Thursday, June 13, 2013

Pulut Durian

Musim durian kembali lagi. Meow! eh, ayu sangat. Auuummmm! baru ganas sikit! ^_________^

Bagi peminat durian aka hantu durian sememangnya musim ini sangat-sangat dinantikan.  Alhamdulilah, kat rumah saya semuanya suka durian. Dari Mr.Papa dan juga Zarin, memang hantu durian. Zarin kalau benda yang perisa durian semua dia nak. Memang betul-betul ngikut Mr. papa ni.

Semalam ketika mengambil Zarin dan Sofea di Nursery, ternampak lori jual durian di tepi jalan. Lantas teruslah terliur. So sempatlah beli dua biji. Menurut penjual tersebut, musim durian baru nak mula, so harga yang dijual pun sedikit mahal iaitu RM10 untuk 1kg (durian kampung). 

Bila dah ada durian, automatiklah akan ditransferkan menjadi pulut durian. Memang kami hantu pulut+hantu durian. Tapi saya makan sedikit sahaja, risau juga takut sakit badan, pulutkan. 


Pulut durian, nyum-nyum


Semasa menyusukan Zarin dulu, paling risau kalau makan durian sebab nanti sepanjang malam Zarin akan mengempeng je. Lotih mak! Mungkin sedap kot, susu perisa duriankan. eheheheheheheheh.. Tapi berbeza dengan Sofea, maintain saja, bangun minum susu ikut jadual! Taklah mengempeng sepanjang malam. 

So kawan-kawan yang 'hantu durian', jangan lepaskan untuk menikmatinya ya! :)

Pesan Mama: Alangkah bestnya kalau ada dusun duriankan? Mula berangan tanam durian di balkoni rumah! ^__________^

12 comments:

  1. ouh..sedapnya pulut durian...terliur ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqna, lps ni boleh buat..dh musim durian dh

      Delete
  2. Gamba tu close up sangattt!! Sexy betul durian tuh!
    Sedapnya..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sexy dan menggoda...jemput makan

      Delete
  3. wah, musim durian sudah bermula! tak boleh jadik ni, hik3... kalau kat rumah, kak antu pulut, tp skang kena kurangkan, risau takut sakit bdn... suka kalau mkn durian, susu mcm bnyk je...(psikologi) ;-))

    ('tanam pokok durian kat balkoni?' hahha, ni tk hingat dunia nih...wakakak)

    ReplyDelete
  4. kuikuikui..senangnya kalau dapat tanam Durian kat Balkoni rumah saja..hikhikhik..adui aida pn hantu Durian..bile mintak kat Husb suh beli durian, dia kata belum musim..yeke??adui..btw..sedapnyaaa pulut+durian tu..haish..**Telan air liur..

    ReplyDelete
  5. saya x pandai makan durian ngan pulut...=)
    taun lepas saya pregnant, xdapatla beria nak makan durian, kat dusun mmg banyak..
    taun ni pulak, durian kurang...=)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...