Tuesday, April 9, 2013

Wet Kitchen

Dua tiga minggu ini rumah saya memang agak bersepah dan lintang pukang. Ini semua gara-gara nak cantikkan dapur.  Masa masuk rumah tahun 2008 dulu, tak banyak yang dapat buat. Duit habis kat down payment dan lengkapkan perabot-perabot yang menjadi keperluan. Kalau ada duit sekelepuk masa tu ok juga, tapi ini seciput je, bukan sekelepuk. Apepun alhamdulilah walaupun rumah tak besar, tapi syukur adalah tempat untuk kami sekeluarga berteduh.  

Sebenarnya dapur rumah saya tak luas dan jenis yang bersambung terus dengan ruang tamu. Jadi kawasan yard kami gunakan untuk buat wet kitchen. Tak adelah nanti masak sambal semerbak bau cili masuk rumah, Tapi kalau goreng pekasam memang sampai kat lobi lif bau. hohohohohoho




Untuk wet kitchen kami pilih konkrit. Proses membuat konkrit ini mengambil masa selama dua hari. Masa ini dalam proses nak keringkan simen tu. Itu saja yang sempat saya snap. Dengan Sofea yang agak 'perangai' sebab bunyi bising drill sana sini, terbataslah sikit aktiviti nak ambil gambar.





Ini pula yang dah siap. Tapi masih belum bubuh pintu, kitchen hob and hood. So memang berlubang gitu je lah dulu. Untuk sementara juga dapur rumah saya diTUTUP! 

Hari ini orang Intech Kitchen datang lagi untuk pasang kitchen cabinet (dry kitchen).  Tataulah macam mana hasilnya. Tak sabar nak tengok wajah baru dapur saya. hohohohohohhooho.. oklah hingga ke temu lagi dalam segmen rumahku syurgaku. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


4 comments:

  1. Wahh..
    Tak saba nak tgk hasilnyer :)

    ReplyDelete
  2. wah..tak sabar nk tgk bile dh siap nnti..hihihi

    ReplyDelete
  3. intech kitchen tu client ofis kami.. heheheh.. jue pun dlm pembikinan jugak renovate dapo ni.. tgh berkemas n clearkan ruang tak abis2..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...