Friday, May 17, 2013

Mandi tomyam

Lunch hari ini saya hanya bertapa di ofis. Cadang nak keluar, tapi hujan. Makanan pula saya hanya tapau di cafe tingkat 5. Nak dijadikan cerita, selepas siap menapau, saya pun naik ke bahagian dan terus letakkannya ke dalam mangkuk. Sebaik saja tomyam dicurahkan saya berkata

"Sorry ya, kawan-kawan bau tomyam kuat sangat ni"

Tiba-tiba...

Tupppp....

Mangkuk tomyam yang sedap baunya dan panas itu pecah dua!  Terus kuahnya mengalir deras atas baju saya!

sob-sob!

Kalau dah bukan rezekikan, tomyam dalam mangkuk pun boleh pecah! uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....mandi tomyam arini..panas weh!

Ada juga yang berkata petanda yang kurang elok, contoh ada orang hantarkan santau atau sipi-sipi santau. Ermmmm,saya tak nak berfikiran negatif. Anggaplah tak ada rezeki. Macam kak diey cakap, mungkin dalam tomyam tu ada rambut, nanti kalau saya makan sakit perut dan sebagainya. huhuhuhuhuhuhu

Dah la badan tak berapa sihat harini, ramai yang tegur nampak saya tak sihat. ditambah pula dengan bau tomyam semerbak kat baju ni! terus migrain! cepatlah pukul 5! nak balikkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!


Tapi alhamdulilah, walaupun tomyam tumpah, ada orang yang baik hati bagi nasi goreng. Itu namanya rezeki! syukur! Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya!

Tadi mr.papa call ajak p beli barang balik keja nanti, terus sebek cite pasal kejadian tomyam...sob-sob! cembeng!


10 comments:

  1. ha, tk dpt tom yam, rupanya nak dapat nasi goreng....Alhamdulillah... (tak sihat ko? mkn ubat cepat2)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng kantin jugak. uhuk..uhuk.. alhamdulilah

      Delete
  2. yaa allah nsb baik x pape... bkn rezeki awak nampaknya, tp kalau sy mahu menangis kejap.. tom yam kegemaran saya.. insyaallah xde papelah... jgn pikir negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sejak bersalin tak pernah makan tomyam lagi, bila nak makan jadi camni pulak.. mmg rasa nak nangis..tp control..huhuhuhuhu.. insyaallah, harapnya begitulah.. be positif :)

      Delete
  3. alahai sedihnyaa...hopefully Ida cepat sembuh tau..kalo aida, lari blk umah dah..amik half day je...tak lalu nk teruskn hidup dgn tom yam..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 ingat gitu jugak, nak halfday..tp pg tu punch card merah..huhuhuhuhu..so bergegaslah pi toilet basuh, lepas tu berjemur depan kipas... sob-sob

      tp nasib baik bukan laksa... kalau laksa mmg x lalulah nak tunggu hingga kul 5

      Delete
  4. Memang takde rezekinya tu, sampaikan mangkuk pun boleh terbelah dua :)

    Tapi tuhan tu Maha Pemurah kan...dapat nasi goreng free :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, daddy Ziyad, elok je pecahnya.. mungkin juga tomyam tengah panas, mangkuk pulak sejuk sbb dlm ekon, tu yang pecah tu..ya, alhamdulilah...

      Delete
  5. erkkkk...pelik juga kan...kenapa mangkuk tu boleh pecah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sbb panas+sejuk (berlawanan sgt) tu yg pecah kot.. eh teori mana saya guna ni??? hahahhahahah

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...