Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru

Balik sekolah semalam zarin berkata:

"Mama, kawan-kawan abang semua dah beli hadiah kat cikgu..abang sorang je belum...jomlah mama kita g beli hadiah kat cikgu, abang sayang cikgu!"

Oh, terus mama blur fikir nak beli apa untuk cikgu-cikgu zarin ni.  Jika sebelum ni, sekadar wish kat kawan-kawan selamat hari guru, tapi sekarang bila anak dah sekolah, mama kena beli hadiah kat cikgu-cikgu pula. 

Teringat dulu masa sekolah saya bukannya orang senang, jadi selalu juga bagi hadiah sabunlah, tisulah kat cikgu. paling tak leh ingat balut dengan kertas minyak. Tapi sekarang dah berkemampuan sikit, so cantiklah bungkusan untuk cikgu-cikgu zarin :)


Hadiah yang comel untuk cikgu-cikgu yang comel macam Kak Ton.. Hohohohohohoh


Mula-mula ingat nak pergi IKEA, tak pun KL festival city, tapi dah malam dan jalan agak jam, terus cancel. So kami ke publika sahaja. Tapi hadiahnya tersangatlah terhad, tak banyak kedai yang ada jual hadiah-hadiah ni. Apepun akhirnya kami berjaya juga beli hadiah untuk cikgu Zarin walaupun last minit. Tak kisahlah mahal ke murah yang penting ikhlas, ye dak?

Zarin pun sangat teruja nak bagi hadiah kat cikgu dia. Insyaallah next year kena prepare awallah, tak nak kalut macam ni. Hohohohohoho..

Akhir kata "selamat hari guru" pada semua guru-guru di malaysia. Tidak lupa juga ucapan teristimewa buat ayah mertua saya, ISHAK MD. SHAH.

Untuk yang bukan guru secara rasmi ( tidak bekerjaya sebagai guru) jangan berkecil hati, kita semua juga adalah guru, mendidik anak, menyebarkan ilmu secara langsung dan tidak langsung dan sebagainya juga perlu dihargai. 

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA!  

2 comments:

  1. ayu pun mmg blur nak bg hadiah apa. padahal dah seminggu pikir. lastnya bg kain je.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari guru utk semua guru :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...