Wednesday, June 19, 2013

Dia dah besar

Hari sukan sememangnya dinanti-nanti oleh semua pelajar. Pada masa inilah masing-masing mahu membuktikan kejaguhan mereka dalam bersukan, tidak terkecuali anak teruna saya. Wah memang sangat excited dia nak bersukan. Setiap hari cakap abang ada sukan. Siap buat exercise lagi.




Tema bagi tadikanya ialah pahlawan tradisional. (lebih kurang camtulah). Jadinya kena pakai kain lilit di kepala, siap ada selempang. Baru-baru ini semasa melihat versus II, kyoto protocol nyanyi lagu cindai. Jadi Zarin berkata;

Zarin: Mama, Abang tahu lagu lembik-lembik ni.

Mama: Lagu lembik-lembik?

Zarin: Lagu macam dalam Tv tu, abang kena menari kat sekolah (sambil buat gaya terkepit-kepit macam menari Zapin)



Saya gelak sakan lagi dengan istilah lagu lembik-lembik dia tu. Rupa-rupanya semasa hari sukan tu, tadikanya menggunakan lagu cindai (siti nurhaliza) sebagai lagu temanya. Ooooo, patutlah dia tahu. hihihihhiihi



Anak yang bersukan, tapi mama yang pecah peluh! Basah ketiak mak! serius, majoriti ibu bapa hari itu semuanya berpanas-panasan dan mandi peluh. Masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk merakamkan detik anak-anak mereka.

Zarin pula terlibat dalam acara larian satu Malaysia. Di mana, setiap peserta dikehendaki berlari membawa bendera Malaysia, pusing 3 buah kon dan akhirnya bila dah habis terus lari ke garis permulaan. macam-macam ragam ada. hihihihihihihihi

Dahulu, saya yang aktif bersukan, sekarang tiba giliran anak pula. Oh, cepatnya masa berlalu, tak sedar rupanya abang Zarin dah jadi BIG BOY, bukan lagi BABY BOY. sob-sob..

Pagi tadi saya tersalah sebut :

Mama: Cepat b, amik beg sekolah, mama dah lambat ni. (saya memang suka panggil dia sayang, baby (b) 

Zarin: Mama, abang bukan babylah. Abanag dah besar. Adik baru baby. 

Sob-sob, anak mama dah besarlah!

Tidak ketinggalan Sofea, turut memberikan semangat untuk abang Zarin. Siap pakai baju color hijau lagi. sepanjang di padang, lebih kurang dari pukul 8.30pagi  hingga 11.30 pagi, Sofea langsung tak meragam. sekejap tidur, sekejap bangun. 



Alhamdulilah, abang Zarin dapat hadiah pingat dan juga bekas air Tupperware. Tapi mama lupa snap gambar. hihihihihihihii..

Pesan Mama : Tak kiralah Zarin dan Sofea umur berapa pun, bagi mama, kalian tetap juga 'baby' sampai bila-bila. Love u so much! eh tertinggal, mr. papa pun tetap juga baby boy walau dah jadi bapak budak pun! tet!  ^_______________^

6 comments:

  1. kejap je dah besar..mesti rindu masa dia kecik dlu..

    ReplyDelete
  2. sob sob sob... bila ank dh mula membesar, rindu masa mereka kecik2/baby dulu2 kan...itulah kehidupan...sob sob sob.... (serius rasa rindu/sedih sgt2..;-) 'lembik2'..ha3,..zarin,ada je ayat/perkataan yang kita tak duga kan...

    ReplyDelete
  3. Lagu lembik-lembik hihi... maksudnya lembutlah tu Ida.
    Biasa bila sukan anak-anak tadika memang mak-ayah yg terjerit-jerit lebih tapi anak-anak tak ada apa pun. Sebab itulah kakak pun suka tengok sukan anak-anak tadika - meriah.

    ReplyDelete
  4. Memang anak sentiasa baby di hati kita kan..hehe.
    Segak abang Zarin macam pahlawan!

    ReplyDelete
  5. hehe...abang la....big brother da ni..
    tamau la panggil b lagi ibu... =p

    budak2 skang bijak2..kan.cumel zarin.cam pahlawan

    ReplyDelete
  6. yela..dah besar, dah nampak hensem pun..=)
    oh itu lagu lembik2 ya...=)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...