Tuesday, April 2, 2013

Ring Sling

Sudah lama meninggalkan dunia ring sling. Suatau ketika dulu bila semua bercerita pasal ring sling dan berbaby wearing saya pun tak ketinggalan untuk mendapatkannya. Malangnya ring sling yang saya beli ini jarang digunakan kerana Zarin tak suka duduk kat dalam tu. Jadi ring sling ini menjadi tukun untuk beberapa tahun. Nasib baik tak berlumut. hohohohoho..

Baru-baru ini saya keluarkan balik ring sling ni. Yesss! walaupun tak berapa mahir dan telah menonton cara memakai ring sling di you tube, tapi saya masih takut-takut untuk mencubanya. Sekali sekala terpaksa pakai juga bila hero (Zarin) dan heroin (Sofea) memerlukan perhatian serentak. Contohnya Zarin nak makan honey star, nak susu dan dalam masa yang sama sofea nak tidur. Kadang-kadang Zarin ok, boleh tahan, tapi kalau dia dah lapar sangat mulalah keluar ayat-ayat menusuk kalbu ni.

"Semua orang tak sayang abang"
"Abang lapaq ni, mama. Nanti Abang mati"
"Perut abang sakit dah ni, nanti kena jumpa doktor"


Masih dalam proses belajar ni


Jadi, dalam waktu tak terduga itu saya gunakanlah ring sling. Alhamdulilah nampak gayanya sofea suka duduk dalam ring sling tu. Yela, sebab melekat je dengan mama kan. Kalau guna ring sling ni pun memang nyenyak dia tidur. Setakat ini hanya pakai di rumah, tak pernah lagi berring sling bila keluar. Mr. papa dah cukup gagah untuk dukung Sofea. Tet!

pssst: Masih lagi praktis dan praktis guna ni. Harap mahir suatu hari nanti. Selesa juga :)

4 comments:

  1. :) bagus jugak ada ring sling nie kan..at least nak buat keje tu senang skit.. xpernah pun pakai. pasni xdelah ayat2 menusuk kalbu zarin lagi :))

    ReplyDelete
  2. Alahai comelnya Sofea duduk dlm ring sling tu..mesti dia rasa comfort je kan..Alahai Abg...ayat mmg meruntun kalbu betul..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tembamnyer sofea nih..!
    Berguna gak kat umah ye, dulu pakai bila nak kuar umah je..hihihi

    ReplyDelete
  4. tembamnya sofea..mmg hebat susu ibu ni kan :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...