Monday, February 4, 2013

pengalaman bersalin!

Hari ini diberi kelapangan untuk mencoretkan pengalaman untuk bersalinkan zea sofea.

21 januari 2013

6.00 pagi
Saya bangun untuk menyiapkan bekal anak buah saya ke skolah..mereka inginkan roti john..semasa masuk ke toilet, saya dah perasan rasa macam lain macam sahaja. Namun abaikan sahaja perasaan tersebut. Mungkin belum masanya, tambahan pula pukul 3 nanti saya ada checkup dengan Dr. Kamaruzzaman merangkap Dr. yang akan menyambut dan menguruskan kelahiran bayi saya.

6.30 pagi
Setelah siap memasak roti john saya ke toilet lagi untuk mengambil wuduk sekaligus menunaikan solat subuh. semasa membuang air kecil, tiba-tiba terkeluar lendir bercampur bayang-bayang darah. Saya dah mula rasa aku nak beranak dah ni. tunggu sakit dulula kot. terus telefon mr. papa kat KL ni...get ready untuk balik incase saya beranak arini...hihihi...selepas menunaikan solat subuh, terus saya maklumkan pada mak saya dan suruh masak nasi awal, tanda dah turun, tapi tak sakit. selepas itu saya sambung tidur.

9.30 pagi
perut bahagian depan rasa sakit sikit. selepas mandi, tanda turun lagi, kali ini darah lebih terang warnanya. saya whatsapp mr. papa dan kakak saya. Lantas saya ke dapur dan makan nasi berlaukkan ikan singgang. berselera you! makan banyak untuk tenaga nak push nanti...hehehehe..dalam pada itu, saya siap bertanya kawan-kawan di secret group FB sama ada nak ke hospital ke tak, sebab memang boleh dikatakan saya tak sakit contraction ke apa. cuma turun tanda. Kakak saya pula telah menghubungi Dr. Kamaruzzaman dan Dr. meminta saya segera ke hospital, walaupun tak sakit sebab baby saya dah matang, 39 weeks.

10.30 pagi
Kami menuju ke Kedah Medical Centre (KMC) kerana saya memilih untuk bersalin di situ kali ini. sebaik sampai, guard di situ meminta saya naik wheel chair, tapi sebab tak sakit saya nak berjalan sahaja. Saya siap boleh gelak-gelak lagi sembang dengan kakak saya, masih ragu-ragu sama ada nak bersalin dah ke belum hari tu...

11.00 pagi
sampai di kaunter pendaftaran, saya terus mendaftar dan dibawa ke labour room. Sekali lagi saya tak nak naik wheel chair, tapi MA di situ suruh naik juga, mungkin prosedurnya begitu. Saya bersama seorang lagi wanita yang ingin bersalin juga di bawa ke labour room. Saya ditempatkan di labour room no.3.

11.15 pagi
Nurse dan Dr. Kama datang untuk check bukaan... uishhhh, bab seluk- seluk ni memang saya seram. bila di check rupa-rupanya jalan dah buka 3-4cm.

Dr. Kama: Jalan dah buka 3-4cm ni. Suami dah ada sini?
saya: yeke Dr.? dah dekat nak bersalin ke? suami dah on the way tu.
Dr. Kama: A'ah.. tak lama dah, kin petang nanti kot. Sape yang ada tunggu?
saya : kakak saya ada kat luar.
Dr. Kama: Ok.
Nurse: nanti saya suruh kakak puan bayar deposit dan booking bilik. sementara tu, klau rasa nak buang air bolehlah pergi dulu, kemudian tukar bju pakai baju ni.

Saya lantas ke toilet dan tukar baju. tak lama lepas tu, nurse datang untuk masukkan air kat tangan serta pakai tag no. untuk ibu dan juga untuk anak yang bakal lahir nanti. nurse pesan jangan gemuruh sangat sebab masa dia cucuk tangan tu darah langsung tak keluar. berkali- kali dia minta maaf dan meminta saya rileks, kalu tak darah tak keluar juga nanti. kemudia saya ditinggalkan sendiri. sekali sekala kakak saya temankan saya kat labour room. dalam ada itu sempat lagi saya duk whatsapp kawan-kawan dan berFB. sakit ontraction tak datang lagi.

12.30 tengahari
Dr. Kama datang lagi dan check bukaan. rupanya dah buka 7cm. nurse masukkan ubat berak dan selepas itu saya terus telefon mr.papa dan mak saya.. minta maaf dan doakan semoga saya dipermudahkan. saya juga sempat bercakap dengan zarin. masa ni memang touching sangat-sangat hingga saya menangis apabila dia asyik cakap

"Zarin sayang mama, Zarin sayang mama" berulang kali

1.15 petang
Dr. Kama datang lagi, tanya sama ada saya rasa sakit ke tak. Saya kata ada juga sakit sikit-sikit. Dr. kata " tunggu sakit kuat sikit lagi, tak lama dah tu.. kejap je lagi. Kalau rasa sakit teran je."

Nurse pun datang bagi gas, katanya kalau sakit tak tahan baru sedut gas tu, jangan sedut banyak sangat nanti akan rasa pening-pening sikit. 3 orang nurse pun sedang menyediakan peralatan untuk saya bersalin nanti. ada lampu macam spotlight, dia naikkan tempat letak kaki dan sebagainya. Segala peralatan untuk bersalin lengkap kini. Nurse juga berpesan kalau saya sakit tekan je button tu.

1.25 petang.
Haaaaaa, contraction makin kerap masa ni, sesekali saya sedut gas tu. Kurang sikit rasa sakit. Serius sakit sangat bila contraction makin kerap. secara otomatik saya terus tekan button panggil nurse. Dr. Kama datang bersama dua orang nurse yang akan menyambut kelahiran bayi saya. Mereka menaikkan kaki saya di kiri dan kanan, serta menyuruh saya pegang alat macam handle di kiri kanan katil untuk meneran.

