Friday, April 26, 2013

Bayi dan Jaundis

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.  (Source: Baby Center)

Sofea juga tidak ketinggalan dari terkena jaundis walaupun semasa mengandung saya telah amalkan bermacam-macam petua untuk elakkan bayi terkena jaundis. Biasalah kan, ada yang serasi ada yang tidak, jadi redha sajalah. Bacaan jaundis Sofea agak tinggi iaitu 244 dan terpaksalah duduk di bawah lampu semalaman. Sian anak mama..huhuhuhuhu


Sofea yang nyenyak tidur 


Pengalaman semasa Zarin jaundis dahulu sedikit sebanyak telah menjadikan saya sedikit cool bila Sofea terkena jaundis. Kalau Zarin dahulu memang gelabah habis, sampai nangis-nangis. Sofea ni pun mama nangis juga, tapi tak adalah panik semacam. Teringat lagi kata-kata Ummi saya ketika pulang dari hospital semasa bersalin Zarin dahulu.

" Baiknya anak ida ni. dok peranga lasung. tido je"

Haaaaaa! Awas ya ibu-ibu, jika bayi anda asyik tidur sahaja sebaik pulang ke rumah, berkemungkinan mereka terkena jaundis. Jadi penyelesaiannya, rajin-rajinlah kejutkan bayi untuk bagi susu. Itulah yang saya praktikkan pada Sofea. Kejap-kejap kacau dia tidur untuk susukan. 

Sebenarnya terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bacaan jaundis. Ada yang bagi minum air sengkuang cina, air anggur hitam, susu kambing, dan sebagainya. Sejujurnya saya sangat takut untuk buat semua itu,  apepun terpulang pada diri masing-masing. Tak salah berusaha. Tapi untuk Sofea saya hanya kerapkan breastfeeding. Pernah mandikan Sofea dengan air ramasan daun kuchai, rasanya tiga kali je kot. Itupun setelah tali pusatnya luruh. 



Tak sanggup tengok kaki comel ini dicucuk berkali-kali, sob-sob


Teringat kata-kata doktor "Kalau nak amalkan apa-apa petua boleh, tapi elakkan secara internal, external bolehlah iktiarkan, tapi tak digalakkan sangat. Paling penting kerapkan bagi baby minum susu ibu. Di samping itu juga, ibu-ibu kena makan makanan yang berkhasiat, minum banyak air". 

Jaundis Sofea berlarutan hampir dua minggu juga. Mula-mula setiap hari kena p check darah. Kesian kaki comel anak mama kena cucuk. Lepas bacaan makin berkurang, selang-selang pergi ambil darah. Bacaan jaundis Sofea tak turun secara mendadak, sikit-sikit-sikit. Teringat lagi masa kat hospital, ada baby yang bacaannya 300 lebih. Kalau baby lain hanya gunakan satu lampu, baby tu tiga lampu. Kesian sangat tengok. 

Oklah, persediaan kepada bakal-bakal ibu, juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan boleh baca di SINI 

2 comments:

  1. Dulu anak pun kena jaundis lagi yg sulung & no 2 smpai 2 mggu dok spital. Pastu beranak no. 3 pun ada jaundis tapi xmsk spital. Saya mmg bg BF dgn anggur hitam. Alhamdulillah ok..

    ReplyDelete
  2. Mimie takde pengalaman anak jaundis..
    Sabar ye..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...