Tuesday, June 25, 2013

Dari kerana mata

Balik kerja semalam, jenuh kami singgah di farmasi dan kedai untuk cari mask. Malangnya untuk kanak-kanak kehabisan stok. Yang dewasa pula hanya ada yang keras dan bulat tu. Jadi hanya beli untuk Mr. papa   sahaja. Jerebu boleh tahan teruk juga di sekitar tempat saya. Hingga sakit mata dan kepala. 



Mr. papa bertanya, saya nak pakai mask ke tak? fikir punya fikir tak payahlah. sebab sebelum ini pun, kalau saya keluar dari bangunan, saya akan tutup muka dengan tudung. Jadi balik rumah terus cuba pakai tudung yang boleh menutup hidung dan mulut. Hasilnya jadilah begini! 


Bila saya tanya Mr. papa ok tak? Dia hanya tersenyum sahaja. Oklah tu.. ^____^ 

Pesan mama: Saya hanya wanita biasa dan bukan pemakai purdah/niqab. Tapi serius, sangat selesa pakai macam ni. :)

12 comments:

  1. Anak sulung kakak alah bila pakai face-mask (mungkin sebab dia ada sinus) dia akan bersin so kakak bagi dia pakai niqab macam ini Idaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... sian dia kak. memang lebih selesa pakai macam ni :)

      Delete
  2. Ramai kwn2 yg pakai mcmnie, saya nak gak buat xnk pakai mask tp x reti.. uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratu, senang aje tau.. saya pakai bawal, ambil satu belah, naikkan hingga kat tulang pipi/telinga, pinkan, lepas tu, tarik ke sebelah satu lagi, hingga tutup hidung dan pinkan. sebelah yang satu lagi tu, pin macam biasa hingga tutu dada.. siap!

      * cth, guna sebelah kanan, yang sebelah kanan tula naikkan ke pipi.. x perlu silang. Yang satu lagi baru silang utk tutup dada.

      eh faham ke ni? ehehehehe

      Delete
  3. saya pun buat gitew bila bali keje..tapi bila naik motorlah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi, ok juga tu.. selesa kan?

      Delete
  4. Replies
    1. Mar, yang penting selesa, tak payah pakai mask yg kna ikat luar tudung. hihi

      Delete
  5. hik3..kelas suhaida azmi... (psttt! comey eye liner ter...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak diey.. aritu p beli nasi arab kat Saba org dah jeling2. ahahahahahaha.. liquid eyeliner.. umur dah masuk 3 series ni mulalah memikirkan pasal "Kejelitaan adalah hak milik setiap insan!" ahahahahahaahha

      Delete
  6. Ida!!! Serius cun gilerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, selesa sgt buat gini, tudung pun kemas aja.. try la ;)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...