Thursday, April 18, 2013

Pigeon Peristaltic Plus Pilihan Sofea

Sebelum ini saya menyatakan bahawa Sofea tak nak minum susu dengan botol, (boleh rujuk entri ini). Walau banyak kali dicuba tetaplah juga reject. Jadi saya tidak berputus asa, walau bagaimanapun mesti cari puting yang sesuai supaya sofea nak minum. Pada pandangan saya Sofea bukan tak nak botol, tetapi PUTING. Kena cari puting yang lembut.  Terus google dan google lagi akhirnya terjumpalah Pigeon Peristaltic Plus.



 Pada mulanya saya tidak terus membeli botol pigeon ni. Sebaliknya saya hanya membeli putingnya sahaja Size SS RM13. Bila membaca review pasal botol dan puting ini saya rasa tertarik dengan sifatnya yang "baby's natural sucking behaviour and minimise nipple confusion". Ini penting untuk keselamatan bayi supaya tidak tersedak susu. Memandangkan botol ini jenis wide neck juga, so bila beli putingnya sahaja alhamdulilah boleh fit dengan botol Avent. Putingnya pun sangat lembut. Masa dalam kedai tu, jenuh duk picit nak rasa lembut ke tak. Tapi sia-sia sahaja, sebab picitlah camne pun, dia dah pack dalam plastik keras tu, tak dapat rasa pun. Tapi gigih mak picit sampai kemek! ^___________^



Pertama kali bagi Sofea minum dengan menggunakan puting ini lebih kurang pukul 9 malam alhamdulilah dia boleh hisap dengan mudah tanpa nangis. Tapi untuk permulaan memang dia main-main dulu, bila dah serasi dengan lidah terus hisap 2 oz habis. Yeaaaaa!!!! Nampaknya misi mencari botol yang sesuai untuk sofea berjaya. 


Pukul 4 pagi saya cuba lagi bagi Sofea minum dengan botol. Alhamdulilah 4 oz habis. Saya bersyukur sangat sebab akhirnya Sofea nak juga minum susu dalam botol. Hati mak mana lah yang akan tenang bila tinggalkan anak di neseri, dalam masa yang sama anak tak hisap susukan? Mestilah dia lapar. Jadi lepas ni mama boleh pergi keje dengan tenang, Insyaallah.

Bila Sofea nak minum susu guna botol pigeon ni, teruslah saya pergi ke JJ beli satu set botol susu lengkap. Rupanya harga dia boleh tahan mahal juga. Lebih mahal dari Avent kot. Hohohohoho... Beli sebiji dulu, tunggu expo bulan May nanti kot ada diskaun boleh dapat murah. Dia ada dua jenis botol, satu yang tinted/honey ni satu lagi yang macam botol avent tu. Mr. Papa pilih yang tinted/honey ni. Saya ok sahaja. Macam mana pun tak apa, asalkan Sofea minum susu. 

Oh ya, saya sangat mengesyorkan botol ini pada rakan-rakan yang anaknya keliru puting atau mencari-cari puting yang sesuai. Bukan saya sahaja yang berjaya, malah seorang kawan saya semalam bila beli botol susu ni terus anaknya nak hisap. Sebelum ni macam-nacam botol juga yang dicuba.

Apepun perlu ditegaskan di sini bahawa setiap bayi itu berbeza, sesuai untuk anak saya tidak semestinya semua untuk anak kawan-kawan. Cuma tak salah rasanya mencuba :)

17 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnya sofea..hihkihk. inilah yang dinamakan usaha tangga kejayaan! nk 1000 daya, tk nak 1000 dalih kan! pigeon mmng produk mahal juga...hihkihkh. tk pe lah, janji sofea nak, mak pun tenang nk g kije..;-))

    ReplyDelete
  2. Sama dengan Naurah. Kalau teat round neck mesti terima pigeon je. Avent, tomme tippe memang tak terima. Yang lagi dia suka ialah teat anakku yang leper tu. Mula-mula terpaksa melabur nak beli botol, kena try and error..

    ReplyDelete
  3. dh byk brand botol susu yg terbaik skg nih..
    ikut kesuaian bayi masing2 kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nak jugak minum akhirnya.. :D

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..botol susu avent tu yg ade ring kn?kalo pakai puting pigeon still kena pasang ring tu ke? Selain botol avent, agak2 nye botol ape lg yg blh muat puting pigeon ni? tq :)
    - yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ada ring.. saya tak sure pula, sbb hanya try dgn botol avent ja.. rasanya yang jenis wide neck boleh kot yana

      Delete
    2. Oow yg wide neck..ok tq sis ;)

      Delete
  7. Tq sharing sis. Tgh mencari botol susu yg sesuai tuk anak ni...

    ReplyDelete
  8. Tq sharing sis. Tgh mencari botol susu yg sesuai tuk anak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis. Boleh try botol ni. Harap serasi dengan baby :)

      Delete
  9. Tq for sharing this 👍 tapikan ade try tak puting pigeon ni bole masuk tak kat avent natural? 😅 anak sy pon nipple confuse.. tibe2 reject avent natural walhal dia ok before ni..

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing this 👍 tapikan ade try tak puting pigeon ni bole masuk tak kat avent natural? 😅 anak sy pon nipple confuse.. tibe2 reject avent natural walhal dia ok before ni..

    ReplyDelete
  11. Tq for sharing this 👍 tapikan ade try tak puting pigeon ni bole masuk tak kat avent natural? 😅 anak sy pon nipple confuse.. tibe2 reject avent natural walhal dia ok before ni..

    ReplyDelete
  12. Tq for sharing this 👍 tapikan ade try tak puting pigeon ni bole masuk tak kat avent natural? 😅 anak sy pon nipple confuse.. tibe2 reject avent natural walhal dia ok before ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya sebelum ni pon susah minum botol, memilih puting, sekali serasi dgn puting pigeon. tp hari ni gatai bg susu guna avent natural pastu reject , bg pigeon balik pun dia reject jugak.merajuk kali. adoi la anak. padan muka ibu dia gatai lagi test2. haha

      Delete
    2. anak saya sebelum ni pon susah minum botol, memilih puting, sekali serasi dgn puting pigeon. tp hari ni gatai bg susu guna avent natural pastu reject , bg pigeon balik pun dia reject jugak.merajuk kali. adoi la anak. padan muka ibu dia gatai lagi test2. haha

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...