Friday, March 22, 2013

Live from KPJ Damansara Specialist Hospital

Oh sudah lama tidak mengupdate blog. Busy-busy-busy like bee + mood nak berbloging belum datang... 

Tapi hari ini saya rajinkan diri untuk mengupdate status perkembangan terkini saya dan keluarga. Buat masa sekarang saya masih di KPJ Damansara Specialist Hospital. Bukan saya yang sakit, tetapi anakanda Zarin Shah yang tidak sihat.

Bermula dari demam biasa hinggalah kepada demam yang agak panas sehingga mencecah 39.8'C. Pada mulanya saya ingatkan Zarin hanya demam biasa atau demam rindu kerana papanya tak ada di rumah selama 4 hari. Setiap hari minta nak papa, yang lain semua tak mahu. Memang susah hati ditambah lagi menjaga dua anak seorang diri, satu masih bayi, satu tidak sihat. Oh sangat mencabar ok!

 Kadangkala saya menangis sendirian. Tidak tahu punca, hanya air mata yang mengalir. Sebolehnya elakkan dari terlihat oleh Zarin, nanti dia pun down tengok mama dia sedih. Ingatkan papa dah balik demamnya ok, sebaliknya semakin panas. Bermula hari selasa berkampunglah kami di KPJ ni.

Jemu oii, pilih menu hospital ni!
 

 Rentetan dari demam yang on off dan berlarutan hingga 4 hari dengan suhu mencecah 39.8'C, Zarin terpaksa di tahan di wad. Kami di sini sudah 4 hari 3 malam. Huhuhuhuhuhu...

Dan Alhamdulilah keadaan Zarin bertambah ok. Demam dah tak ada, cuma kahak dan batuk masih ada. Menurut Dr. kena lihat dahulu perkembangannya hari ini bagaimana, kalau ok dah boleh discharge, kalau tidak bermalamlah kami semalam lagi. huhuhuhuhuhu.. 

Alhamdulilah saya dan Mr.Papa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anak.Memang kami kena kuat. Serius katakan kadang-kadang saya rasa bagai nak tumbang. Sudah hmpir seminggu berjaga, kepala pun ada sedikit ting tong! Yang paling kesian adalah sofea, terpaksa bawa dia bermalam di hospital juga, tak ada choice. Tak apalah, anak kita, susah senang jaga sendiri. 

 Apepun terima kasih pada yang tidak putus-putus bertanya khabar tentang saya dan anak-anak dan yang turut mendoakan kesihatan Zarin. Ingatan dan doa kalian tidak mungkin mampu saya balas.

5 comments:

  1. Cepat sembuh ye abang Zarin..
    Terkejut dah jadi abang agaknyer..hihi

    ReplyDelete
  2. Semoga Zarin cepat sembuh n cpt2 discharge ye syg..Ida..terus tabah k..anak2 mmg segalanya bagi kita..biar susah senang bersama kan..

    ReplyDelete
  3. Semoga Zarin cepat sembuh.. Amin

    ReplyDelete
  4. Mudahan cepat sembuh ye zarin.
    Sabar ye ida..dugaan.

    Betul.susah senang jaga anak sendiri,takpe.meskipun mengalir airmata,anggap semua ni adalah ujian dalam membina kekuatan kita suami isteri sama sama membesarkan anak

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...