Tuesday, April 9, 2013

Jom Breakfast

Breakfast oh breakfast! Siapa di sini yang selalu skip breakfast? Saya semasa bujang dahulu memang tak suka sangat breakfast. Kalau makan pun hanya dalam pukul 10 ke atas, kalau makan sebelum tu biasanya akan sakit perut. Itu dulu, semasa badan masih kuat, sekarang pun masih kuat juga, cuma pancit sikit je.  Kalau skip breakfast confem gigil kepala lutut!

Cuti tiga bulan ni, breakfast saya sungguh berkhasiat. Dalam pantang biasanya makan roti/cream cracker cicah milo/hot chocolate. Bila dah habis pantang saya suka makan roti bakar dan juga cereal. Pilihan saya sudah semestinya cookies + koko krunch. Nyummehhh!!! Sekali sekala makan capati/roti canai. 


Jemput makan :)


Saya ada terbaca sebuah artikel berkaitan dengan kepentingan breakfast, jadi saya pastekan sedikit intipatinya

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.


Lebih kurang dua minggu dari sekarang saya akan mula bekerja setelah bercuti 3 bulan. Dengan itu, akan bermulalah menu breakfast saya yang kurang 'comey' dan kurang baik untuk kesihatan seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, dan segala mak nenek makanan yang berlemak. Ohoiiiiiiii!!!! Semakin bertambahlah lelemak tepu selepas ini. Azam baru, bawak bekal ke ofis. (haaaaaa, leh caya ke?) :P

Kawan-kawan breakfast apa pagi ni????

5 comments:

  1. aduiii ni je sarapan?tak kenyanggggg :)

    ReplyDelete
  2. Selama ni sarapan mesti ambik yg berat2. Pas tu skip makan tengahari. Sekarang dah tak boleh buat macam tu umo dah banyak makan kena ikut time walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

    ReplyDelete
  3. Saya skrg mkn pg pun xamk dah ns lmk bagai sbb usia dah makin meningkat nie nak kena jg mkn takut mcm2 penyakit yg dtg... :)

    ReplyDelete
  4. cheqna kompem x kenyang ni
    huhuhu
    maklumlah tangki beso
    hahaha

    ReplyDelete
  5. aida pon rs sarapan ni penting sangat..esp bile dh fully bf mmg tak bleh biar perut kosong..huuhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...