Friday, April 26, 2013

Rawatan root canal : part 1

Setiap kali mengandung dan bersalin pasti akan ada masalah gigi. Jika Zarin dulu hilang gigi sebatang kena cabut, dan Sofea pula alhamdulilah tak hilang gigi, sebaliknya kena buat rawatan root canal. Root canal tau, bukan roti canai ya! heheheheehhe, (senyum sambil tutup mulut, rasa janggal lepas rawatan masih tak habis) :P
 
Sebenarnya baru-baru ini saya sakit gigi, nak kata sakit berdenyut tak boleh tidur tak juga, cuma rasa sengal-sengal dan ngilu. Sakit gigi jangan buat main woooo! Silap-silap kalau orang bising boleh pergi lempang orang tu sedas!
 
Mula-mula saya makan pain killer, tapi hilang kejap, lepas tu datang balik. Akhirnya saya terus jumpa dentist. Masa tengok gigi saya mula-mula dia kata mungkin akan kena buat root canal. Tapi tak apa, dia tampal dulu. Mungkin rosak tak teruk, kalau masih sakit dan bengkak memang kena buat root canallah.
 
Balik rumah, gigi yang ditampal masih juga sakit.  selang beberapa hari saya pergi semula jumpa dentist tersebut. Akhirnya saya tak ada choice, nak tak nak kena buat root canal jugak. So saya redha, janji gigi tak sakit. Oh, nak tahu apa itu root canal? meh baca ni.
 
Apa itu root canal?
 
Rawatan Akar (endodontik treatment / root canal) merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat infeksi atau rosak. Ia bertujuan untuk mengekalkan ia pada struktur rahang (mengelakkan cabutan dan agar gigi terus kekal berfungsi di dalam mulut). Infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan akar.

Terdapat beberapa ciri bagi gigi yang memerlukan rawatan akar.
  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.
 
 
 
source: oliverdds.com

Rawatan salur akar dinasihatkan perlu dilakukan agar gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Jika rawatan akar tidak dijalankan dengan segera, anda mungkin menghadapi risiko seperti kesakitan gigi yang teruk, jangkitan nanah pada gigi tersebut dan akhir sekali gigi tersebut terpaksa dicabut.

Kebiasaannya rawatan ini tidak menyakitkan dan bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu. Ketika dalam tempoh rawatan Jangkitan mungkin akan berlaku, namun ianya dapat dirawat melalui antibiotik dan ubat tahan sakit.
Ini adalah satu prosedur yang amat berkesan, walaupun memakan masa yang agak lama . Dalam kebanyakan kes, rawatan akar boleh mengambil beberapa jam dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekalkan gigi anda. Walaupun ia mungkin mengambil masa yang lama - ia lebih daripada berbaloi apabila ia menyelamatkan gigi anda daripada dicabut. (Source)
 
Saya baru saya balik dari buat rawatan root canal. Tapi baru first appointment, ada dua lagi appointment. Sebelum ni tanya doktor dia kata mungkin dalam sejam, tapi tadi saya buat hanya lebih kurang 15 minit dan tak bius pun. Alhamdulilah tak sakit. Syukur.
 
Sebelum ini saya dah tanya doktor sakit tak buat tu? siap google dan sebagainya. Cakap kat doktor tengok kat internet scary giler rawatan dia. Rupanya takla sescary yang digambarkan. Tadi pun siap tanya doktor
 
"Tak bius ke?"
 
