Saturday, February 23, 2013

kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 JAM SELEPAS BERSALIN


Salam, memandangkan sofea tengah lena tidur dan Zarin pula ikut mr.papa pergi beli breastmilk storage bottle/liner, jadi sempatlah saya mengupdate blog.

Hari ini saya nak berkongsi kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 JAM SELEPAS BERSALIN

1. susui bayi anda secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran
2. Ini penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
3. bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan (ROOTING REFLEX)
4. Membantu dalam pengecutan rahim untuk mengelak tumpah darah selepas bersalin
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama bayi
6. mengeratkan kasih sayang ibu dan anak (BONDING)

Berbalik pada kisah saya, masa bersalinkan Zarin dulu, saya tidak dapat memberi zarin susu secepat mungkin kerana zarin perlu di bawa ke NICU akibat tertelan najis. Sedih tapi redha.

feed me! or nobody sleeps

Bersalinkan Sofea pula, dari awal saya telah mengisi dan menandatangani borang untuk fully breastfeed. Jadinya, setelah sofea dibersihkan, memang sofea diberikan kepada saya untuk disusukan. Alhamdulilah :) Seronok tau, sebab first time bagi baby susu, terus pandai hisap, mata pun bukan main luas lagi celik. Baby zaman sekarang. Lahir sahaja dan bulat mata melihat dunia.. hehehehehe

2 comments:

  1. betul tu ida..same dgn aida..cpt2 bf baby so that dpt merangsang pnghasilan susu kita kn..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...