata yang sukar untuk saya tolak segala jumlah hidangan yang disajikan). Kesudahnnya Makan sampai licin lagiiiiiiiiii!!!!! 

Nampaknya masih ada berbelas-belas hari untuk saya turunkan berat ni. Orang kata masa dalam pantang nilah nak diet pun, sebab berat cepat turun. Insyaallah. Oh, Fellina belum lagi saya guna. Agak-agak kalau guna Fellina confirm MELIDI lepas ni, tak adalah besar dan terkadang macam batang Pisang! (^____________^) Tet!

4 comments:

  1. dalam pantang mmg cpt turun sbb makanan kiter terkawal..ada 17 hari mesti boleh cecah 50 or kurang lg...ye ye

    ReplyDelete
  2. wah ini hebat nih, banyaknye turun...usaha lagik tau

    ReplyDelete
  3. Masa dalam pantang dulu pun saya turun byk.. Tapi lepas Hakim 6 bulan dan makin kuat menyusu pastu saya lak benti keja terus tembun macam gini tak turun-turun..huhuhu.

    Dont worry makan nasi byk, sebab tu sume proses jadi susu utk Sofea :)
    Semoga dapat berat badan yang diidamkan..!

    ReplyDelete
  4. salam kenal. tgh berpantang yer. mmg time pantang cpt je badan ni susut sbb time tu pun makan apa la sgt. dgn letih berjaga lagi kan. anyway, selamat berpantang..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...