Tuesday, February 12, 2013

Menu dalam pantang

Setiap kali berpantang memang inilah yang ditunggu-tunggu, iaitu menu-menu dalam pantang. Semuanya berkhasiat dan paling penting dapat turunkan berat badan dengan cepat, i like! 

Inilah antara menu saya untuk lunch dan dinner ketika sedang berpantang

1. Nasi putih, sawi masak air, dan juga ikan termenung bakar 
2. Nasi putih, sawi masak air, dan juga ikan tenggiri goreng garing 
3. Nasi putih, sawi masak air dan sup ikan haruan
4. Nasi putih, sawi masak air dan juga ikan haruan goreng garing

Untuk breakfast dan waktu-waktu (kecederaan) sebenarnya kelaparan iaitu untuk sarapan pagi, minum pagi, minum petang dan supper ialah 3-5 keping biskut cream cracker jacob's atau biskut cream creaker hup seng cicah horlick atau cicah dutch lady coklat. oh sungguh nikmat!

Selain itu, saya banyak minum air masak. Alhamdulilah, nasib baik ummi saya bukanlah orang yang jenis catu air, kalau tidak jenuh juga. Kurang air nanti jadi dehidrasi pulak, susu pun kurang. So banyakkan minum air masak ya :)

    

Ummi saya ada juga bertanya kalau-kalau saya nak makan roti bakar, tapi serius saya tak berani lagi. So makan jela makanan rutin dalam pantang. Ikan stiam pun saya taknak makan lagi. Setiap kali ummi nak masak mesti pesan, sayur banyak-banyak pun tak apa. hihihihihihihi...Yang penting makanan yang berkhasiat dan seimbang. Entah kenapa pantang kali ni saya tak makan sunkist. Oh nampak gayanya kena suruh mr. papa beli la. 

 Pssst: sejak berpantang ni berat dan turun 12kg you! dari 72 tinggal 60! yessssss! lagi 10 kg kena nyahkan lemak dari badan ai ni!!! muahahahahahaha, harap misi mencapai berat badan ideal setelah habis pantang berjaya, insyaallah.

4 comments:

  1. Agagagaga...mase dlm pantang la iman kene kuat kan kan kan :)

    ReplyDelete
  2. ngaaaa inilah makanan feveret mase dalam pantang dulu ..huhuhu layan je laaaa ..

    ReplyDelete
  3. hihihi..tapi aida paling dilema la bab mkn dlm pantang ni..sebab duduk rumah PIL kan..so ape yg dimasak itulah terpaksa ditelan wlau cara masakan berbeza n kurang sedap..huhuhu...tapi aida still tak berani mkn mknan bergoreng lagi Ida..takut dengan minyak.huhuhu..berat pon tak sempat timbang..rasanya turun banyak jugak ni.sbb asyik tak lalu nk mkn je..hihihi..Congraatss dh berjaya turun 12kg..banyak tuu..hihihi..aida pon nk aim turun dlm 15kg..hopefully berjaya..hihihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...