Tuesday, May 14, 2013

memastikan susu ibu mencukupi

Assalamualaikum.

Menyusukan bayi juga memerlukan saya untuk belajar, dan belajar lagi justeru mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu dari semasa ke semasa. Di sini saya kongsikan perkara-perkara yang  perlu dilakukan oleh ibu bagi memastikan susu ibu mencukupi untuk bayi

1. Mulakan penyusuan awal dalam masa satu jam selepas kelahiran.
2. Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap iaitu 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu (on demand)
3. Tidak memberi bayi minuman atau makanan lain selain susu ibu (sehingga 6 bulan)
4. Tenangkan fikiran dan berehat secukupnya...jangan tensen2 yea
5. makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan. (Yang ini sangat penting. Jangan nak diet-diet sangat sebab dengan BF automatik berat badan akan menurun, itu sayalah. Lain orang lain kesnya)
6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
7. Menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul.
8. Memastikan tiada pengunaan puting kosong (pacifier)
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur enam bulan
10. Memerah susu pada bila-bila perlu (khusunya utk ibu yg bekerja/berjauhan dari bayi/payudara membengkak)

Insyaallah akan saya kongsikan lagi perihal penyusuan susu ibu di lain masa. Kesemua info ini adalah berdasarkan pamplet yang diberikan semasa saya menghadiri seminar penyusuan susu ibu beberapa tahun dahulu.

2 comments:

  1. thanks Ida for sharing..semua tips di atas sangat berguna..yang penting kena RAJIN!!rajin dari setiap segi kan..chaiyok2...hihihi

    ReplyDelete
  2. Tq sharing.. harap2 kalau ada rezeki tahun depan nak cuba sedaya upa BF anak sampai umur 2 tahun :D

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...