Doktor kata tak payah, sebab tak sakit. Tapi kalau saya sakit dia akan bius. Doktor duk korek-korek gigi tu. Tapi bila buat, yela tak sakit pung. Alhamdulilah. Bila dah siap dia ada rasa macam ada benda duk merebak gitu. Serius tatau nak cakap macam mana. tapi menurut doktor ia, adalah normal. Doktor dah masukkan ubat. So ubat itu bergerak-gerak untuk keluarkan nanah tu. (penerangan yang mudah bagi yang tak faham istilah pergigian ni)
 
Tambah-tambah dapat doktor yang handsome pulak, tak salah nama dia Aun Hashim kot. Tatau keturunan apa. Tapi malu pulak terpaksa nganga mulut depan doktor handsome yang tengok gigi tak comey! :P

Sebelum ni Zarin memang selalu check gigi, mama pulak selalu cakap kat dia "duduk elok-elok atas kerusi, jangan nangis, tak sakit pun"

Haaa, tadi giliran mama dia pulak yang kena duduk, dia dah berpesan

"mama jangan nangis tau, tak sakit pun".

Adesss, termalu pulak jadinya. Hohohohohoho
 
Tapi serius, takut weh jumpa dentist ni!
 

14 comments:

  1. singgah sini tgk info pasal root canal. friday ni ada appointment dgn dentist.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq green amila sudi singgah sini. kalau kita google pasal root canal memang rasa seram sangat. tapi bila kita sendiri lalui memang takla seseram yang dibaca tu. Saya buat aritu tak bius dan alhamdulilah tak sakit pun. Apepun selamat menjalani rawatan root canal ya :)

      Delete
  2. Oh rupanya ada rawatan mcm ni. Hr tu sakit gigi pergi cek. Dr. cakap gigi dah mati,kena cabut. Tp masa tu gusi bengkak,so dia bg antibiotik suh abiskan then dtg balik 3 hari kmdn utk cabut. Tp pikir2 sayang nya nak cabut. Dah sampai skrg xcabut2 pon. Tp kadang2 sakit jugak.huhuu.. makan kena hati2. slow2 kunyah. Lepas ni nk g dentist tanya psl rawatan ni lah. harap gigi ni boleh diselamatkan lagi. Tq for this info! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. better awak buat rawatan Fy. sakit gigi memang tak boleh ditunggu tunggu. Kalau boleh selamatkan better selamatkanlah gigi tu.

      Delete
  3. Tikiu for info..td G dentist buat rawatan RCT..ROOT CANAL TREATMENT la kan. .lg 2 mggu kna pasang crown.syg ar nk cabut..nnt X cun..lopong je.tp....mseh sakit smpai skrg.normal kah?? Adui. ..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. pengalaman saya lepas buat root canal ni memang dah tak sakit. dari appointment pertama hinggalah ke crown.

      Tapi ada juga sesetengah kes kalau masih sakit dia akan ambil masa dan ulang-ulang buat treatment hingga tak sakit baru boleh crown.

      better awak tanya Dr. ya. Semoga dipermudahkan segalanya :)

      Delete
  4. Tikiu for info..td G dentist buat rawatan RCT..ROOT CANAL TREATMENT la kan. .lg 2 mggu kna pasang crown.syg ar nk cabut..nnt X cun..lopong je.tp....mseh sakit smpai skrg.normal kah?? Adui. ..huhuhu.

    ReplyDelete
  5. saya pun dah buat rct mgu lepas...x sakit pon...lg 2 week appt utk trim gigi pastu ukur dan buat acuan crown..(lps sesi trim gigi ni dia akan pasang crown temporary....n then kena tgu 2 week gak tuk pasang crown permanent...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..memang gitulah lebih kurang procedurnya

      Delete
  6. Root canal treatment kosnya brp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap 2.8k kot. ke 3k.. serius dah lupa. saya ada buat rawatan lain juga. boleh survey dulu feccy. dalam ratus ratus pun ada kalau tak silap

      Delete
  7. Tq for sharing. Rasanya mcm nak kena doktor gigi juga sbb gigi dah ngilu2. Huhuhu. Harap2 tak sakit la. Haha (apala dah besar gini pun takut jumpa doktor gigi)

    ReplyDelete
  8. time buat dulu pregnt ke? coz i pon nk buat tp i pregnt

    ReplyDelete

  9. Info yang menarik mengenai rawatan sakit gigi dengan menggunakan kaedah root canal.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...