Bila dr. Kama check dia kata ok, dah tiba masanya. Kalau rasa sakit teran je. Nanti cakap kat suami, tak sempat dah dia sampai, baby nak keluar dah ni.

Maka bermulalah episod push mengepush atau teran meneran. Serius bila dah kit ni, lupa segala mala teknik nak meneran. yang kedengaran nurse kata

" teran macam berak tahi keras, mulut jangan bunyi nanti takde tenaga"

beberapa kali juga saya teran tapi tak berjaya. Dr. kama dan nurse usap-usap perut, dia berpesan kalau rasa sakit teran.

Tak lama lepas tu, dengar Dr. Kama kata "ok, dia mai dah, dia mai dah, tarik nafas 1, 2, 3, teran panjang-panjang, kalau tak cukup nafas tarik nafas cepat, cepat dan teran kuat-kuat".

Saya pun apa lagi, dengar dia cakap macam tu, teran kuat-kuat, akhirnya alhamdulilah 1.47 petang akhirnya saya selamat melahirkan seorang baby girl. tapi tak tahu dnegan berapa kali teran, yang nyata banyak juga.

Dr. Kama angkat baby dan tunjuk jantina serta suruh saya pegang tangan baby, tak lama selepas itu, Dr. terus bagi kat nurse.

Terdengar Dr. kata baby besar sikit. Selepas itu, Dr. buat pula proses keluarkan uri, dan juga jahit menjahit. hampir 15 minit, semuanya siap.

Lebih kurang kul 2.10 petang

Dr. kama siap menguruskan semuanya. soalan pertama saya

"Dr. banyak ke kena jahit?"

" Adalah juga, biasalah baby besar. Takpe awak rehat dulu"

selepas mengucapkan terima kasih kat doktor, nurse pun datang bawak baby, katanya 3.5kg. Dan meinta saya untuk breastfeedkan baby. Setelah mengajar teknik-teknik untuk. BF baby dengan betul, saya ditinggalkan bersama baby dan tak lama selepas itu, kakak dan abang ipar saya pun datang temankan saya di labour room.

syukur alhamdulilah, semuanya telah selamat, paling suka bila kakak saya kata saya dapat single room, padahal tadi penuh. alhamdulilah senang sikit mr. papa dan zarin menjaga saya nanti :)

kesimpulannya, betul kata orang, bersalinkan anak pertama dan kedua ni, sakitnya lain-lain. kalau zarin dulu, terasa sakit pinggang, dan terasa sakit yang amat menahan contraction. Tapi proses nak melahirkan terasa mudah pula. Kalau sofea ni, sakit contraction tak terasa sangat, kecuali masa dah bukak 10cm tu. Walaupun sakitnya tak terasa, tapi proses nak melahirkannya terasa sedikit sukar jika dibandingkan dengan zarin, mungkin juga zarin hanya 3.19 kg dan sofea pula 3.5 kg.

Apepun kini semuanya telah selamat, bila diingat kembali seram juga. hahahahahahahaha





12 comments:

  1. Amboi.. lengkap betul.
    Alhamdulillah yang penting dah selamat mama & baby. Abg Zarin cane? Suka tak dapat adik? :)

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAHH.... YG PENTING KEDUANYA SELAMAT ..... TAHNIAH YER..

    ReplyDelete
  3. Cepat jugak ea akak punye bukaan, sya dulu slow cikit.
    honestly, memang sakit sgt2 waktu contraction to..
    baby comel, rambut lebat sangat, baby liza pulak xde rambut..

    ReplyDelete
  4. Hehe...betul.lain lain pengalaman kan.
    Haha..betul gaks.next anak walaupun yang ketiga keempat pun kan,kita tetap rasa seram tau.haha..sakit bersalin mudah cane pun,nikmat sakit tetap ada..weehuuu...

    ReplyDelete
  5. sedapnya nama baby :)

    bila k.ida cerita ni, teringat pengalaman yana keguguran bulan lps. ingatkan senggugut sbb sakit dari tgh hr, jatuh time maghrib (kes tak tahu pun diri mengandung). takde rezeki..

    ReplyDelete
  6. nmpk lebih senang berbanding zarin dulu? apa2 pun, semuanya selamat....(sempt mkn singgang tu..ha3 mama)

    ReplyDelete
  7. salam kenal....Alhamdulillah dah pun berlalu saat yang mendebarkan...kak aya tunggu turn lepas ni, lambat lagi, sekitar Jun nanti..agak berdebar selepas hampir 7 thn tidak pregnant.

    ReplyDelete
  8. amboi laling..siapmakan nasi dengan singgang tu...sedapnya....hehe.InsyaAllah CNY ni I dtg melawat u dgn baby yer
    .

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semuanya selamaat..aida pon bile teringat balik saat2 melahirkan..rasa ngeri..hihihi..betulkan setiap anak tak sama!!Selamat berpntang ye dear..

    **A month to go!!ouh..sengsara...

    ReplyDelete
  10. Sedap nama baby... Saya pun bila teringat masa bersalin seram jgk especially yang sulung. Pengalaman setiap anak memang tak sama...tapi memang indah walaupun sakit.

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah selamat sudah ... saya pulak tgh menunggu hari .. berdebar2 jugak :)

    ReplyDelete
  12. Pengalaman bersalin memang sakit, tapi ia juga memori yang paling indah, kan? ;)) selalu teringatkan saat bersalinkan bidadari kecil dulu2... :) ala manisss... ;)

    http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
    http://ainyusuf.wordpress.com/

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...