Friday, February 15, 2013

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi dan ibu


Umum mengetahui bahawa penyusuan susu ibu membunyai banyak kebaikan. Berikut merupakan faedah-faedah susu ibu untuk BAYI:
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (tinggi IQ)
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
8.Menggalakkan Tumbesaran.
9. Penghadaman yang mudah.

Tidak dilupakan juga faedah-faedah yang diperolehi daripada penyusuan susu ibu untuk diri IBU itu sendiri:
1. Membantu mengecutkan rahim mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan (hihihi...xyah la ambil perancang)
5. Menjimatkan masa dan wang (yg ini papa n mama mesti senyum lebar)
6. Mudah dan tidak perlu persediaan (bila-bila masa dimana sahaja...selak sahaja!)

Selamat menyusukan bayi anda, Sharing is caring :)

Oh ya, sila jangan jemu sekiranya selepas ini banyak entri berkaitan susu ibu :)

psst: sejak bertukar status mama anak dua (hanbag kiri kanan), tak berkesempatan nak blogwalking. Insyaallah jika berkelapangan saya pasti jejakkan kaki ke rumah kamu, kamu, dan kamu yang cute tu! 

3 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...