Wednesday, March 27, 2013

al-fatihah

Pagi tadi saya dikejutkan dengan pemergian kawan baik saya iaitu Ej (Jamaeyah Ismail). Serius saya terkejut sangat hingga hilang kata-kata. Sebelum ini kami telah dikejutkan dengan berita yang dia mengidap kanser usus stage 4 dan juga turut menjalankan kimo.

Hingga sekarang saya masih lagi bersedih dengan pemergiannya. Ye lah, dia merupakan kawan baik kami semasa di Universiti. Tidur sebantal makan sepinggan! Masih teringat lagi telatah lucunya itu. Dia memang seorang yang sangat periang.


Ej (tudung warna belacan) dihari pernikahan saya. al-fatihah
 

 Hati saya bertambah sedih apabila mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil. Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui. Buat Khalid (suami Ej) dan juga ahli keluarganya, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sama-samalah kita doakan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. Al-fatihah

8 comments:

  1. :(( ksiannya... Takziah. Al Fatihah...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Amin.
    Semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah buat Ej,..takziah utuk sis ida dan family EJ

    ReplyDelete
  3. Sedih kenangkan anak-anak yang masih kecil. Tapi Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancangan. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. al-fatihah, tetiba rasa sayu juga, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...