Thursday, April 25, 2013

Rahsia Saya....Syyyyhhhhhh!

Sekejap sahaja masa berlalu, cuti 3 bulan telah pun berakhir. 22 April 2013 saya telah pun mula bekerja kembali. Biasalah bila dah lama bercuti terasa agak janggal, dan kekok nak buat keje. Hohohohohohohoho.. Ok, tak nak cerita pasal kerja, tetapi berkaitan dengan rahsia saya, syyyyyhhh (sambil letak jari dibibir).

Nak tahu rahsia apa??? Haaa, rahsia saya kembali kurus selepas bersalin! Ya, saya dah kembali pada berat yang diidamkan. Alhamdulilah. Tetapi tak ada apa-apa rahsia pung! Serius tak tipu tau! Ramai juga yang bertanya saya makan jamu apa/set bersalin apa selepas bersalin.

Sebenarnya saya langsung TIDAK mengambil sebarang jamu/set bersalin. Saya hanya makan ubat yang diberikan oleh hospital dan kemudian ambil ubat/vitamin di klinik sakit puan khas untuk selepas bersalin. Itu sahaja.



Amboi, sakan hero mama ni posing, siap baring lagi!

Oh ya, sebelum ini saya ada beli Fellina Inchloss, tujuannya untuk guna dalam pantang. Tapi langsung tak guna. Bertungku pun jarang-jarang (main-main) apa lagi berbengkung. Memang tak buat pun sebab nanti naik ruam. Nak kata berdiet dalam pantang tak juga. Sebab makan nasi sepinggan selalu habis. Sayur sawi hampir 50 kg kot makan. Biskut cream cracker berpek-pek. 

Tapi salah satu sebabnya yang menyebabkan berat saya turun dengan cepat ialah dengan breastfeeding. Tak percaya???? Haaaaaa, tengok gambar kat bawah ni! Mungkin zat-zat dan lemak-lemak yang ada kat badan ni dah diambil oleh Sofea. 

Sofea yang bam-bam. Leher  mana nak oiiii????

Nak kata saya kurus cengkiding taklah. Lemak-lemak tepu kat badan masih ada. Yang boleh dikatakan di sini ialah berat yang naik 20kg masa pregnant dulu dah tak ada.Semua jeans termasuk si skinny pun dah boleh pakai balik. Alhamdulilah. Tak payah beli jeans baru, jimat duit.  Sekarang saya pun makan banyak. Menyusu cepat lapar ok! setiap masa biskut ada atas meja. krup krap krup krap. 

So lepas ni, jangan tanya lagi apa rahsia saya kembali pada berat badan asal selepas bersalin. Saya tak ada rahsia, petua atau apa saja. Mungkin jenis badan saya juga kot. Kadar metabolisme tinggi, makan buang, makan buang. Cuma kadang-kadang saya berseloroh dengan kawan-kawan.

"Nak kurus senang je, cepat pregnant dan beranak lagi, sure kurus!" hahahahahahaha

pssst: Baru masuk keja dah EL sebab Zarin tak sihat. So bersiaran langsung dari rumah. Selamat bekerja kawan-kawan :)

7 comments:

  1. heheee..bagusnyaa Ida dah kurus balik..siap tak amik pape supplement or set bersalin pon!!syabass...aida dh kurus la jugak..(jugak??hehee) tp disebabkan gigih berbengkung n bertungku kot..hahaha..nk kurus punya pasal..tp Sofea tu mmg tembam habis!!semangat sungguh..bagus2 terus kan BF ye...alahai kesianny Zarin demam...cepat2 sembuh ye sayang...

    ReplyDelete
  2. sy percaya org lepas bersalin cpt kurus kembali ke berat asal sblm preknen..sbb pernah melalui nya..bila msk keje rase lain jer...walaupun x mkn set bersalin..jg makan ajer pasti berat menten asal...

    nak kurus jgk!!!

    ReplyDelete
  3. haahahah, betul3x (upin ipin), kesimpulannya, silalah beranak ramai2..hakhakah.. (zarin demam pulok? "moga cepat sihat abng zarin!" )

    ReplyDelete
  4. Yalah slim... :D
    Wah semangatnya baby... :D

    ReplyDelete
  5. GERAM TGOK SOFEA YG BAM BAM TU :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...