Tuesday, June 4, 2013

Milk Booster : Dutch Lady Chocolate Drink

Sebut sahaja milk booster memang terujalah nak cuba. Sebenarnya saya sangat suka minum dutch lady chocolate ni sejak dia mula dijual di pasaran. Kemudian beberapa orang kawan yang sedang menyusukan bayi mereka menyatakan dutch lady chocolate ini merupakan milk booster.

Saya masa dalam pantang pun memang minum dutch lady chocolate ni. Tak minum milo takut sembelit. Oh azab ok kalau sembelit dalam pantang! Bertapa la dalam toilet nanti. Sepanjang menyusukan Sofea, saya dapat rasakan bahawa kata-kata kawan saya pasal dutch lady chocolate sebagai milk booster ada benarnya. 



Setiap hari saya akan minum 2-3 segelas. Waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Memang terasa keberkesanannya. Kalau kawan-kawan yang sedang menyusukan bayi, tak salah kalau nak mencuba. Tetapi bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Memang berkesan dan serasi pada saya tidak semestinya berkesan dan serasi dengan kawan-kawan. Semuanya dengan izin Allah, Insyaallah.  Selain itu rasanya pun sedap! Harga di pasaran ialah antara RM14.90-RM17.90 bergantung kepada kedai. 

Selamat mencuba :)


6 comments:

  1. selamat berpantang, boleh minum susu cokla mcm ni yer.. nnt bg tahu adk sy.. dia minum susu nespray dah jemu katanya... dia pantang jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya, saya minum ok je selang seli dgn horlick. kdg2 minum jus prun.. Cubalah mana tau dutch lady coklat ni sesuai dgn adik awak juga :)

      Delete
  2. yup! kak pun minum juga, sbb DL ni tak bau susu, alhamdulillah, serasi dgn kak, insya-Allah, dgn izin Allah....;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kan kak diey :) saya suka.. kalau letak ais lagi sedap ni.. teringat van milo masa sekolah2 dulu.. tapi sekarang masih pantang ais.. minumlah choc panas/suam je

      Delete
  3. Alahaiii ade je susu ni kat rumah tp x bleh nak minum susu tepung la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs. Eady, tunggu lps bersalin nanti.. mana tau dapat banyakkan susu untuk SI Jr. :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...