Tuesday, May 21, 2013

Breastpump apa yang saya guna?

Memandangkan ada yang bertanya breastpump apa yang saya guna sepanjang menyusukan sofea, jadi hari ini saya berkongsi tentang breastpump tersebut. 

Sebenarnya saya guna dua breastpump, satu yang elektrik, satu yang manual. Sejak mengandung lagi saya bercadang untuk membeli medela freestyle, namun setelah tambah campur tolak bahagi, akhirnya saya memilih spectra 3. Jangan salah sangka pula, sebab ada sesetengah kaum suami (di kalangan kawan-kawan lelaki saya) yang ingat spectra ni sebuah kereta. hohohohohohohohohoho.. 

Tapi bagus tau, mereka ni (kaum bapa) ada sifat ingin tahu dan juga ingin melengkapkan ilmu tentang penyusuan susu ibu supaya isteri mereka nanti dapat mempraktikkan penyususan susu ibu sepenuhnya. Oleh sebab itu, kaum bapa juga perlu tahu hal-hal sebegini justeru tahu akan peranan-peranan yang pelu dimainkan bagi melancarkan penyusuan susu ibu .

Ok, berbalik pada tajuk entri. Sepanjang empat bulan (hari ini) menggunakan sepctra 3 ini saya sangat berpuas hati. Cuma pam ini agak berat untuk dibawa ke sana ke mari. Sudahnya pam ini saya tinggalkan di ofis, (Isnin-Jumaat). Lagi satu pam ini kena guna letrik, tidak beroperasi secara bateri. Tapi dari segi performance memang tip top. Saya selalu buat double pumping, paling banyak boleh dapat 16-18 oz satu sesi. Alhamdulilah

Spectra 3 (pic from google)
 Kalau di rumah pula saya gunakan avent manual ini. Ini antara pam yang menjadi kesukaan saya. Pam ini memang banyak berjasa, bermula dari Zarin dahulu hampir 2 tahun setengah juga saya mengepam, sekarang turun kat Sofea pula. tapi kena tukar juga beberapa aksesori, ada yang dah lus.

avent manual (pic from google)

Itulah pam yang saya guna setakat ini. Walau bagaimanapun, pada hujung minggu saya lebih suka buat marmet. Hari minggu memang kena train sofea guna botol juga walaupun sekali sehari. jadi saya perah dan terus bagi pada Sofea. So far memang best, cepat pun cepat. Tapi kena tahu teknik yang betul.

Insyaallah saya akan kongsikan teknik marmet nanti.

psst: sesuai untuk saya, tidak semestinya sesuai untuk kawan-kawan. Jadi carilah yang terbaik. terdapat pelbagai jenis pam diluar sana. ada yang murah, ada yang mahal. Tepuk dada, tanya diri sendiri dan poket anda! hehehehehehehehe... Selamat menyusukan bayi anda.

13 comments:

  1. saya pulak avent manual, spectra, medela swing - guna masa anak pertama. Bila anak kedua beralih ke medela freestyle. Hehehehe....best bila dapat bagi yang terbaik untuk anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah...memang bestkan..setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak2 :) teringin juga nak freestyle.. tunggu anak ketiga la kot! hahahahahahah

      Delete
  2. jenama apa yang paling bagus ye? ade orang kata medela sangat bagus.. huhu.. saya pun buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula lavender..ramai yang guna medela..lebih2 lg yg freestyle...kebanyakan kwn2 saya guna freestyle dan merka kata sgt best! kalau ada rezeki lebih bolehlah beli.. saya tak ada pengalaman lagi guna brand medela ni...

      try google, baca review+experience mommy lain :)

      Delete
    2. thank u idazs utk jawapan awak tu..

      Delete
    3. u r most welcome dear :)

      Delete
  3. hehe.teringin nk beli medela freestyle.tp mahal la kan bg sy yg duk umah.hehe.makanya..df je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun teringin.. dulu mr. papa dah bg green light..tp rasa mcm syg duit pulak.. hadoiiila..susah kalau org kedekut, eh silap penjimat macam saya ni.. hahahahahahaha.. insyaallah anak ketiga nanti..

      Delete
  4. Saya pakai avent dgn medela swing. Dua2 best ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza..apa beza medela swing dgn medela freestyle?

      Delete
  5. tak sabar nak guna balik spectra 3..utk manual je, tukar ke unimom..tak tau la mcm mana..adakah setanding dgn avent manual? tungguuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. awak..manual avent tu ok tak? sy tringin nk beli yg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya tersangat-sangat ok Nurul Azwa. memang disyorkan :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...