Tuesday, April 16, 2013

Sofea tak nak minum susu guna botol

Masalah yang melanda sesetengah ibu yang bekerja setelah cuti bersalin ialah nak train anak minum susu guna botol. Sangat mencabar ok! Cuma apa yang perlu ditanamkan dalam minda ialah setiap anak lain ragamnya. 

Berbalik pada kes sofea, selepas pantang dan balik KL, kami mula train dia minum susu guna botol sehari sekali. Masa mula-mula bagi minum susu guna botol dia ok saja, dan pilihan saya sudah semestinya Avent, macam Abang Zarinnya juga. Tapi lain pula jadinya pada kali kedua, ketiga dan seterusnya bila bagi susu guna botol, dia reject! Oh pada mulanya fikir, dia dah kenyang, tak apa cuba lagi. Tapi setiap kali bagi dia siap menagis macam sakit dan boleh buat uwek! uwek! So kami stop seketika, sebab cuti saya masih banyak berbaki. 


 Bila Zarin warded baru-baru ini, sekali lagi kami kelam kabut. Yela, Zarin taknak Mr. Papa jaga, nak mama. So kesimpulannya Sofea mesti duduk dengan Mr. Papa. Kali ini kena bagi susu guna botol lagi. Bila disua, menangis macam sakit. Akhirnya saya google cari botol susu apa yang sesuai untuk baby yang mamanya nak naik keje tak lama lagi. Cara nak ajar guna botol dan sebagainya.

Kemudian terjumpalah botol mimijumi ni. Rata-rata yang kata anak mereka guna botol ini macam 'Cinta pandang pertama'. Sekali bagi terus nak minum. Memang bagus dengan rekaan putingnya seakan-akan puting asli. So apa lagi, terusla beli.  bukan satu tapi dua sekaligus. satu 4 oz satu lagi 8 oz.



Malangnya, berlainan dengan Sofea. Dia lagi tak nak botol ni ok! Uwaaaaaa.... Pitam mama macam ni nak oiii!!! Dahla harga sebiji botol ni agak mahal. Tapi tak apa, untuk anak mama rela berhabis sedikit asalkan Sofea nak minum susu. Tapi tetaplah reject. Pada saya puting ini lagi keras dari Avent dan Sofea seolah-olah tak dapat nak lekapkan bibir dia kat puting ni.. Macam licin-licin gitu kot.. Kulum pun dia tak nak, menangis selak. Huhuhuhuhu

Selepas itu saya pun search lagi dan tanya kawan-kawan, ada yang suggest botol dan puting MAM, sebab leper mungkin dia nak. So kali ini saya tak beli botol MAM, sebaliknya hanya puting MAM sahaja sebab puting MAM ni fit dengan botol Avent, wide neck kan.

Tapi-tapi-tapi! Sofea taknak jugak!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaa




Nasib baiklah saya tak beli botol MAM. Kalau tidak rugi juga. Ada juga yang syorkan saya beli puting Dr. Brown, Dr. Baby, Japlo dan seangkatannya yang color kuning jenis getah tu. (puting latex kot). Ada juga yang suruh Fiffy. Sebab fiffy puting dia memang lembut. Pastu puting  bentuk kemek-kemek dan sebagainya. 

Serius, Sofea agak cerewet bab puting ni, tak macam Zarin. Zarin dulu Avent je terus nak. Huhuhuhuhuhuhu...

So nasihat saya pada kawan-kawan yang tengah pregnant tu. Jangan terus beli botol yang mahal-mahal. Kehkehkeh..kalau anak tak nak minum rugi! MAcam mimijumi Sofea tu, harap bila dah besar sikit dia nak minum. Amin!!!! 

7 comments:

  1. ida,
    Aini try botol MOMOURS kat Alya. baru OK after botol NUK.

    ReplyDelete
  2. dah cuba botol ni?

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/06/first-years-bottle-entry-nak-tolong.html

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/07/the-first-year-bottle.html

    murah lg dibandingkan dgn yg lain tu..

    ReplyDelete
  3. kak ida.. qeram dulu gitu.. tak nak mimijumi..paksa gegiler.. pehtu baru mau.. tp dah besar tak nak pulak.. dia nak avent.. nasib botol abg dia bnyak.. beli puting jer

    ReplyDelete
  4. dulu saya pun mcmtu pastu bg NUK alhamdulillah ok..

    ReplyDelete
  5. Alahai kesian pulok, kes berat jugok tu, ada yang cuti tanpa gaji menjaga anak kerana anak tak nak botol! huhuuhuh..harap dh jumpa penyelesaiannya. insya-Allah

    ReplyDelete
  6. huwaa..part ni yg nak nangis niiii...

    ReplyDelete
  7. Sama kes dengan anak saya..sampai skarang xnk botol..huhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...