Thursday, April 4, 2013

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


Tahukah kawan-kawan apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif?

Dalam menjayakan penyusuan Susu ibu, ilmu berkaitannya perlulah difahami dan dipelajari. Oleh sebab itu penting untuk bakal-bakal ibu mengetahui apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja sehingga berusia enam bulan. (tiada air masak+FM+etc). 

susu ibu, nyum-nyum!

Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga berumur 6 bulan kerana:

1. kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Perlu diingatkan bahawa penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain TIDAK menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.

2. Selain itu juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.

3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan pelengkap mahupun FM kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.

4. enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh sebab itu bayi mudah mendapat diarrhea (cirit -birit) sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.

5. Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan juga alahan.

Selamat menyusukan bayi anda!

2 comments:

  1. Harap2 kalau ada rezeki ank no 4 nnt nak cuba BF smpai umur 2thn... :)

    ReplyDelete
  2. Selamat meneruskan perjalanan Susu Ibu Ida..InsyaALLAH Medina masih minum susu scr eksklusif kot..amin..hihihi Baby Sofea bam bam..geram tgk!!hihihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...